Good info..content yg terbaik👍dtg Penang plak lg bnyk tempat menarik..N9 kampung abah den Penang kampung mak cheq..ok saya dh klik butang merah..slm persahabatan
Jelita ostrich tu kek Batu 6,kg den Batu 7... Dokek bona dah tu... Tp den dh merantau sojak tahun 1984....skrg ni den menotap kek Johor, ikut laki den sobab dio org Johor... Tapi den tak ponah lupo asal usul den... Sonang cito n9 totap dihati... 😍😊
Ada beza tu. Lata Kinjang tu kt Tapah, Perak. Lata Kijang pula kt Jelebu, Negeri Sembilan. Dinamakan sedemikian sbb aliran air terjun berbentuk seperti kaki kijang.
@@sukasukotravel3794 tampin is not a Daerah Seremban Seri menanti jelebu Kuala Pilah gunung Inas (daerah kecil ke 9) Jempol Port Dikson tampin (daerah ke 8) Rembau Tp dlm daerah negeri 9 mmg mereka letak 7 daerah tk letak 2 lagi daerah kerana persempadanan daerah
@@gerakanbaharuanakpahang6637 Negeri Sembilan moden hari ini terdiri daripada tujuh daerah pentadbiran. 1)Seremban 2)Kuala Pilah 3)Jelebu 4)Tampin 5)Port Dickson 6)Rembau 7)Jempol Adapun nama 'sembilan' pada Negeri Sembilan ialah berasal daripada sembilan negeri (minang: nogori/nagari) pada zaman dahulunya. Nagari dalam bahasa minang bermaksud mukim besar yang terdiri daripada banyak/beberapa kampung gabungan. Gabungan sembilan mukim-mukim (nagari) inilah yang membentuk Negeri Sembilan. Maka, istilah 'negeri' yang terdapat pada Negeri Sembilan bukan bermaksud negeri dalam konteks yang kita fahami seperti negeri-negeri di persekutuan Malaysia. Melainkan ia adalah istilah bahasa minang yang bermaksud 'mukim' iaitu sesuatu kawasan yang mengandungi beberapa buah /banyak perkampungan (yang bergabung pada mukim itu). Istilah 'negeri' dalam bahasa minang ini akhirnya diambil sebagai istilah rasmi untuk wilayah-wilayah yang bersekutu membentuk Persekutuan Tanah Melayu.( Setelah Sabah dan Sarawak masuk persekutuan, negara ini dikenali sebagai Malaysia). Maka sebatilah istilah negeri itu seperti negeri Perak, negeri Kedah, negeri Melaka dan sebagainya. Jika guna perkataan negeri pada setiap awal nama negeri, contoh: negeri Melaka, negeri Kelantan, negeri Terengganu, maka kalau untuk Negeri Sembilan hendaklah ditulis sebagai _negeri Negeri Sembilan_ . Kita tidak boleh, mentang-mentang Negeri Sembilan sudah ada tulisan negeri kat situ maka kita tidak sebut negeri pada Negeri Sembilan. Contoh: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Perbadanan Kemajuan *Negeri* Negeri Sembilan. Kecuali kita sebut semua negeri sebagai nama sahaja seperti Perak, Kedah, Kelantan, Perlis, maka untuk Negeri Sembilan kita tidak pula hanya sebut Sembilan, tetapi hendaklah disebut sebagai Negeri Sembilan, kerana itulah nama rasmi bagi negeri itu.
