Arabic Words اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Romanic Words Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad The 5 Extras Zikrs Subhanallahi Wa Bihamdih Subhanallahil 'Aziim Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallahu Allahuakbar Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa ha illaa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ;ilaih Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil
ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ? Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam himpunan buku kuliahnya, Ahkam Al-Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami menyatakan, air mata dari sesuatu yang masih hidup, peluhnya, air liurnya, air hidungnya. Hanya kesucian segala benda yang tersebut ini, apabila dia itu dari binatang yang suci, baik binatang itu dimakan dagingnya atau pun tidak. Demikian pendapat Syafe’i. Manakala ulama Hanbaliyah berkata, suci air mata, peluh, air liur dan air hidung apabila yang demikian itu daripada binatang yang dimakan atau dari selainnya asal sahaja binatang yang semisal kucing atau yang lebih kecil daripadanya dan bukan pula keluar dari (jalan) najasah. Kepompong sutera adalah sesuatu bahan yang keluar daripada mulut ulat sutera yang kemudiannya ia memintalnya menjadi kepompong yang membaluti dirinya. Dalam kitab Sabil-Al-Muhtadin, Syeikh Arsyad Banjari menyatakan, dan demikian lagi, suci ulat sutera dan telurnya iaitu yang keluar daripadanya ulat sutera. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa sutera itu tidaklah najis.