Тёмный

🔴[LIVE] WACANA ILMIAH MENYINGKAP RAHSIA 30 JUZUK AL- QURAN : WAHAI JIWA YANG TENANG #35 

Ustazah Saliza Zainol
Подписаться 2,6 тыс.
Просмотров 174
50% 1

Al-Qur’an adalah kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung dan berperanan menjadi pedoman dan memberi peringatan kepada seluruh umat manusia..Di dalamnya banyak menceritakan hal-hal merangkumi semua aspek kehidupan termasuk peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku untuk diambil iktibar serta pengajaran bagi umat manusia.
Menerusi Wacana Ilmiah kali ini akan membicarakan mengenai Surah ini bermula dengan menceritakan tentang mereka yang berbuat jahat dan di penghujung surah bertukar menceritakan tentang mereka yang berjiwa tenang kerana amalannya dan akan dapat masuk syurga. Surah ini juga memperkatakan salah faham manusia dalam menilai nikmat-nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Permulaan surah ini mengajar tentang rawatan kepada penyakit cinta dunia, iaitu luangkan masa dengan amalan untuk rapatkan diri dengan Allah ﷻ dan jangan lalai leka dengan dunia. Jadilah seperti Abd Rahman bin Auf dan Saidina Umar رضي الله عنهما, walaupun mereka kaya dan berkuasa, tetapi mereka selamat kerana mereka tidak putus hubungan dengan Allah ﷻ. Mereka bukan tidak menggunakan harta, tetapi mereka menggunakan dunia mengikut peraturan syari’at, jadi dapat dunia banyak pun tidak mengapa.
Kalimah فجر asalnya bermaksud sesuatu yang mengoyak, dan waktu fajar itu dinamakan al-fajr kerana ia mengoyak kegelapan malam dengan kedatangan cahaya siang. Seperti yang kita tahu, di waktu ini ada Solat Subuh. Ia adalah waktu yang hanya orang Muslim beriman sahaja yang bangun untuk mengadap Tuhannya. Sedangkan ramai yang gagal untuk bangun Solat Subuh waktu ini.
Inilah waktu yang paling bening bagi seorang Muslim untuk beribadat dan bermunajat kepada Tuhannya (selain dari waktu sahur). Kalau tidak beriman sungguh, susah untuk bangun melakukan fardhu yang satu ini.
Seterusnya, Allah ﷻ panggil ahli-ahli syurga ini dengan gelaran ‘jiwa yang tenang’. Kerana mereka akan masuk ke syurga yang penuh ketenangan. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka perlu risaukan. Mereka tidak ada kerja yang perlu dibuat lagi, tidak ada ahli keluarga yang perlu dijaga, tidak ada kerisauan atas mereka walau apa pun. Kerana di syurga nanti mereka akan hanya perlu menikmati segala kelazatan nikmat sahaja.
Ayat ini ada kaitan dengan sumpah dalam empat ayat yang pertama, iaitu mereka yang menjaga keempat-empat perkara itu:
Fajr: merujuk kepada solat Subuh. Iaitu mereka yang menjaga solat Subuh kerana ramai yang gagal melakukannya.
10 hari: merujuk kepada 10 Dzulhijjah yang awal dan 10 Ramadhan yang akhir. Iaitu mereka yang mengambil peluang untuk beribadat pada hari-hari ini.
Genap dan ganjil: merujuk kepada solat yang ganjil rakaatnya dan yang genap rakaatnya.
Malam yang berlalu: merujuk kepada waktu akhir dari malam iaitu waktu sahur - untuk mengerjakan Qiyamullail dan waktu sahur itu juga adalah waktu untuk bersedia kalau berpuasa sunat.
Jadi semua ini adalah perkara-perkara utama dalam ibadah. Dan mereka yang dapat melakukan semuanya adalah mereka yang termasuk dalam golongan yang akan dapat kedudukan yang mulia di akhirat kelak - mereka akan mendapat ketenangan hati dan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga kita tergolong ke dalam golongan itu.
🔴[LIVE] WACANA ILMIAH MENYINGKAP RAHSIA 30 JUZUK AL- QURAN : WAHAI JIWA YANG TENANG #35
BUTIRAN PROGRAM:
Tarikh : 13/11//2021 ( Sabtu )
Masa : 11.00 pagi-12.00 tengah hari.
Penyelaras Program / Host : Ustazah Salina binti Salleh
Sekolah : SMK Tanjong Bunga Pasir Mas, Kelantan
Link CYT: / channelustazahsally
Presenter : Ustazah Saliza binti Zainol
Sekolah : SMK Tasek Gelugor. Pulau Pinang
Link CYT : / salizazainol
Moderator : Ustazah Azizah binti Othman
Sekolah :Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Link CYT : / azizahothman
Pegawai Pemerhati : Ustazah Noor Hazirah binti Hj. Ibrahim
Sekolah : Sekolah Kafa Integrasi Imam Al Ghazali, Klang, Selangor
Link CYT: / noorhazirahbbmzira
Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
t.me/eDIDIKMal...
t.me/KelabGuru...

Опубликовано:

 

15 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 3   
@harrysal1611
@harrysal1611 2 года назад
Tahniah AYU Tahniah Ustazah Saliza Tahniah Semua…BaarakAllahu Fiikum✅🌹
@norhayatighazali7642
@norhayatighazali7642 2 года назад
Assalamualaikum ustazah semua
@UstazahSalizaZainol
@UstazahSalizaZainol 2 года назад
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh...💕
Далее
Rahsia Besar Di Sebalik Selawat - Ustaz Wadi Annuar
30:29
Million jamoasi - Amerikaga sayohat
12:37
Просмотров 302 тыс.
APA YANG PERLU KITA UBAH? | Ustaz Dato' Muhammad Al-Amin
1:06:59
The Untold Story of 'The Sleepers" | Ustaz Auni Mohamed
1:04:41
Ustaz Muhamad Al-Amin - Ilmu Rahsia Keturunan Al-Haddad
1:12:05
Kisah Khadijah R.A. Inspirasi Wanita Akhir Zaman
54:27
Просмотров 236 тыс.