Tahun 1979 dalam gerabak KTM di setesen Gemas,beberapa kakak senior UKM pakai baju ikat di pinggang. Saya ketika itu baru semester 2 di Tahun 1,UKM Bangi. Saya tengok sahaja gelagat mereka borak borak dalam gerabak,sementara menunggu gerabak kami dari Kelantan dicantumkan dengan tren dari Singapura hendak ke Kajang dan Kuala Lumpur.