Nak diss negeri aku pun, agak² la. Ni keistimewaan Negeri Sembilan yang ko tak tau 1. Seremban dan Bukit Tinggi adalah bandar kembar dari tahun 80an kerana hubungan kebudayaan dgn wilayah Minangkabau di Sumatera Barat 2. Negeri Sembilan ni unik sbb satu² nya negeri yang mengamalkan adat perpatih yang diturunkan oleh perantau² dari Minangkabau 3. Seremban dan Port Dickson adalah dua bandar terselatan kawasan Greater Kuala Lumpur dan sebahagian daripada projek mega Malaysia Vision Valley, yang bertujuan mengubah barat N9 menjadi sebuah metropolis bertaraf alpha, untuk melengkapkan pembangunan yang sedia ada di Lembah Klang, dan ditetapkan sebagai koridor pertumbuhan ekonomi baru negara 4. Sistem pentadbiran tradisional Negeri Sembilan boleh diungkapkan dalam teromba berikut Alam beraja, Undang berempat, Suku berlembaga, Anak buah berbuapak. Sistem tradisional pentadbiran negeri kami adalah asas kepada penubuhan institusi Yang di-Pertuan Agong. 5. Negeri Sembilan adalah satu²nya negeri di Semenanjung di mana banjaran titiwangsa melalui tengah² negeri, bukan sepanjang sempadan negeri seperti Perak-Kelantan, Perak-Pahang, dan Pahang-Selangor. Oleh sebab itu, Negeri Sembilan dibahagikan kepada dua kawasan oleh banjaran tersebut, iaitu Negeri Sembilan barat (Seremban, Port Dickson dan Rembau), dan Negeri Sembilan timur (Tampin, Jempol, Kuala Pilah, Jelebu). Oleh itu, Pada musim tengkujuh (Monsun Timur Laut), taburan hujan di bahagian barat dan timur sangat berbeza, di mana bahagian barat menerima sedikit hujan, dan bahagian timur menerima taburan hujan yang tinggi. 6. Hidangan tradisional kami kebanyakkannya berasaskan cili api, misalnya masak lemak cili api, rendang dan balado. Ini kerana, makanan pedas sudah sebati dengan budaya kami, dan disebabkan moyang² kami tinggal di wilayah Minangkabau yang terdiri daripada tanah² tinggi dan kawasan pergunungan, makanan pedas amat penting utk memanaskan badan mereka. 7. Lexis Hibiscus, Port Dickson memecahkan dua rekod dunia sebagai villa atas air terbesar di dunia dan resort yang paling banyak kolam renang di dunia 8. Di daerah jelebu, terdapat beberapa khazanah alam seperti Taman Negeri Kenaboi, Gunung Besar Hantu (Gunung tertinggi di Negeri Sembilan, jg penanda sempadan daerah Jelebu (Negeri Sembilan) dan daerah Bentong (Pahang)), Lata Kijang, Lata Berungut, Jeram Toi, Jeram Gading, Bukit Batu Sawa, Gunung Telapak Buruk (Gunung kedua tertinggi di Negeri Sembilan), FRIM Pasoh, dan Gua Pasoh (Gua batu kapur terselatan di semenanjung, tapak paleolitik terselatan di semenanjung dan petempatan gua terselatan di tanah besar Asia) 9. Titik penghujung selatan banjaran Titiwangsa terletak di Tampin. Tampin bukan sahaja unik sebagai bandar penghujung Titiwangsa tetapi juga dikenali sebagai Bandar Dua Negeri kerana terletak di tengah² sempadan Negeri Sembilan-Melaka. Beberapa bandar dan pekan lain yang terletak di sepanjang sempadan Negeri Sembilan termasuklah Nilai (Negeri Sembilan-Selangor), Gemas (Negeri Sembilan-Johor), Kendong (Negeri Sembilan-Melaka), Lubuk Cina (Melaka-Negeri Sembilan), Batang Melaka (Melaka-Negeri Sembilan) dan Tanjung Tuan (Melaka-Negeri Sembilan, satu²nya exclave di Malaysia) 10. Gemas adalah pekan persimpangan landasan pantai barat dan pantai timur semenanjung 11. Jalan Penarikan yang terletak di Kampung Jambu Lapan, Bahau, daerah Jempol, lebih tepatnya pertemuan antara Sungai Muar dan Sungai Jempol, adalah jalan rentas barat-timur semenanjung tertua di Malaysia dan telah digunakan semenjak kesultanan Melayu Melaka masih lagi belum ditubuhkan. Pedagang harus mudik sepanjang Sungai Muar dari Muar ke Bahau, dan perlu menarik sampan² mereka ke Sungai Serting, yang akan membawa mereka ke Sungai Pahang. 