Fuhhh terus lebih 2k dah ni! Terima kasihhh atas sokongan padu korang semua rakan-rakan ku! Nantikan video pengumuman giveaway t-shirt Adx N Stuff jumaat (23/12/2022) ni gaiz 9malam!
Alamak..tgh menabung lgi ni bro..tgok kasut² lain nk lounch tahun depan pn byk ni..celaru di buatye nk buat pilihan..asics pn nk keluar superbalst awl thn depan..naya²..racun kuat sgt
Kasut ni best Tu best. Tapi tu laaa… sy dah pakai kasut ni ermmmmmm. Seminggu sekali buat HM guna kasut ni. Tapak kaki rasa sakit laaa. Baru pakai sebulan. X di nafikan ringan n laju. Cuba laaa tukar distance lari 10km 12km n 15km, tapi terasa sakit gak. Beli 3 4 ratus . Terus rasa trbantut nak beli gel nimbus 25. Takut x sesuai. Nnt boleh tgk record Strava sy (@Yusry Ayden Yussof) spanjang guna kasut ni . Skrg ni x sure nak beli kasut apa. Mintak tunjuk ajar kasut apa sesuai @adx sifu
setiap kasut ni ni best utk purpose yang tersendiri, jenis larian dan cara larian bro. kalau rasa sakit most of the times tak sesuai dengan cara larian atau jenis kaki. kalau kaki bro jenis high arch/ overpronate memang tak sesuai untuk pakai kasut macam NB3 ni atau Gel Nimbus. Kasut2 ni designed untuk jenis kaki neutral/underpronate. cuba bro describe jenis kaki, cara bro landing dan bro nak guna untuk larian yang macam mana. mungkin saya boleh tolong suggest ✌🏼
just bought my nb3 today 😂. nb1 aku 600km+ outsole masih boleh pakai, & yg paling best, foam FF Blast tu masih bouncy lagi.. compare dgn Nike Infinity Run 2, 600km+ gak, foam 'dead' dh, dpt rasa tar dh kot time run 😂. btw bro, magic speed 2, 👍 terbaik bro utk interval / threshold, midsole firm sikit la berbanding novablast.. kasi review sikit bro, hahah
durability mmg asics menang bro, tapi aku suka wehh infinity run fk 2 tu, aku punya dah lebih 700km, sampai sekarang guna untuk recovery. tapi kalau utk speedwork ke apa memang aku tak pakai la 😄 magic speed 2 mmg best bro, cuma kasut2 yg seangkatannya aku dah ada banyak, tu yang malas nak angkat 🤣🤣🤣
haha kasut ni adoii.. masa lepas beli jam fr255 hari tu ada lah ronda dalam minggu pertama september adalah ronda klcc & pagi. masuk la butik asics cuci mata sambiil berniat nak mencari replace utk kasut decathlon kalenji yg mana agak multitasking jugak digunapakai dari joging, hiking, kayuh, driving dan jalan2 bandar. sambil tengok dalam kedai skali terbehenti. eh kasut yg kofuzi review dh masuk release malaysia rupanya. apa lagi terus dok belek2 NB3 ni. design dia mmg nmpak lain mcm tang midsole dia lagi2 belah belakang tu dan lebih kemas dari NB2. lepas pegang2 belek dan try tp entah la knp x beli masa tu haha. aku pi beli kasut lain model 2022 juga yg underated dkt asics pavi. agak2 kasut apa ce teka :p . actually first time dowh pi butik beli kasut. decathlon tu pon beli online je masa PKP1. nasib fit elok haha. kasut first pakai masa kenal lari dulu thn 2018, brand Power yg actually kasut walking haha. bantai masuk first event score run category 13km, nasib la finish. dalam kepala dok ingat 13K tu dekat. Power jugak la kasut Power tu siap layan trail run hulu langat time 2019. gilo.. apa pon cuba teka, kasut apakah yg saya beli di butik asics tersebut 🙂. aduh sori byk taip lagi haha
amacam bro nice tak 255 tu? hehehe. ye bro, dia punya design mmg upgrade habis dari NB2, ringan pula tu kan. tu yang best ✌🏼 hurmmm kau bagi aku soalan eh? hurmmm kalau aku la kan, aku teka gel nimbus. kalau tak pun magicspeed, tapi magicspeed ni hype juga kalau compare dgn nimbus. ataupun kayano kalau bro flat feet 😅
