PFFSTV- 5 Teknik Asas Pancing Layang
Satu projek kerjasama diantara Perak Fly FishingSyndicate(PFFS) bersama Pure Fishing Malaysia Fly Brands dan Certified Casting Instructor Ben Foo mempersembahkan satu video pembelajaran asas 5 unsur layangan (5 essential fly cast) dalam bahasa Malaysia, yang pertama seumpamanya.
Info yang mudah untuk difahami oleh para pelayang baru atau pelayang sedia ada yang masih perlu mengasah kemahiran masing- masing. Video ini juga boleh menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja diluar sana yang ingin mengetahui secara ringkas bagaimana pancing layang dimainkan.
Video ini adalah episode permulaan dan pada masa akan datang kami akan menerbitkan lebih banyak episode yang akan menyentuh perkara-perkara teknikal di dalam disiplin pancing layang. Teruskan menyokong.
Sekian,Terima kasih
Perak Fly Fishing Syndicate
20 июл 2022