📑Qasidah auliyak bumi kinanah السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، اللهم صل على نبينا 8x Mencintai Nabi lalu ku mulai, Dengan ziarahi ahlul baitnya yang suci, Para wali-wali dijaga Ilahi, Siapa membenci pastikan diperangi, Merekalah rahsia mesir aman sentosa, Azhar terus terbela melahirkan ulama, اللهم صل على نبينا 4x Sayyiduna husain cucu sidnal kaunain, Anak sidna ali putera saidah fatimah, Wajahnya tampan jiwanya pemurah, Adik sidna hasan memiliki haibah, Pernah menunggang di belakang Nabi, Maqomnya terang bagaikan matahari, اللهم صل على نبينا 4x Pengunjung yang datang tidak henti-henti, Ziarah penghulu pemuda syurgawi, حسين من النبي، نبي من الحسين، أحَبَّ اللهُ مَنْ يُحِب سيدنا الحسين، Gembiralah wahai pecinta cucu Nabi, Cintamu dibalas cinta Robbul Izzati, اللهم صل على نبينا 4x Sayyidah zainab maqomnya bersinar, Cahaya dakwahnya tidak pernah pudar, Sayyidah nafisah cicit sidna hasan, Alim allamah menjadi rujukan, Kuat beribadah katanya berhikmah, Guru kepada imamuna syafie, Sebelum wafatnya sempat mengkhotamkan, Al quran sebanyak enam ribu kali, Syeikh soleh ja'fari imamul azhari, Dikurnia Allah dapat bertemu Nabi, Mengarang pujian dua belas dewan, Kepada Baginda yang begitu menawan, Sidi syeikh abdul ghani kariimul yadi, Anak kepada syeikh soleh ja'fari, Berkembangnya toriqoh dengan para muddah, Memuji Rasulullah dengan berqosidah, اللهم صل على نبينا 4x Di padang sahra namanya humaisara, Di sana terdapat maqom ketua wali, Imam abu hasan assyazuli, Digelar Allah anta syaazun li, Berguru kepada sidi 'abdu salam, Terus mentarbiah ramai imam-imam, Abul abbas mursi sebagai kholifah, Ibnu'atoillah pengarang kitab hikam, Imam busoyri masyhur dengan burdah, Yaqutul 'arasy makinuddin asmar, Sulton hanafi semua mereka, Kholifah termasyhur toriqoh syazuliyyah, اللهم صل على نبينا 4x Di bumi tonto ada wali qutub, Merah matanya wajahnya tertutup, Hanya bidadari bakal jadi isteri, Dialah sayyidi imam ahmad badawi, Karomahnya banyak tundukkan uqola, Pemimpin ulama dan juga auliya, Gelaran diberi abu lithamaini, Waliyun sutuhi abul fityani, Babul mustofa syaikhul 'arobi, Datang ke tondita perintah dari Nabi, Dikurniakan daulat karomahnya dasyat, Disepanjang hayat dan selepas wafat, Tarbiahnya hebat nazrohnya madad, Sayap kanan rapat dengan sidna Muhammad, Mengingkar mengata sayap kanan Nabi, Dicabut permata ilmunya dari hati, يا بابَ المصطفى يا باب لنبي، أدْخِلْنا مِنْ بابِ إلى سِيدنا النبي، اللهم صل على نبينا 4x يا بابَ المصطفى يا باب لنبي، أدْخِلْنا مِنْ بابِ إلى سِيدنا النبي، Berpuluh tahun tetap beribadah, Tidak makan minum tidak tidur tidur, Solawatnya masyhur solawat nuroniyyah, Juga solawat syajarotul asliyyah, اللهم صل على نبينا 8x اللهم صل وسلم على نور اﻻنوار وسر الاسرار وترياق الاغيار ومفتاح باب اليسر سيدنا ومولنا محمد المختار وآله الاطهار وأصحابه الاخيار عدد نعم الله وإفضاله