Anom mengisahkan mengenai seorang perempuan yang ditakdirkan untuk melengkapkan satu Repertoire Tarian Istana iaitu Joget Gamelan yang telah lama hilang sejak zaman Almarhum Tengku Ampuan Mariam Terengganu. Repertoire Joget Gamelan yang digunakan di dalam filem ini ialah Ayak-Ayak yang dikatakan paling sukar untuk ditarikan dan dimainkan muziknya.
Azim Shah A.R atau nama penuhnya Muhammad Farique Azim Shah Bin Abdul Rahman berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dalam falsafah hidupnya untuk mengekalkan tradisi kebudayaan warisan melayu khususnya tarian-tarian yang berasal dari Istana. Berkelulusan Diploma Pengajian Video & Filem, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Beliau adalah bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Filem & Televisyen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
It is recommended to watch using the Home Theatre Speaker System or Headphones
Anom tells the story of a woman who was destined to complete the Repertoire of Court Dance that is Joget Gamelan, lost since the days of the late Almarhum Tengku Ampuan Mariam Terengganu. Joget Gamelan repertoire’s used in this film is Ayak-Ayak perceived to be most difficult to be danced and played.
13 окт 2024