Salam bang, boleh x abg buat video servis basikal?apa yg perlu dibuat dlm servis basikal lps tu dgn pasal air fork..sy x berapa paham pasal air fork..masa bila nk isi angin..
Walaikumsalam Adik Alif, ada video servis basikal tapi servis air fork belum lagi... nanti senang2 saya buat yg baru. Sementara tu boleh tonton video ni ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE--U90CedfWV8.html
Assalamualaikum en Zul, thanks. Finally faham penggunaan chain lube. Saya beli wet lube sebab ingatkan wet climate negara kita, padahal saya kayuh pada cuaca kering dan di jalanraya saja 🤦🏽🤦🏽🤦🏽
Walaikumsalam En Azman, jangan risau. Sebenarnya, wet lube lebih efektif sebab ia mempunyai tindak balas melindungi air dan lumpur/pasir sebab itu lube ini akan menjadi warna hitam. Cuma kena rajin bersihkan rantai selepas berkayuh sebab kotoran akan melekat pada lapisan minyak. Kitapun boleh ikut terrain, iaitu kalau kita banyak berkayuh jalan tar pakai dry lube sahaja, kalau banyak offroad pakai wet lube sahaja. Ini lebih jimat. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Perkongsian terbaik.. Tuan, saya akan basuh sendiri basikal saya selepas ride.. saya cuci rantai, lap kering.. apa yang perlu saya buat untuk elak rantai karat? Perlukah saya letak minyak selepas basuh basikal? Tq atas ilmu yang disampaikan..
Terima kasih soalan ini. Memang sayapun lupa memberitahu iaitu jika kita tinggal basikal beberapa hari atau seminggu adalah baik kita spray dengan WD40 atau mana2 anti-rust lubricant. Lubricant rantai malam hari sebelum berkayuh atau pagi hari kayuhan bolehlah menggunakannya. Terbaik 👍🏼👍🏼👌🏼👌🏼👌🏼👌🏼
Walaikumsalam... selamat tuan. Boleh pakai takde masalah. Cuma kalau boleh bila tuan nak berkayuh letakkan lubricant pada rantai supaya pergerakan rantai lebih lancar. Semoga berjaya 👍🏼
As salam Encik Zul perkongsian yg sangat baik.Apa kah kita perlu mencuci rantai dulu sebelum bertukar dari wet lube ke dry lube.Apa pendapat tuan tentang pengunaan ceramic chain lube dari finish line.Trima kasih.
Walaikumsalam Encik Parman. Sebaiknya cuci dahulu atau lap dengan kain bahagian rantai sebelum bertukar dari wet lube ke dry lube. Wet lube ini selalunya menjadi hitam ada lapisan untuk minyak untuk rantai terus efisyen. Dry lube adalah lapisan nipis selalunya transparent dan kebanyakan all weather lube termasuk juga ceramic lube bertindak seperti Dry Lube. Jadi boleh sahaja guna ceramic atau all weather lube ini. Cuma jika betul2 nak guna untuk offroad yang lasak, mungkin wet lube khas lebih berkesan. Terima kasih 👍🏼
Wsalam dik. Ada... boleh cari all weather lube tapi function sama macam dry lubricant. Kalau brand murah sikit Finish Line, ada wet & dry harga dlm RM32, Shopee ada jual. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Dalam video ini jenama lubenya adalah Muc Off. Ada juga jenama yg lebih murah yg mempunyai wet dan dry lube iaitu Finish Line. Boleh cari dalam Shopee. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Alhamdulillah. Sgt bermanfaat. Cuma nk tnya. Ada 2 situasi. Letak lubrican sbelum kayuh tgok cuaca, contohnya kering letak dry lube. Dlm beberapa hari nk kayuh cuaca hujan. Adakah letak lg lube wet? Atau setiap kali nk kayuh letak? Mengikut cuaca? Maaf bertanya sebab baru nk kenal2 basikal
Alhamdulilah terima kasih. Setelah berkayuh, disarankan kita cuci rantai, lap hingga kering dan spray dengan WD40 atau apa2 anti rust spray. Jika tidak berkayuh, jangan letak lube dulu. Bila pasti nak kayuh, letak lube wet/dry mengikut cuaca. Betul, bila dah letak dry lube pada awalnya, tetapi bila nak kayuh semula, lap dulu rantai, baru letak wet lube jika hari hujan. Ada juga all weather lube, tapi ia berfungsi lebih seperti dry lube. Wet lube ini untuk keadaan jalan ekstrem berlumpur dan offroad.
Adik sticker tu memang standard datang dengan basikal. Ia dinamakan chainstay protector. Rasanya boleh tanya kedai mungkin mereka ada jual. Terima kasih 👍🏼
Walaikumsalam. Soalan yang sangat baik. Memang ada beberapa video mencadangkan MTB seharusnya dibeli oleh newbies. Akan tetapi, berdasarkan pengalaman saya, basikal pertama mestilah yang dapat menaikkan minat kita terhadap hobi ini disamping untuk kesihatan. Jadi, MTB ini jika berkayuh offroad, memerlukan banyak kemahiran kerana berbahaya dan bila berkayuh di jalan raya, ianya berat dan perlahan. Saranan saya pertimbanglah samada RB atau Gravel Bike. Gravel Bike adalah seperti kacukan RB dan MTB. Terima kasih.
Terima kasih Adik, cadangan yg sangat baik. Saya risau juga bagi contoh2 helmet ni sebab ada yg dah mula kecam dan tuduh saya buat marketing. Tapi nanti saya fikirkan bagaimana buat review yg umum (general) sahaja. 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Wsalam, soalan yg baik. Sebaiknya lap dulu sebelum guna lube yg baru. Tapi jika malas, hanya lap kalau pakai wet lube sebab rantai akan menjadi hitam dan kotoran akan melekat pada minyak. Tapi kalau ada dry lube sahaja, boleh skip sebab dry lube kurang sensitif. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Tak perlu... Dry Lube masih berfungsi dlm hujan walaupun Wet Lube lebih efektif untuk jalan berlumpur dan lecak sebab ia akan ada lapisan minyak berwarna hitam. 👌🏼👍🏼
Salam tuan..lepas tgok video tuan,sy dh jelas akan cara pengunaan lubricant dgn betul...cume sy ad soalan...sy akan mengayuh seminggu 3x...dn perlu ke setiap kli hbis mengayuh,sy kne cuci rantai...dn bila nk mengayuh balik,br letak yg baru...mohon penjelasan tuan
Walaikumsalam En Sufian terima kasih atas soalan yg baik. Saya juga basuh rantai bergantung pada keadaan. Jika cuaca panas kering, selalunya rantai tak kotor dan berpasir dan tak perlu dicuci selalu. Hanya selepas berkayuh pada hari hujan dan jalan yg berlecak/lumpur, barulah sembur air dan lap hingga kering. Spray WD40 sebaiknya supaya tahan karat. Esoknya, guna lubricant sebelum berkayuh ikut keadaan cuaca. Harap menjawab soalan tuan 👌🏼👍🏼
Walaikumsalam En Anas. All weather berfungsi seperti dry lubricant. Jenis kayuhan di jalan raya dan cuaca di Malaysia sesuai untuk lubricant ini. Hanya jika kayuhan offroad mungkin lebih sesuai web lubricant kerana lumpur dan lecak yg extreme. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Saya belum pernah rendam rantai dalam lilin parafin. Memang saya tahun pelbagai cara nak bersihkan rantai termasuk rendam dalam diesel, minyak tanah dan wax, memang ini boleh membersihkan rantai dgn baik cuma leceh nak buat setiap kali berkayuh. Jadi boleh buat 3-6 bulan sekali kalau rajin. Yang penting jangaa rendam dalam bahan kimia yang berasid, ini boleh menjejaskan ketahanan rantai. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Kalau jangka pendek dan rasa ianya berkesan, ok aje boleh pakai. Kalau ada hakisan atau karat tukar ajelah rantai baru... tak mahal sangat sebenarnya. Macam rantai saya dah pakai 6 tahun ok lagi sebab jaga dengan baik. Terima kasih
@@SEMBANGBASIKALISFREE biasanya saya akan basuh dulu rantai basikal ni...tapi lepas saya dah tuang minyak singer logik ke kalau warna2 hitam minyak tu ada?merosakkan rantai tak?
salam abg zul. klua kita dah habis kayuh perlu kita cuci rantai balik.. xkira la wet lube atau dry lube atau kita byar je cuci semingu sekali maaf newbe lagi
Walaikumsalam amalan saya kalau tak kotor sangat saya bilas air dan lap hingga kering sahaja. Kemudian rantai saya servis dalam 1-2 minggu sekali. Spray anti rust seperti WD40 di rantai. Bila nak kayuh baru letak lube bergantung pada cuaca. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Walaikumsalam tuan. Sama formulanya. Cuma saya sarankan untuk offroad lebih baik pakai wet lube sebab ia akan bertukar menjadi lapisan hitam pada rantai dan cassette, ini memberi perlindungan lebih baik dari dry lube dari air lecak dan lumpur. All weather lube boleh juga sebab ia bertindak seperti dry lube. Tapi offroad lebih baik wet lube. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Walaikumsalam pelincir rantai motor selalunya bertindak seperti Dry Lubricant. Jadi ianya boleh digunakan. Cuma jika ada ride di offroad dsn jalan berlecak yg extreme, disyorkan menggunakan wet lubricant. 👌🏼👍🏼
Walaikumsalam, En Farizal yea itu adalah amalan yang lebih baik sebab anti-rust spray seperti WD40 dapat menghindari karat. Saya juga amalkan begitu. Lubricant rantai hanya letak sebelum berkayuh sebab jika letak awal, habuk dan kotaran akan melekat pada rantai dan wet lubricant pula lebih sensitif ia akan bertukar menjadi warna hitam dan seperti magnet memerangkap habuk. Terima kasih.
@@orangkicap97 takde masalah. Anti rust cuma tahan karat dan lapisan nipis lancarkan rantai tapi tak lama. Sebab tu lubricant rantai lebih berkesan untuk kelancaran rantai dan ia ada tindakbalas kimia untuk bertahan lama pada rantai. Contohnya wet lube akan jadi hitam pada rantai dan cassette utk perlindungan dan kelancaran.
Soalan yang sangat menarik dan boleh didebatkan di Parlimen 😅 Pendapat saya, memang tidak dinafikan wax rantai adalah antara proses yg efektif untuk membersihkan rantai dimana semua kotoran akan keluar dari rantai dan memanjangkan sedikit hayat rantai anda berbanding proses lain. Walau bagaimanapun, saya mungkin akan lakukan sekali seumur hidup proses ni dan mungkin paling rajin setahun sekali kerana prosesnya renyah. Saya sanggup bersihkan dgn membasuh atau lap rantai selepas kayuhan dan gunakan lubricant sebelum setiap kayuhan, kerana saya tak perlu membuka rantai setiap proses waxing. Itulah pendapat saya. Terima kasih 😉👍🏼
Saya pernah tanya pada owner Orbitcycle dkt kedai dia. Dia bgtahu wax ni lama-lama guna akan timbul kerak pada lapisan rantai, chainring dan pulley derailleur kita. So nak tak nak kena buang kerak dan bersihkan rantai, pulley, cassette dan chainring basikal kita selepas penggunaan wax yg kerap utk bg smooth. So owner kedai neutral akan penggunaan wax ni.
Walaikumsalam adik, hanya satu sahaja masalah iaitu ia mengurangkan duit di dompet. QR titanium ni kelebihannya sedikit sahaja iaitu ia mengurangkan berat beberapa gram dan tahan karat. 👌🏼👍🏼
Setelah membaca bagaimana wax lube in berfungsi, ia adalah lebih kepada Dry Lubricant. Wax ini akan kering bagi memastikan tiada habuk atau kotoran melekat pada rantai. Cuma rantai perlu benar2 bersih sebelum menggunakan wax lube ini, kena hilangkan kesan2 minyak pada rantai jika ada. Rujukan www.bikeradar.com/advice/buyers-guides/chain-lubes/
Ok boleh juga... cuma digalakkan rajin cuci/lap rantai selepas berkayuh. Takut rantai cepat berkarat dan rosak, terutama MTB yg senang kena air dan lumpur. Terima kasih 👍🏼
Soalan yang baik. Jangan risau, lubricant yang pertama wet atau dry masih berfungsi untuk melancarkan rantai. Cuma jika kita tahu untuk offroad iaitu melalui jalan berlumpur, adalah lebih baik menggunakan Wet Lube. Jika jalan tarmac sahaja, gunakan Dry Lube. Terima kasih.
Terima kasih atas komen ini. Basuh basikal pun ada caranya. Amalan yg baik adalah selepas basuh basikal dengan air dan shampoo basikal, terus lap basikal dengan kain. Jangan biarkan ia kering sendiri sebab bahagian2 yg boleh berkarat akan terdedah pada air dan angin, memang boleh mempercepatkan proses berkarat. Rantai basikal saya tak pernah berkarat begitu juga komponen2 lain sebab amalan yg betul dan penggunaan shampoo khas untuk basikal. 👌🏼👍🏼
Ada banyak adik Syazwan. Carilah dalam Shopee mesti ada contohnya brand Finish Line dalam RM32+ sebotol. Adik pilih ikut keadaan jalan yang selalu adik gunakan contohnya kalau adik banyak kayuh di jalan tar belilah Dry Lube kalau banyak kayuh di offroad belilah Wet Lube.
Bagaimana pula berkaitan all weather lubricant dan wax pada rantai? Dipahamkan dry ketahanannya tak lama dan wet pula cepat kotor. Ada komen atau pengalaman berkitan wax dan all weather lubricant?
En Roslan boleh rujuk link dalam description video ini. Beberapa ujian/tests telah dijalankan kesan terhadap beberapa jenis lube termasuk minyak zaitun (olive oil). All weather lube dan wax lube berfungsi hampir sama dengan dry lube. Cuma wet lube untuk keadaan yang lebih extreme berlumpur dan basah, sebab itulah rantai dan cassette akan bertukar berwarna hitam untuk membentuk lapisan perlindungan. Terima kasih.