Alleycats - Sekiranya Ku Tahu Sekiranya ku tahu kau cinta padaku Ku simpan kasihmu ke dalam hatiku Sekiranya ku tahu kau puja diriku Takkan ku hampakan hasrat di hatimu. Sekiranya ku tahu kau rindu padaku Kan ku sambut tanganmu ke taman bahagia Sekiranya ku tahu kau sanjung diriku Takkan ku lupakan budimu padaku. Bertahun berpisah rinduku membara Ku sangka kau pergi mencari pengganti Sinaran matamu mendebar sukmaku Hanyalah wajahmu di dalam mimpiku Sinaran rembulan menyinari malam Malam yang menunggu kehadiranmu. Kini kau telah pulang membawa harapan Paduan asmara bersemi akhirnya. Sekiranya ku tahu kau cinta padaku Ku simpan kasihmu ke dalam hatiku Sekiranya ku tahu kau puja diriku Takkan ku hampakan hasrat di hatimu. Sekiranya ku tahu kau rindu padaku Kan ku sambut tanganmu ke taman bahagia Sekiranya ku tahu kau sanjung diriku Takkan ku lupakan budimu padaku. Bertahun berpisah rinduku membara Ku sangka kau pergi mencari pengganti Sinaran matamu mendebar sukmaku Hanyalah wajahmu di dalam mimpiku Sinaran rembulan menyinari malam Malam yang menunggu kehadiranmu. Kini kau telah pulang membawa harapan Paduan asmara bersemi akhirnya.
Terkenang lagu ni saya dengar dr radio......masa bermain dgn kawan2 area rumah.....sometimes radio jiran....al maklumlah zaman tu...just ada radio je utk hiburan di kampung2 mcm kami ni...
Lagu ni buatkan hati aku terusik & teringat pada dya insan kedua setelah kedua ibubapa aku yg paling aku sayangi ... sehebat mana kita merancang hebat lg rancangan yg maha esa .. semoga engkau kekal bahagia bersama dya pilihan keluarga mu
Saya pernah berjumpa dgn Dato David Arumugam pada 2018...dia cerita ketika merakamkan lagu ini,dia hanya faham 20% sahaja...kerana x fasih berbahasa Melayu...dia hanya ikut lirik ...tapi sekarang dia dah pandai bercakap Melayu❤