Kedua2 baik, cuma dari segi skrin cantik menang dekat FR165. Dua2 ada juga fungsi hiking dan trail running. Bab bateri Pace 3 lagi lama berbanding Fr165. Kedua2 hanya ada basic navigation tiada offline map. Cuma pace 3 ada fungsi extender, boleh nampak paparan laluan dekat aplilasi coros semasa navigasi
Review yang sangat penuh. Puas hati. Ibarat makan nasi lemak ayam goreng berempah combo denga Teh O Ais di pagi hari yang hujan berdepankan sungai dan dikelilingi pokok2 hutan dan bunyi unggas. Fuh! Lazat
Mula-mula macam berminat dengan beberapa model macam Oppo Watch X, Huawei GT 5 Pro dan Samsung Galaxy Watch 6 Classic. Last minute terbeli T-Rex 3 sebab di antara semua model, model ni yang nampak rugged, tough dan sempoi, adik beradik dengan Garmin Fenix 8 (tapi versi budget) 😅
Setakat nak track Heart Rate dan Kalori burn semua jam Garmin boleh buat. Tapi setakat ni tiada specific mode untuk badminton, biasa untuk sukan-sukan indoor saya pakai mode Indoor cardio sahaja.