Тёмный

05 Ulasan Pembaca Risalah untuk Kaum Muslimin Jawi | Tuan Haji Mohd Farid Jaafar 

Akademi Jawi Malaysia
Подписаться 1,1 тыс.
Просмотров 62
50% 1

Dengar ulasan Tuan Haji Mohd Farid Jaafar, Mudir Maahad ad-Deeniyah, Ipoh, Perak mengenai penerbitan Risalah untuk Kaum Muslimin Jawi.
Risalah untuk Kaum Muslimin ialah sebuah karangan besar bahasa Melayu Jawi abad ke-21 yang membicarakan faham-faham penting dalam pandangan ‘alam Islam; mengupas perihal cabaran pemikiran luaran dan dalaman yang melanda kaum Muslimin serta menawarkan jalan penyelesaian untuk menanganinya dengan jalan yang tepat, iaitulah jalan pendidikan.
Ia dikarang oleh seorang ‘ilmuwan besar Muslim zaman ini, iaitulah Tan Sri Prof Dr Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1973. Risalah ini berasal daripada kata lisannya, kemudian dicatat dalam bentuk tulisan ringkas dan ditaip. Pun begitu, atas keperluan semasa, ia tidak terus diterbitkan, sebaliknya kandungan utamanya digubah oleh pengarang untuk menjadi sebuah karangan besar Muslim dalam Bahasa Inggeris pula, iaitu Islam and Secularism (terbit 1978).
Risalah untuk Kaum Muslimin akhirnya diterbitkan pada tahun 2001 atas usul dan cadangan Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud oleh International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) yang juga merupakan sebuah institut pendidikan tinggi yang diasaskan oleh Prof al-Attas.
Kini, untuk tahun 2024, Risalah untuk Kaum Muslimin diterbitkan semula dalam Jawi Tradisi oleh Akademi Jawi Malaysia. Terbitan Jawi ini menyerlahkan ketinggian dan kehalusan bahasa ke‘ilmuan Melayu, bahkan diserikan lagi dengan ragam hias pada bahagian pembuka dan penutupnya.
Terbitan Risalah Jawi ini juga menjadi pemangkin kepada kehidupan penghidupan tradisi bahasa ke‘ilmuan Melayu-Jawi pada masa kini, setelah ia berjasa ratusan tahun menjadi wadah pengislaman peradabannya.
Dapatkan terbitan Risalah Jawi di: www.akademijawi.my/risalah

Опубликовано:

 

16 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
Как мы играем в игры 😂
00:20
Просмотров 169 тыс.
Majlis Bicara Buku - Hall al-Zill
1:54:19
Просмотров 599
Shams Tabriz | A mystery unresolved
8:49
Просмотров 1,5 тыс.
Tadabbur Juzuk 25
16:41
Просмотров 6 тыс.