Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin hari ini telah membuat pengisytiharan perlantikan Sultan Perak yang baharu iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibn Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Raja Muda Perak Darul Ridzuan menjadi ganti Sultan yang Dipertuan dan Raja Pemerintah negeri dan Jajahan Negeri Perak Darul Ridzuan dan segala Takluknya dengan gelaran PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBN AL MARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.
28 май 2014