@@mohdshahidan7299 cuba kamu naikkan kamera dengan lampu hidup ke celah cabin filter…rakam video. Mana tau nampak senang nak target mana mau ambil. Kalau tak dapat ambil pun tak apa…hanya pastikan ia tak tutup lubang drain
Yes Sam: The National Electrical Code (NEC) provides guidelines on selecting motor controllers and overload protection. According to NEC Article 430, the continuous duty rating of a motor contactor should be selected based on 115% to 125% of the motor's full-load current (FLA). This means the contactor's current rating (Ith) typically needs to be 1.25 times the FLA of the motor. For example, NEC 430.22(A) states: "Conductors supplying a single motor shall have an ampacity of not less than 125 percent of the motor full-load current rating as determined by 430.6(A)(1)." The specific reference for contactors can be found in NEC Article 430, Part VII, which deals with motor controllers.
0:29 Objektif video dan 'goal' penonton 0:38 Intro 4:00 Asas Contactor (Relay vs Contactor) 16:00 Maksud Label pada Contactor pertama (Label dan terminal termasuk Auxilary Contact) 29:23 Maksud Label pada Contactor kedua (Label dan terminal termasuk Auxilary Contact) 33:30 Thermal Overload Relay (Thermal Relay) 39:05 Pengujian terminal contactor 45:08 Demo kombinasi contactor dan thermal relay dalam set motor starter 50:33 Asas menghidupkan motor satu fasa menggunakan contactor. Demo contactor sebagai suis. 55:49 Magnetic Starter (Direct Online, DOL) 58:40 Maklumat bagaimana nak mengetahui contactor yang sesuai digunakan dengan motor. 59:25 Data penting dalam Motor Nameplate (FLA atau FLC) Full Load Current 1:02:02 Bagaimana Full Load Ampere (FLA) atau Full Load Current (FLC) menentukan kiraan arus maksima contactor (Ith) 1:03:50 Binaan sesentuh dalam contactor berkualiti tinggi menahan arka 1:05:12 Motor tiada nameplate, bagaimana nak ukur arus? 1:06:40 Apa nilai Thermal Overload Relay yang sesuai 1:08:25 Cari nilai FLA atau FLC dalam jadual dari internet bagi motor satu fasa atau tiga fasa.
Cikgu, kalo pakai Single Pole MCB 63A utk rumah single phase boleh ke? Live masuk MCB, neutral terus ke Double Pole RCCB. Ini skema utk DB Box sy sekarang; Meter > Single Pole MCB 63A (Suis Utama) > Double Pole RCCB 30mA > Single Pole MCB 20A,20A,16A,10A,10A,10A,10A,10A,6A,6A,6A > Suis dan Socket Adakah ini cukup selamat?
@@cOMM4ND3R boleh…ia jadi seperti fuse switch. Bila berlaku overload, hanya Live yang putus tapi Neutral kekal ada. Sebaik baiknya guna double pole supaya kedua dua LN putus bila berlaku overload.
@@TheInvisibleMan89 boleh….hanya clipkan atau sentuh ketiga-tiga prob RCCB digital tester pada terminal lampu atau kipas (L,N,E) berkenaan dan uji seperti uji poin soket.
@@TheInvisibleMan89 bawah 3 mega ohm dah berbunyi? Kalau rujuk pada user manual….buzzer akan berbunyi bila rintangan berada di bawah 4 Mega Ohm. Tiadk ada apa apa masalah. Buzzer itu hanya alarm sahaja jika bacaan bawah 4 mega ohm.
Terima kasih banyak Tuan Petrus atas perkongsian ilmu, banyak saya belajar dari Tuan Petrus, sebelum ni saya confuse jugak dengan mccb, rccb, baru la faham lepas penerangan tuan Petrus,penerangan yang sangat jelas, semoga Tuan Petrus dimurahkan rezeki.
Terima kasih Tuan Petrus untuk pembelajaran pagi tadi, saya berharap Tuan Petrus dapat buat video youtube cara membaca drawing schematik electrical untuk beginner
di awal video L & E . hairdryer sudah di on kan secara logiknya amp naik dari 0.78 kepada 2.79 , hairdryer 2amp dari 0.78ma iaitu kipas & mentol. apabila ujian N & E dijalankan. hairdryer telah dimatikan dan bacaan amp kembali pada 0.78ma.harap boleh jelaskan
Slm cikgu. Berkaitan RA (at 25V) dan RA (at 50V), 25V dan 50V tersebut ditentukan dari mana? Sebab berdasarkan pemahaman saya, test ini kita hanya inject current sahaja. Terima kasih di atas penerangan🙏🏻
Terima kasih singgah. Data 25V dan 50V tu ada pada mukasurat 15 user manual loop tester ini. Boleh rujuk link berikut: www.kew-ltd.co.jp/files/en/manual/4118A_IM_92-2233A_E_L.pdf
Terima kasih perkongsian ilmu tuan. Demo yang baik. Saya dari dulu faham tentang neutral floating dan normal neutral. Tapi memang takkan berani2 pegang normal neutral walaupun faham neutral tiada voltage dan ada perlindungan dari RCCB. Terbaik tuan.
Kalau di ikutkan standard susut voltan, kabel bersaiz 10mm ni susut voltan dia anggaran 4.4mV/A/m atau 0.0044V/A/m. Kalau bekalan voltan kita 230V maka ikut standard…ia tidak boleh jatuh melebihi 6%…. atau minimum hampir 216.2V. Untuk elak voltan jatuh sampai 216.2V, jangan tarik terlalu jauh. Contoh kiraan kasar saja ni, kalau 20 meter, voltage drop adalah 0.088V/A/m sahaja. 230V - 0.088V = 229.9V 😄. Masih OK… Jadi tuan boleh kira sendiri?
@@petrusgoel Sy kira nak tambah sub Db dkt dapur Sy..dari Main Db ruang tamu nak ke dapur lebih kurang jarak 35 kaki.. rasanya masih boleh kot..tapi apa pun terima kasih atas penjelasannya tuan 👍👍👌
Nak tanya cikgu tentang MCCB. Jikalau rumah 2 tingkatan 3 phasa, bolehkah saya gunakan MCCB sebagai main suis? Kalau boleh apa spesificasi cikgu nasihat untuk main DB dan Sub DB. Terima kasih di atas nasihat cikgu.
3 fasa memang boleh guna MCCB sebab boleh consume current total lebih dari 63A. Berapa kadaran current MCCB bergantung pada berapa ampere permintaan maksimum. Kena buat kiraan faktor kepelbagaian (diversity factor). Biasanya MCCB 100A begitu lah. Sub DB pula boleh tarik satu fasa sahaja. Untuk 3 fasa penting buat pembahagian beban secara teratur / seimbang.
Nak dapat cadangan cikgu. Tingkat bawah cuma ada beban kuasa(12SSO), lighting dan kipas. Tingkat atas ada 3 unit 1 HP aircond, 1 unit 1.5 HP aircond. Ada beban kuasa 10 (SSO), lighting & kipas. Tiada motor guna 415 V. Boleh cikgu memberi cadangan utk rating utk MCCB pada main DB & Sub DB. Terima kasih.