Maaf saudara..Alang2 diy tu...cadangan saya..gunakan spray brake part cleaner(hardex pun boleh..murah..rm13 jer)...bersihkan caliper dan lubang pin caliper..sembur dalam lubang tu dan guna kain atau cotton bud..bersihkan juga rubber boot caliper pin tu..untuk pump masuk piston caliper..selain special tool tersebut..boleh guna apit G bersaiz sederhana yang boleh digunakan pada piston caliper jenis push in out( kereta nasional dan jepun)..jika piston caliper jenis screw in(kereta eropah) ..caranya gunakn brake pad lama sebagai sendal..dan pusing pemutar apit G untuk masukkan piston caliper ke dalam...sapukan juga grease pada guide pin yang terletak pada hujung caliper agar pergerakan brake pad lebih lancar dan mengelakkan brake pad haus sebelah..cara2 penjagaan yg lebih teliti memberikan jangka hayat sistem brake dan mekanikal kenderaan bertahan lama...selamat berDIY..
Terima kasih atas nasihat saudara.. 👍. Sy amat hargainya. Sy minat DIY ni, yg mana mudah2 je sy buat. Yg mana x dapat buat, sy serahkan pada yg pakar saje..
Maaflah sebab video agak panjang. Mana2 yg boleh kita buat sendiri, abg akan videokan, supaya kita dapat jimat duit..😁👍. Ilmu pun kita dapat dan sama2 kita kongsi.👍👍
salam abg, kadang2 kedai tayar tak guna tools abang guna tu & mereka bleed/buang sikit minyak brek(mungkin sbb nak save masa). Adakah solusi mereka ini akan merosakkan system brake kita atau ia akan mencapai objektif yang sama dgn tools abg guna(iaitu msukkan piston ke posisi baru utk brake pad baharu)? *yg saya faham, mereka buat sedemikian untk tolak piston tu guna jari saja. Perlukah kita buka pnutup reservoir minyak brake utk tolak piston msuk? *masalah tekanan dalam sistem kmudian muncul mungkin??? terima kasih abg. smoga utube channel abng berkembang maju atas perkongsian ilmu ini.
Apa yg bengkel buat, hanyalah untuk mempercepatkan kerja-kerja mereka. Xde masalah pun sebenarnya. Buka resevoir tu untuk keluarkan tekanan yg ada dari hasil masukkan piston tu je supaya piston mudah ditolak. Jadi, persoalan dari tuan, xde apa yg perlu dirisaukan.
Kalau buka je dan x tukar brake pad xde masalah. Piston akan kekal kat situ je. Piston kene masukkan balik kalau tukar brake pad baru sebab yg baru tu tebal. Kalau setakat nak buka je dan pasang balik xde ape..
Dah cek filter? Compressor jalan x? Kalau semua tu dah cek, mungkin cooling coil dah kotor @ ada kebocoran. Setakat ni sy belum ada plan nak buka cooling sebab kerja2 membuka dashboard sngt rumit. Kalau boleh, kita serahkan pada yg pakar. Maafkan sy sebab x dapat bantu awk..
Waalaikumsalam. Ramai yg menyatakan Honda SM4 sesuai untuk iriz belakang. Perlu custom bracket saje untuk ikat brake pump. Sy x pernah pasang lagi setakat ni. Sebab pada sy, sistem brek iriz sudah cukup memuaskan.. Terima kasih bro.👍
Kalau x servis pun xpe, tapi pastikan sliding pin tu bekerja dgn baik (gelinciran). Kalau terjadi sebelah tebal, sebelah nipis, boleh jadi sliding pin dah 'jammed'. Kene buka, bersihkan dan sapukan gris balik ke sliding pin tu. Piston pun kene cek jugak, tapi jarang2 piston bermasalah.
Assalamualaikum bang... saya ingin bertanya... saya mengenakan Proton Persona baru vvt... radiator coolant saya dah kurang... so saya nak tambah dengan radiator coolant lain yang bukan daripada Proton... saya kurang yakin sebab warna dia berbeza... Boleh tak kalau saya gunakan untuk tambah radiator coolant saya
Setiap kenderaan yg baru, bila dah lama2 pakai, coolant mesti akan kurang. Sebab coolant dah memenuhi ruangannya. Untuk tambah coolant, boleh gunakan dari pengeluar yg berbeza dan warna yg berbeza. yg penting, kandungan coolant tu mesti ada ethylene glycol. Jgn hanya tambah air tanpa coolant, kelak akan menyebabkan karat dalam radiator. Mcm sy, sebotol coolant yg 1 liter tu, tambah terus ke dalam reserved tank coolant. Tujuan coolant bermacam2 warna adalah supaya kita dapat mengesan sebarang kebocoran pada sistem penyejukan enjin. Harap jawapan ni dapat membantu anda.👍
Kalau ada perkataan 'ready to use', terus gunakan saje coolant tu. Ye, ethylene glycol, kandungan dalam coolant sebagai agen antibeku(antifreeze). Dalam coolant juga ada bahan antirust(antikarat). Banyak kes radiator berkarat sebab x letak coolant, hanya tambah air saje. Tak boleh mcm tu..
Brake pad new persona adalah sama dengan iriz ni. Mcm dalam video yg sy pakai ni harga dalam 45 ke 50 saje. Kalau ada bajet lebih, boleh pakai brand yg lebih baik. Mungkin berharga 80 ke 100 bergantung kepada kedai. Tu untuk harga barang saje.
G clamp kalau ada pun dah boleh tolak piston tu. Lapikkan dengan pad lama. Yg susah sikit tu sebab klip pada brake pad tu, tu yg buat leceh sikit. Tapi xde masalah dan memang boleh masuk.