12. Potret Yang di Pertuan Agong pertama Malaysia dan Yang di-Pertuan Besar kelapan Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah, diabadikan pada wang kertas Ringgit Malaysia. Nama baginda juga diabadikan pada Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Seremban, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di KL. 13. Port Dickson adalah markas pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, dengan penubuhan kem Haig Lines (sekarang Pusasda) yang telah melahirkan tokoh² perjuangan tanah air seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Muzium Tentera Darat di Sirusa, PD adalah muzium ketenteraan terbesar di Malaysia. 14. Negeri Sembilan dibahagikan kepada 7 daerah dan 12 luak, dengan 4 luak ditadbir oleh pembesar yang dipanggil Undang. 4 luak yang berikut adalah Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu. Tampin adalah salah satu luak di Negeri Sembilan yang ditadbir oleh kerabat diraja Negeri Sembilan dengan gelaran Tunku Besar Tampin 15. Negeri Sembilan adalah negeri Melayu pertama yang membentuk persekutuan sebelum terbentuknya Negeri Melayu Bersekutu (1896-1946), Malayan Union (1946-1948), Persekutuan Tanah Melayu (1948-1957) dan Persekutuan Malaysia (1963-sekarang). 16. Tiga daripada sembilan negeri yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan yang asal adalah Segamat, Naning dan Klang. Naning sudah diserap ke dalam pentadbiran negeri Melaka oleh British kini dibawah pentadbiran daerah Alor Gajah. Klang kini ditadbir oleh Selangor (Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (daerah Port Dickson), dan Segamat ditadbir oleh Johor (daerah Segamat dan Tangkak) dan Negeri Sembilan (daerah Jempol dan Tampin). 17. Keluarga diraja Negeri Sembilan menjalinkan hubungan diplomatik dengan kesultanan Kedah, di mana puteri sulung Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Almarhumah Tunku Sultanah Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Raja Permaisuri Agong kelima) berkahwin dengan Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah ke 28 dan Yang di-Pertuan Agong kelima). Baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar dan namanya diabadikan pada hospital di alor setar. 18. Terdapat 12 suku utama di Negeri Sembilan. Biduanda (pertama dan tertua), Payakumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Anak Aceh, Anak Melaka (suku aku), Tiga Nenek, Tiga Batu, Batu Hampar, Tanah Datar, Mungkal, dan Batu Belang 19. HDI Negeri Sembilan adalah kelima tertinggi di Malaysia. 20. Nilai 3 adalah pusat tekstil terbesar di Malaysia 21. Velodrome Nasional, Nilai adalah velodrome tertutup pertama di Malaysia dan asia Tenggara dan terbesar di Malaysia. 22. Istana Seri Menanti adalah istana kayu terbesar di Malaysia 23. Enam daerah Negeri Sembilan merupakan daerah adat kecuali daerah port dickson 24. Tengkolok Yang di-Pertuan Agong diikat dengan solek Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Kedah dan Raja Perlis memakai tengkolok solek dendam tak sudah. 25. Air terjun Jeram Kedah di Lenggeng dan Lata Berungut di Kenaboi sangat unik kerana terletak di celah² ngarai.
@@matdanih betul...aku bangga sbg org n9 walaupun x meriah dari negeri lain tp n9 la satu satunya tempat paling selesa dijadikan kediaman....kita x jauh dari KL tp x hadapi hiruk kl sana.....sistem Jalanraya dan pengangkutan awam kita yg maju beri kita akses ke Lembah Kelang, PD dan Melaka dan negeri lain utk berlibur.....