Berkongsi kisah saya. Saya buat penukaran cvt fluid toyota voxy buat pertama kalinya bila dpt kereta. Fluid yg keluar 2.5 liter saja. Dan saya agak keliru pada waktu itu, kebanyakkan pomen yg saya tanya, katanya masukkan saja 3.8 liter. Maka sy buatlah demikian. Result kereta rasa berat dan minyak kuat. Lepas menonton video tuan ini, sy buat proses levelling. Sy guna kaedah short pada OBD di port 4 dan 13 kerana tiada scanner. Cuma bg toyota voxy, bila ia activated, D tu dia permenant nyala dan bila suhu tercapai dia blink. Then sy drain minyak. dlm 1.2 liter yg keluar. Alhamdulillah selepas itu kereta jadi ringan semula. Saya doakan tuan dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Jika tak buat levelling ini, bermaksud 1.2 liter lebihan minyak di dalam gearbox itu. Patutlah jadi berat dan minyak kuat
Satu lagi soalan tuan. Kalau saya ada toyota techstream software untuk membaca suhu minyak transmission, bolehkah saya terus membuka drain plug itu bila suhunya mencapai 40 degree? Tanpa activate-kan procedure 'TC dan TE1' dan ulang alik gear N dan D.
Kerja2 penukaran minyak auto bersistematik MCM ni nmpk rumit..that's why Ler labour charge Dy level profesional,..sy guna cara manual Aje...keluar brp lt masuk brp Lt...cuma KLU pomen terdahulu masuk X cukup minyak tu yg mandiiii sikit nak Level 😅
Masa final oil drain, posisi gear pada P. Adakah minyak yang dah masuk torque converter / gearbox akan turun ke pan? Kemungkinan level minyak kurang tepat.
eone syafiq Waalaikumsalam. Boleh jika pakai scanner dan monitor trans oil temp. Nak check level kena pada optimum temp, lebih atau kurang dari 40°C level tak sama.
Mohamad Husaini boleh... Tetapi kita tak dapat confirm sebetulnya jumlah minyak sekiranya sebelum ni sudah overfill atau underfill kerana kebanyakan workshop akan skip step ni sebab kerja cepat siap.. Banyak kes saya dapat biasanya overfill, engine jadi berat.. lepas buat levelling kereta jadi ringan, gear change pun lebih smooth..
Tanya sikit bos. Saya baru ambik acr50 second. Bila nak gerak dari full stop, dia macam malas nak gerak. Bila tekan minyak lebih sikit dia melonjak. Ada kemungkinan minyak cvt kurang ke? Oil sump dia ada kemek macam pomen jek kat situ. Agak dalam juga kemek dia. Boleh ada kemungkinan tak minyak level salah disebabkan oil sump kemek? Terima kasih
Juju Dendeng jika oil sump gearbox kemek memang akan efek pada levelling.. saya sarankan untuk tukar minyak CVT Toyota CVTF (2006-2013 guna TC, 2013 atas guna FE) bersama filter sekali dan buat levelling balik.. oil sump jika tak boleh baiki terus ganti baru..
@@AraiTech terima kasih banyak bos! Saya akan cuba bukak dan baiki semula. Nanti gasket dia kena letak sealant tak? Kalau tukar filter, berapa liter minyak perlu ye? Terima kasih
@@AraiTech bos saya punya acr50 gear indicator kelap kelip D maknanya dah sampai temperature ye? Sebelum kelap kelip dia constant D. Saya guna sot wayar pin 4-13
D (tak menyala) - belum sampai suhu levelling D (menyala constant) - suhu sesuai utk levelling D (kelip-kelip) - dah lepas suhu sesuai, ulang semula bila sejuk.
Ohh, jauhnya utk saya. Tuan ada kenal workshop atau member yg ada di Kuala lumpur/selangor yang buat procedure betul seperti yg ditunjuk dalam video tuan ke?
kamil mem Waalaikumsalam. Ibaratkan kita isi minyak enjin tanpa check dipstick, yakin ka jumlah yang kita isi tu cukup atau tak? Sama la untuk levelling, kita buat levelling untuk pastikan minyak adalah pada kapasiti yang sepatutnya. Jika kurang, ada kemungkinan tak cukup pressure dan akan jadi slip, lebih pulak gearbox jadi berat, pressure lebih dan potensi untuk oil seal lagi cepat bocor.