TV AlHijrah berbangga menjadi perintis yang membentuk penyiaran kandungan Islam dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam program-program yang diterbitkan. Malah menjadi perintis stesen berteknologi digital dan aplikasi penyiaran definasi tinggi (HD) dalam industri penyiaran tempatan.
Sebagai stesen TV Islamik pertama yang memperkenalkan Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan pemikiran Islam untuk dikongsi bersama semua lapisan penonton.