Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden, di mana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor ke-18 dan Sultan Singapura yang pertama pada 6 Februari 1819. Baginda mengarahkan untuk dibinakan sebuah Istana di Singapura yang dinamakan Istana Kampong Gelam pada tahun 1820 dan pada 17 Mac 1824 selepas menandatangani surat perjanjian Inggeris-Belanda yang mana wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh Belanda.
Kesan daripada perjanjian tersebut:
1)Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah oleh keturunan Bendahara.
2)Negeri Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga ke hari ini.
3)Di wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah kemudiannya menjadi Sultan Lingga.
4)Keturunan Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.
Kesannya, pada 2 Ogos 1824 kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 17 Mac 1824 dengan pegawai British Sir John Crawfurd untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya buat selama-lamanya. John Crawfurd menggantikan William Farquhar sebagai Residen Singapura penghujung tahun 1823. John Crawfurd mendesak Sultan Hussain Shah dan Temenggong Abdul Rahman untuk melepaskan Singapura kepada British dan diberikan pencen sebanyak 20,000 Dolar kepada Sultan dan 15,000 Dolar kepada Temenggong secara bayaran penuh. Tetapi kedua-dua tokoh tersebut tidak mahu menandatangani perjanjian hak pelepasan Singapura kepada British. Akibat kelangsungan hidup yang agak sempit, Sultan dan Temenggong akhirnya menandatangani perjanjian tersebut. Dengan itu, Singapura berjaya diambil alih dan dilepaskan hak kepada British buat selama-lamanya
Sumber: Wikipedia
___________________________
🔴 Jualan Baju Explorasi Misteri Mistik.
Atas tujuan untuk mengumpulkan dana bagi aktiviti rancangan explorasi misteri mistik.
Untuk tempahan sila klik link berikut:
t.me/Informasi...
____________________________
✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
t.me/Informasi...
__________________________
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
t.me/Explorasi...
#ExplorasiMisteriMistik #MakamSultanHussain #SultanSingapura
6 сен 2024