Тёмный
No video :(

10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu 

Bing - Bahasa Melayu
Подписаться 198 тыс.
Просмотров 121 тыс.
50% 1

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: bit.ly/BingBaha... ⬅️
10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Bukan kamu punya
Bing sedang membantu Flop untuk membeli barang di kedai Padget hari ini. Bing membantu mencari kobis, karot dan telur. Dan sewaktu Flop membuat bayaran, Bing merayau-rayau di tepi tingkap kedai dan mengambil lolipop yang terletak di atas rak lalu dimasukkannya ke dalam poket untuk dibawa pulang. Tetapi apakah yang berlaku apabila Flop menjelaskan kepada Bing yang dia telah mencuri Lolipop tersebut.
06:23 Pening
Bing mahu buat pusingan hari ini! Pando juga berada di taman dan mereka berdua mahu berpusing-pusing di atas kerusi berpusing. Pando ingin pusingkan Bing dengan sangat laju dan pada awalnya Bing rasa seronok….. tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing berasa terlalu pening dan ingin berhenti?
12:46 Nafas Naga
Hari ini sangat sejuk dan Bing dengan Pando sedang bermain di halaman rumah Bing apabila mereka sedar yang mereka mempunyai nafas naga yang berasap! Tetapi kemudian, mereka terjumpa ais batu yang tergantung di paip luar dan Bing ingin menyimpannya. Ais batu itu telah buatkan tangan mereka jadi sejuk, jadi Flop cadangkan air coklat panas kepada mereka. Tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing tidak menunggu air coklat panas untuk sejuk dahulu sebelum meminumnya?
19:09 Kepala Telur
Bing dan rakan-rakannya berada di tempat Amma hari ini untuk buat kepala telur yang bernama Eggy! Mereka ada kesemua barang yang mereka perlukan iaitu; kulit telur, biji benih pokok selada dan pen warna warni untuk lukis muka pada kulit telur. Amma beritahu mereka yang ia akan mengambil masa selama 7 kali tidur untuk kepala Eggy tumbuh rambut sayurnya dan ia memerlukan air, cahaya dan juga kesabaran. Tetapi Bing ada idea lain untuk bantu Eggy tumbuh rambut dengan lebih cepat….
25:32 Muzik
Bing, Sula dan Pando sedang bermain muzik di tempat jagaan bersama Amma dan Flop. Ada xilofon, marakas, tamborin dan ... dram.
31:55 Pokok
Bing, Pando dan Flop sedang melihat tukang gali menanam pokok di taman. Mereka kemudian berlari ke kawasan pasir untuk berpura-pura menjadi tukang gali dan lori pengorek yang sedang bersedia untuk menanam pokok yang sangat besar.
38:18 Pengembara Alam
Bing dan rakan-rakannya menjadi pengembara alam hari ini! Mereka pusingkan roda Pelangi dan apabila roda tersebut berhenti pada suatu warna, mereka perlu cari benda di halaman rumah yang mempunyai warna yang sama dengan warna di roda. Tetapi apakah yang akan terjadi apabila warna yang Bing perlu cari tersembunyi di sebalik semak besar yang berduri?
44:41 Medan Kereta
Bing mahu bermain permainan tempat letak kereta dengan Flop tetapi Charlie datang dan asyik bermain dengan salah.
51:04 Memilih
Bing dan Flop berada di Kedai Padget hari ini bagi memilih mainan untuk dibeli. Namun ia menjadi sangat susah apabila terpaksa pilih satu sahaja!
57:27 Buih
Di halaman rumah, Flop menunjukkan kepada Bing dan Pando cara meniup buih. Pando dapat tiup buih yang sangat besar sehingga Bing ingat peniup buihnya rosak. Lalu Pando pun menukar peniup buih dengan Bing tetapi Bing nampaknya masih tak dapat untuk buat buih!
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: bit.ly/BingEpi...
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpis...
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKomp...
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitT...
▶️ Bing: Episod Double: bit.ly/BingEpis...
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) onelink.to/bing...
*****
RU-vid rasmi Bing Bahasa Melayu - tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan - ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED

Опубликовано:

 

27 авг 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
Makan Sedap | Omar & Hana | Kompilasi 30 Minit
36:23
Episod Penuh Bing | Eps 56-60 | Bing Bahasa Melayu
35:37