سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ Salam dan salam sebagai penutup yang baik عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام Azam dan tujuanku sentiasa padamu فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الْعظَام Dan telah bercampur dengan seluruh badanku إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي Alangkah sedih dan merananya aku وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر Semoga Allah mengubati hati yang sakit بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya