Dlm ramai2 ulamak, aku ckup suka bila Dr maza keluarkan hujjah beliau. Mmg tepat, padat dan sgt mendalami disiplin ilmu. Semoga Allah merahmati beliau.
Alhamdulillah .terimah Kasih Ustaz Shihabuddin dan Dr maza .tenang rasa nya hati ni bila mendengar hujjah dari Ustaz Dr Maza.. Alhamdulillah Allahuakbar..terimah
Benar kata Dr. Maza, ketaksuban kepada pemimpin tidak seharusnya ada kerana melampaui batas dan ada kalanya menimbulkan pertelingkahan sesama umat. Ini kerana acuan ini acuan tinggalan penjajah, begitu juga kebanyakan ilmu political sciences yg ada berpaksikan ideologi barat. Pemimpin ditaati selagi mereka taati Allah swt. Kita mentaati Allah swt dan sama2 menyokong semua perkara dan tindakan yg diredhai Allah swt. Waallahua'lam.
#DrMaza Yg betul² Tulus dan Mnyatakan apa yg tk betul, yg lain masih takut² utk Menyatakan apa yg betul, DrMaza Lantang bersuara kalau perkara yg tk betul. Setuju dan Sokong apa DrMaza katakan.
pemimpim baru mendanya ? Org2 tu jg, hrga minyak dh turunkh? Janji dlm msa 24 jm klw jd PM..yg pelik dulu dh kena kencing ole org yg sm pun xserik jg....nasib mu lh labu...
Tidak dpt disangkal semua ilmu dlm Islam Dr Maza ni hebat. Kalau lebih skit bersikap terbuka krn senario di Malaysia tlh bbrapa thn Islam tidak diangkat teratas sekali. Perlu jga bersangka baik terhadap janji dari pemimpin yg baik
@@nazrihasan478 bukan semua orang agama minat dlm politik tetapi tidak menghalang mereka mengkritik pemerintah.....Abu Zar, salah seorang sahabat yg dijamin syurga, tidak diizinkan Nabi jadi pentadbir kerna jawatan politik ini salah gaya mendekatkan kita dgn Neraka....
Alhamdulillah. Semoga kita selamat di dunia dan di akhirat. Betul, kita jangan taksub dengan ahli-ahli politik dan parti. Yang penting kita dapat pemimpin yang boleh mentadbir dengan baik. Bila terpilih rakyat mesti taat dengan pemerintah demi kesejahteraan semua. Andai pemimpin tu ternyata gagal, rakyat boleh tukar pemimpin melalui kuasa undi pilihanraya. Wallahuaklam.
Bagi saya bila kita bercakap ikut emosi ianya akan menyebabkan kita akan kehilangan hujjah yg mantap dan bermanafaat. Saya dah lihat banyak kuliah Dr Maza, bila dia bercakap tenang banyak ilmu yg dapat dari beliau curahkan ttp jika sebaliknya akan banyak kecelaruan. Di sini saya beri kredit di atas sikap tenang USA dan ketenangan itu membuatkan saya faham. Apa² TERIMA KASIH Dr Maza USA di atas pencerahan, yg baik kita terima dan yg buruk kita buang jauh².
@@eliasomar296 says fikir Dr Maza Ada point juga. Dr Maza adalah oenceramah yg Ada imej serious,jujur. Dia tak Sama dgn beberapa penceramah lain yg suka ketawa brdekah dekah sambil mengumpat DLM kuliah.
Ya betul, dia pandai menggunakan akalnya untuk melontarkan kata-kata, bukan macam Ustaz laki bini tu, penuh emosi sampai ayat jadi bercelaru, tak ada kesinambungan dan terkait dengan ayat Qur"an yang digunakan.
Terima kasih, *Ustaz Syihabudin dan DrMAZA* ♥️♥️♥️♥️♥️♥️ _dari Abdullah radhiallahu'anhu, dari Nabi ﷺ bersabda_ , " *Mendengar dan taat adalah wajib bagi setiap muslim, baik yang ia sukai maupun yang tidak ia sukai, selama ia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan, adapun jika ia diperintahkan melakukan maksiat, maka tidak ada hak mendengar dan menaati* . " *Sahih Bukhari 6611* ♥️ _Sumber Hadith Encyclopedia_ جزاكم الله خيرا • بارك الله فيكم ♥️ *Zonnorain Bin Mohamed Yassin* 🖤
Tipu dan seleweng fakta pon kena ikot ka jugak pemimpin macamni...adakah wajib taat....biar betul....walaupon ada pilihan lain.....jadi, penjajah yang mula2 menang dan jadi pemerintah kita kena taat....yang nak ambil balik hak dan keadilan untuk negara adalah haram dan berdosa lah??...sebab tak patuh ulilamri???
betol dah kita tengok dan lihat saja,sy sendiri x nak ekstrem excited ckp ni pemimpin x boleh pakai atau pun boleh sebabnya masing2 ada kisah silam,semoga allah memberkati rakyat malaysia dan lindungi agama islam
Bila seseorang diberi kuasa barulah kita nampak belang mereka...ini lumrah...kita tak boleh marah bila org berkata demikian...kita kena sokong pimpinan semasa...after all pemerintahan itu adalah milik Allah...Allah dah beri amanah dan jangan pula mereka khianati
Itu hak individu lah, bukan semua tk bole dipercayai, bukan kah kita digalak utk jgn bermusuhan, jika dah bergaduh kna berbaik semula tu kan kita dituntut, tk kan nk gaduh terus n terus. Demi kebaikan rkyat mesti kna berbaik semua, hilangkan persengketaan tu lebih baik
Bagi pendapat aku macam ni. Ada 2 jenis manusia dalam dunia ni. Leader dan Follower. Manusia yang ada kehidupan sendiri dan orang lain tak melihat kehidupan kita seharian. Iaitu kebanyakan rakyat seperti kita yang siang malam ada kehidupan mereka sendiri dan tidak ada perlu untuk orang lain mengetahuinya. Kita tak perlu berlakon dihadapan sesiapa samada untuk dipuji, diambik jadi panduan atau untuk dikritik. Kehidupan kita tidak memberi kesan kepada masyarakat. Satu lagi jenis manusia yang sentiasa berada dihadapan penglihatan umum. Seperti ahli politik dan selebiriti. Manusia ini kalau mereka nak berlakon, aku tak salahkan sebab ikut niat masing2. Kalau nak berlakon demi nak jaga fitnah, demi tidak menjadi ikutan orang awam untuk perbuatan jahat dan sebaliknya untuk perbuatan baik, atau apa sahaja mereka nak buat... pasti memberi kesan secara skala besar. Kadang2 satu perbuatan sahaja atau kata2 sahaja boleh kesan negatif atau positif kepada rakyat atau masyarakat seluruhnya. Kalau niat mereka baik maka jadi pahala. Kalau niat jahat, berdosa lah mereka. Kita tak mampu menghukum mereka. Bukan kerja kita. Kita ambik yang baik dan yang jahat, kita tegur mereka. Begitulah hidup ini. Aku bersangka baik dan aku tahu menilai mana satu baik dan buruk. Kalau kita gagal menilai maka itu salah kita. Salah kita untuk tahu menilai hidup. Kurang ilmu samada dunia dan akhirat. Tak adil lah kerana banyak ahli politik buruk dimata kita maka kita terus hukum semua pemimpin. Kita nilai sendiri samada kita boleh percaya kata2 dan perbuatan mereka ahli politik ini berdasarkan ilmu kita ada. Jangan kita jadi bodoh sangat. Itu yang penting. Lihat samada semua kata2 ahli politik boleh dipakai atau tidak. Buat pertimbangan sendiri. Jangan taksub dengan mereka. Kita tahu semua manusia ada baik dan buruknya masing2. Sejauh mana buruknya berbanding kebaikannya. Agama sentiasa ajar kita memilih kurang mudarat dari yang memudaratkan walaupun semua mudarat. Peliklah kalau kedua2 mudarat dan kita ambik sikap hukum semua tak boleh pakai sedangkan itu sahaja pilihan yang kita ada, betul tak? Kalau ada pilihan hanya daging babi dan daging lembu tak disembelih. Mana pilihan kita? Peliklah kalau kedua2 kita tak mahu makan. Tak makan dan mengakibatkan kita mati kerana tak makan adalah mudarat lebih teruk. Begitulah analogi aku. Takkan DSAI belum buat apa2 tugasnya sebagai PM, kita terus nak hukum dia macam2? Apa dalilinya? Adakah kerana sebelum ini, dalil kita bahwa ahli2 politik sebelum semua macam tu maka penilaian kita dah salah malah tak adil sebagai manusia. Jika anda berada di tempat DSAI, adakah anda rasa adil orang lain sudah menghukum anda sebegitu rupa? Dan kita juga tanpa pemimpin negara, betapa kacau bilau negara ini. Saham jatuh, ringgit jatuh, keadaan negara kucar kacir. Jadi kita terpaksa melantik juga seorang pemimpin kerana mudaratnya lebih besar tanpa pemimpin. Jadi, tunggu dan lihat apa dia mampu buat dan kemudian baru kita nilai dirinya. Itulah yang kita patut buat sebagai rakyat. Hanya pandangan insan lemah.
Adehhhh.. takan tak paham apa yg Dr Maza cakap.. bila pulak dia cakap Anwar akan jadi pemimpin yg teruk.. Kan ke Dr Maza suruh taat pemimpin yg telah dilantik?
Rileks la bro. Maza cakap tunggu dan lihat. Sama jugak macam semua pemimpin. Bukan anwar sahaja kita kena perhati. Baru cakap macam tu dah melenting dan melompat. Aduii
ape point ko tulis pnjg2 cmni? point MAZA sgt mudah , x kira sape pon PM, selagi die x suruh wat maksiat, kene taat. X kire la DSAI ke mat sabu ke KJ ke sape pon..dan JGN TAKSUB dekat Politician sbb kat ape yg diorg ckp arini,blm tentu diorg pgg smpi bile²...aku yg jahil ni setuju dgn MAZA ckp sbb die based on dalil..ko marah sbb ko pro DSAI,fanatik DSAI..tu je..
Setuju dgn ulasan dr maza dan ust syihabudin. Bg saya Lanskap politik malaysia telah berubah sama sekali, tidak lg terkongkong dlm dwi parti shj. Rakyat lebih terbuka dan cerdik dlm menilai tanpa ketaksuban yg melampau dan tak terlalu ekstrim. Mereka dah sedar tiada lg parti yg terlalu dominan spt dahulu. Terdapat Ahli politik bergitu terdesak utk surviver politiknya demi kepentingan diri manakala selebihnya diakui ikhlas berjuang kpd idiologi tp hanya segelintir saja. Mereka mungkin sukar utk ddk semeja dgn lawan mereka. Acuan politik kita mmg terbentuk begitu sejak dahulu lagi. Maka.. kematangan dlm berpolitik perlulah diterapkan kpd setiap rakyat malaysia. Semlm berlawan hari ni berkawan.. esok pulak siapa tahu kan.seolah2 majoriti dan minoriti undi boleh digabung dan ditolak sprti congakkan matematik shj dlm bentuk kerajaan. Belum tentu yg minority sbg pembangkang dan mijority sebaliknya. .persoalannya bersediakah kita utk menerima bentuk politik sebegini?? Unpredictable but ..exspectable..
Terima kasih dengan ulasan yang bermanafaat dan terima kasih beramanah menjaga anak disisi. Lepas ni reward diri sendiri dengan makanan halalan toyiban dan berehat. Alhamdulillah, amin.
Kenyataan Maza bahawa agama berasaskan prinsip manakala politics berasaskan compromise tidak tepat. Konsep unity government memerlukan perkongsian kuasa - jadi ada compromise dari aspek kuasa politik tetapi tidak bermakna compromise terhdp prinsip. Kenyataan Maza ini simplistic dan boleh mengelirukan orang.
MAZA ni racist. Sehebat mana pun seseorg ustaz... still ialah seorng manusia yg penuh dgn dosa dan kekurangan. Ilmu yg ada pun belajar tak habis walau pun ada phd atau ptofessor
Saya sudah tengok video penuh dr maza ini. Saya bersetuju dgn kenyataan beliau. Kita berlapang dada. Selagi pemimpin patuh pada Islam, kita patuh walaupun tidak bersetuju.
minit 11:22 ' boleh kata semua org politik pendusta' - saya rasa tak sesuai sangat tuduhan/statement mcm ni. saya amat x bersetuju wpun yg bercakap ni seorang mufti. walaupun saya banyak ikuti pandangan2 ss dato mufti dlm berbagai perkara, tapi dlm bab ni ia sangat keterlaluan. tq USA, reaction yg baik. jzzk.
Kalau dengar keseluruhan ceramah, kita akan berlapang dada kerana banyak ingatan yg diberikan kepada rakyat utamanya. Tak pasti saya yang terlalu natural atau tak ada perasaan tapi sepanjang saya dengar, semua ingatan untuk masyarakat supaya tidak taksub dan berhati2 dengan ahli politik kerana politik ini mmg mainannya kotor lawan bleh jd kawan. Dr MAZA pun menyuruh masyarakat untuk ikut pemimpin selagi mana tak ingkar suruhan Allah.
Sy juga tidak berlebih2 dlm politik,cuma Sy sokong yg paling terbaik dari yg baik.. wlupun PM ni bukan pilihan Tp dia masih baik..Moga beliau mjlnkn amanah rakyat dgn sebaiknya
Setuju dengan ustaz syihabuddin. Waktu yang penting untuk semua rakyat bersatu demi pulihkan semula kestabilan negara kita yang tercinta. Demi kestabilan negara, saya menyokong penuh PM yang dilantik sekarang & kerajaan yang bakal dibina.
aku tak sokong penuh...aku sokong kalau polisi yg dia buat bagus dan tidak bertentangan dgn agama..kalau dia nak naikkan lgbt aku turun padang merusuh sama2
Datok Anwar sangat populer di Indonesia, saya yakin Malaysia akan lbh maju di bawah kepemimpinannya, akan lbh demokratis krn beliau adalah pejuang demokrasi yg sesungguhnya di Malaysia, beliau bukan orang pendendam, terbukti meski berkali2 di akali Datuk Mahatir beliau ttp mau bekerjasama dng Datuk Mahatir...saya pengagum Datuk Anwar dri dlu, meski saya orang Indonesia
Pesanan Dr MAZA ni adalah nasihat kepada org Islam yg beriman dgn Al Quran dan Sunnah. Bagaimana sikap ahli Sunnah terhadap kepimpinan yg wujud pada zaman dia. Semua tahu sistem demokrasi ni bukan sepenuhnya bertepatan dgn prinsip dlm Islam. Cuma bagaimana sikap kita sebagai muslim yg ditakdirkan lahir dan hidup didalam sistem yg tak islamik, itu yg kita kena faham. Sbb tu jgn percaya ahli politik secara membabi buta. Mereka semua manusia biasa yg tak maksum penuh dgn dosa. Sebagai Muslim prinsip kita beriman dgn Allah dan Rasul, dan taat pemerintah yg ditakdirkan Allah menjadikan pemimpin kita. Dan kita hanya taat pada perkara yg makruf/baik.. perkara yg jelas bercanggah dgn wahyu kita haram taat. Itu jelas dlm Al Quran.
"Perkataan jgn percaya langsung " dibimbangi tersemat difikiran atau menjadi siulan Anak2 muda , anak2 cucu2 kita, dan bila mana ibu atau bapanya sendiri kemudian hari dilantik jadi pemimpin , semoga ayat2 spt ini dpt dihindarkan terutama dari kata2 seorg yg sgt dihormati dan disegani. Wallahuaqlam
Amalan "pause" penting untuk memberi minda berfikir berehat seketika untuk timbang tara. Know exactly when to draw a red line. Tq comment Puan baik dan kami suka.
Terima kasih dengan hujahan dan rujukan. Sangat bermanfaat. Kesimpulannya jadilah rakyat yg bijak dan matang. Bagi yg beragama Islam perbanyakkanlah membuat rujukan kpd golongan agamawan dalam mencari rujukan dlm ilmu2 berkaitan kepimpinan dan politik. Semoga Allah SWT merahmati negara kita. Amin..
Taksub kpd pemimpin yg inginkan islam di hadapan tak salah, jangan suka menilai apa yg ada di dlm hati orang, dgn sendirinya terpancarlah kesombongan yg tersembunyi bagi penilai itu sendiri, merasa diri terlalu hebat, bukan saja terukir dari kata2 tetapi dari hati yg suka merendahkan sesama ma'nusia, disisi Allah semuanya sama,syurga nuraka terletak atas ilmu dan amal masing2 siapakah kita untok menilai orang...Allah sahaja maha mengetahui segala2nya wallahuaklam
Selama 3 tahun Ustaz dan Ustazah bebas mengindoktrinasi umat Islam dgn pandangan politik di negeri2 dikuasai mereka berselindung atas nama Kuliah Maghrib Kuliah Subuh dsbg.
Semua manusia ada salah dan dosa. Tak kira siapa walaupun dia seorang ahli masjid..."jika Allah mahu, Allah bisa menjadikan Si Alim menjadi hina dan ahli neraka , Allah juga bisa menjadi Si Jahil menjadi mulia dan ahli syurga"... Ingat2 lah kita semua,kita belum tahu pengakhiran dan penghujung hidup kita....betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT....
Pasca Politik Malaysia perlu berubah supaya tiada kekeliruan pada rakyat,bentuk kan satu akta undang2 POLITIK yang perlu dibahas di Dewan Rakyat,bukan apa Negara luar memerhati,kalau boleh buan EN Block...A atau B sahaja... berapa puluh parti pun tak mengapa tetapi pilik Blok msna mereka nak bertanding,so,rakyat nak membuang undi pun senang,dan keputusan undi pun mudah utk mencari satu keabsahan Kerajaan yg jitu,so x ada pertikaian lepas PRU mencari kerajaan yg berkaliber....tahniah DSAI atas perlantikan sebagaai PM10👌🇲🇾
@@exuaf saya x pandai,tapi saya hanya berpendapat,maksud nya buat 2 blok sahaja...contohnya A dan B...biar berapa parti pun bertanding pastikan mereka berada di block mana mereka suka...so apabila habis PRU,parti yg byk kerusi hanya dari block A dan B sahaja...mana2 satu pasti menang,so,x ada lah jadi menang minority mcm baru2 ni ...tu pendapat saya...tetapi kena bahas di Dewan Rakyat utk mendapat persetujuan 2/3 dan digubal di Dee wan Negara utk menjadi Akta atau undang2...Apa yg berlaku baru2 ini dah jadi 4 blok....PN,BN,PH,GTA empat blok besar,sebab tu undi jadi berpecah...mana mungkin dpt 112 keatas....maaf kalau pandangan saya ni tak ralevan...semoga Malaysia maju jaya dibawah kerajaan baharu🤲🇲🇾
Benda ni boleh buattttttt.... Aku dah fikir dah.... Tapi perlukan sokongan.... Terbahagi menjadi 2 blok, kebenaran-kebatilan.... Jadi automatic terpisah, takkan masuk 2 ni bercantum jadi 1... Mulakan dgn persatuan, kemudian baru jadi parti....
Tambah sikit.. mansuhkan sekolah jenis kebangsaan.. kerana perpaduan antara kaum semakin hari semakin teruk.. bahasa kebangsaan pun makin lama makin dilupakan..
Penyokong yg ekstrem disebabkan di mainkan sentimen kaum & agama....didakyah oleh pemimpin bahawa negara akn di kuasai kaum lain, islam akn di pijak...ahli politik yg begini lah yg perlu ditolak
Engkau kretik org politik memanglah byk yg tak betul byk kekurangan tetapi kalau org kretik ulamak/utaz pun ramai lagi yg tak betul..Ini bererti selagi kita di gelar manusia memang byk kekurangan contohnya awak sendiri pun byk kekurangan.
Thank you USA for the advice. Yours look calm n constructive n dynamic. Thanks also for Dr Maza for his view. I may not agree to all his views, but he has a point. Wallahu a'lam
Mufti arif dlm agama...ahli politik arif dlm politik ..cuma ada ahli politik yg baik dan yg jahat...klau tuan mufti berminat blh lah turun dlm bidang politik....
Hari ini hari Jumaat, jom perbanyakkan berselawat semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Daripada Abi Umamah berkata Rasulullah ﷺ bersabda: . أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً . "Banyakkanlah berselawat ke atas ku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku". (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791) Status: Hadis Hasan.
Ada bau2 tabligh sikit ni. Hahah. Sangat betul komen tuan hamba. Tapi kena ingat. Banyak geng tabligh atau jenis yang komen bergini kadang silap faham. Depa selalu asingkan politik dari agama. Nabi ketua politik madinah. Ingat tu. Nabi menyatukan madinah dan mekah. Bukan dengan gosok gigi pakai miswak je. Tapi berpolitik. Politik itu alami selagi mana ada hubungan sesama manusia. Jadi politik itu sunnah. Kejayaan dalam agama dan sunnah juga bermaksud berjaya dalam berpolitik. Tapi banyak geng konon agama yg belajar separuh jalan ni ingat politik ni bukan bidang agama. Abu bakar umar usthman ali semua ketua politik negara. 2/3 dunia di bawah naungan khalifah atas sebab politik sunnah. Contoh. Bila madinah lemah, nabi buat perjanjian dengan yahudi. Tak perlu bantu pertahankan madinah. Cukup jangan membantu pihak lawan. Adakah nabi keji bersekongkong dengan orang kafir yahudi? Ini kebijaksanaan politik nabi, politik sunnah, politik adil. Piagam madinah, apakah tiada hak2 untuk orang bukan islam? Hak penduduk asal madinah dengan hak oramg yang datang berhijrah? Ini politik sunnah. Tapi orang melayu kita, orang agama kita xnak belajar political sciences sebab di anggap bidang "dunia", bukan bidang agama. Saja berkongsi pandangan.
Ramai yg tidak bersetuju dengan DrMaza sbb mereka beranggapan ianya kritikan kepada DSAI dan PH. Say tidak nampak ianya ditujukan kepada mana2 individu dan parti. Di situ ada nasihat2 yg baik jugak seperti dia kata kita kena taat kepada pemimpin yg dipilih jadi dia mnyuruh kita taat kepada DSAI. Dia pun ada sentuh isu parti syurga neraka yg dia kata melampau dalam berpolitk jadi menyuruh kita menolak ketaksuban seperti itu. Dengar baik2 yg DrMaza kata. Jangan cepat melenting. Sudah2 lah kita mencemuh satu sama lain. Musim mengundi dah lepas, dah ada PM baru, mari bergerak ke hadapan bersama2.
Masalah melayu muslim kt malaysia ni, taksub dekat parti dan pemimpin yang melampau. Tak boleh nak kritik idola dia. Mula maki seranah orang. Padahal tuan badan yang kena kritik, senyum je.
Ramai penuntut ilmu agama ikut Dr Maza dlm fahaman agama. Tp kalau dlm pemahaman politik, ramai yg x setuju. Dr Maza kena berfikir dlm ruang yg lebih besar lg. Ini pandangan sy dan kwn2 yg meminati Dr Maza n ustaz2 sunnah lain. Apa2 pun kami juga meminati Ustaz Syihabuddin kerana ilmu agama dan politiknya lebih matang. Teringat arwah TGNA yg tidak suka bicara mengenai kaum. Hanya agama penting selain menjaga keharmonian dgn agama lain.
Dan yg plg penting, jgn mudah terpengaruh dgn persepsi dan propaganda mainan kaum dan agama yg melampau. Kita tidak nafikan, tetapi hanyalah percentage yg terlalu rendah. Mendidik lebih baik dari mencela. Vice versa dgn celaan dtg dari kaum kita. Serupa sahaja. Maka, hormat menghormati adalah lebih baik. Mana2 yg melampaui batas, suruh polis tangkap je.
Kalau semua ulamak puji pemimpin, maka mereka telah tidak neutral. Dr. MAZA telah menegur semua pemimpin Malaysia tanpa memihak pada sesiapa pun. Jangan melihat bahawa dia hanya menegur sesetengah pihak sahaja. Wallahua'lam.
Baru perasan ada baby di pangkuan ustad ..Terima kasih ustad di atas nasihat dan peringatan untuk semua Rakyat dan umat insyallah semoga semuanya baik2 sahaja..Aamiin.