Hari ini 19 Julai 2024 masih layan lagu ni, banyak kenangan tersimpan bila cinta yang diperjuangkan tidak sampai ke noktahnya. Dia berjodoh dengan orang lain, saya berjodoh dengan orang lain.....
Baru dengar kembali lagu Sheqal... Buat pengetahuan semua pendengar.. Sheqal ada keluarkan sebuah buku motivasi yg terbaru bertajuk "Syair burung dalam sangkar"
Februari muncul kembali..dengan kehangatan semalam..2024, masih tidak jemu membuai perasaan melayan lagu ini. 😘 Kenangan belajar di kampus Ipoh 1989/91..
Sheqal...Suaranya dan lagunya bagus.Cuma di tahun 1990an terlalu banyak saingan dan genre lagunya iaitu Nusantara,amat baru.Hanya beliau dan Datuk M.Nasir yang berani mengetengahkan genre ini.....
Dulu ada 2 aliran balada nusantara. 1, sepertimana yang diangkat oleh M nasir sendiri melalui album SOLO yang menurut beliau fokus kepada susunan dan alat muzik asal nusantara. dan 2, diangkat oleh Manan Ngah dengan album sheqal yang mana fokusnya adalah lenggok melayu di hujung setiap bait. Kalau korang masih ingat lah ada interview kepada manan ngah waktu muzik-muzik (kalau x salah aku). Uniknya lagu ini hasil dari kedua-dua mereka. Aku sendiri berpendapat manan ngah yang betul. lagu sheqal jelas lenggok melayu itu walaupun gambus boleh diganti dengan gitar. Mustika pun kalau takde alat muzik tradisional masih lagi kental melayu. Juga lagu-lagu rock kapak 90an yang mana masih mendayu dan popular sampai ke hari ini. Itulah jiwa lagu melayu bukan pada alat muzik tapi pada lenggoknya.