@@adxnstuff fr255 tu mmg mantap so far cuma ada la firmware issue sket dgn versi 13.21 ni. Bising dh user dkt forum tungge new release firmware. Kasut yg aku pilih ni kaler warna warni. Mmg underated teruk jarang nk jumpa orang post review pasal dia.. asics Noosa Tri 14 🤗🤗.. aku panggil dia kasut raya sbb merecik sangat kalernya. Heel counter dia ya rabbi padu teruk. Pegangan pada kaki dan pon cantik. Tak lembut n bouncy sangat mcm NB tp boleh dikatakan fun juga rolling dia sbb orang kata rocker dia agak nice. Aku pon tatau rocker tu apa pada awalnya. Baru² ni pon dah ada bbrp la geng reviewer dr western pasal kasut ni dkt youtube. Dia kongsi tapak sama dgn Evoride, tang upper lebih ngam sket which is dibuat untuk mempermudahkan triathlete utk transition tukar kasut n wear sockless. Pilih dia pon at first sbb tema warna dia yg merecik. Mmg masa sarung try pusing tasik, rata² suami, bini orang, adik orang orang memerhati je tgk haha. Lps tu terachun diri lps tgl review awal kasut ni dari @seth james demoor punya channel. Lps tu belek plak runrepeat. Pon agak baik dia punya review maka terachun la dah segera ke butik haha.. dia juga ada masalah sama mcm NB, untrustworthy wet grip gitu. Rata² review harap dia dapat menggunakan midsole mcm NB3 disamping mengekalkan DNA dia. Boleh la jd mcm Glideride 🤪
haha standard bro memang user bising la kalau latest firmware lambat release. fuhhh sangat2 jarang bro org guna Noosa Tri ni. kalau dekat luar setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang pakai. kalau sesuai dengan kau mmg nice la. tapi kasut yang rocker sedap ni stride cycle memang smooth. macam kayuh basikal rasa dia. haha. yeah bro aku pun harap asics take into account komen2 orang on outsole punya grip. aku rasa utk next version diorg improve kottt
waalaikumussalam, dua2 tu mmg ok tuan tapi klasifikasi berbeza. NB3 ni non plated daily trainer. MS3 pula plated daily trainer/racer. tapi dua2 ni boleh guna utk daily training dan racing. Cuma kalau compare, NB3 lebih easy, MS3 pula lebih aggresive, lebih propulsive. Kalau tuan prefer cushion yg lebih soft, lebih comfort saya suggest NB3. Kalau tuan suka feel yg lebih stiff/agresif, saya suggest MS3. dua2 pun sesuai utk pace 6, takde masalah. Semoga membantu tuan pilih ✌🏼
salam bang... nk mntak pndapat. sy overweight/beginner runner. biase run 5-7km je dgn pace 9. antara NB3 dgn gel nimbus 25, yg mane abg rekomen? or ad kasut laen yg lebih sesuai dgn bajet inder rm500 😁 harap abg/viewer sudi bagi cdgn.
waalaikumussalam, bro overweight berat berapa? abg 88kg still ok pakai NB3 tapi dari segi bro punya description, abg rasa nimbus 25 lebih bersesuaian. atau cumulus 25. cushion yang lebih adequate dan better impact absorption
dah lama bro sikit masa dulu rasanya ada geng2 yg dapat harga mcm tu diskaun dekat al ikhsan. kalau sekarang tak pasti pula. kena rajin survey2. 5++ tu standard
ok magic speed 2 ni ada carbon plate. memang sesuai untuk pace yang lebih laju. kalau novablast 3 pula takde carbon plate bro. novablast 3 LE ni pula light edition, upper material yg lebih lightweight compare dgn normal version. dua2 ok untuk larian harian tapi novablast 3 lebih versatile. cushioning lebih lembut utk kegunaan pelbagai rutin, easy atau laju. kalau magic speed 2 pula, cushion + carbon plate lebih stiff. tapi kalau bro memang nak guna utk pace yang lebih laju, lebih responsive, magic speed 2 lebih menepati kriteria tu. semoga membantu bro ✌🏼
dia macam ni bro, nb3 even kind of ‘panjang’ tapi bukaan dia tak lebar sangat. boleh dikatakan agak slim compare dengan kasut2 lain. jadi kalau bro downsize, lagi slim width dia. jadi pada pendapat abg, pilih normal size.
waalaikumussalam, kena rajin cari bro. try tengok dekat al ikhsan ke, royal sporting house ke, time2 discount. kalau dekat asics website, first purchase boleh dapat 15% off
atas jalan basah dia kurang grip sis, kalau atas road marking yang cat putih atau kuning tu, dia licin. kalau atas sesetengah permukaan konkrit pun licin
dua2 kasut lain ni lain kategori dan purpose bro. kalau Asics NB3 ni more untuk daily trainer more than other purpose while NB Fuelcell RC Elite v2 more for racing more than other purpose. jadi kalau utk daily of course saya akan pilih NB3, kalau race day saya pakai RC ELite. tapi, dari segi feel keselesaan, Novablast 2 boleh complement RC Elite v2
Hai sahabat, bagi saya kalau kamu mahu trainer yang lebih versatile dan kamu suka bouncy ride, pilih Novablast3. Tapi kalau kamu pilih untuk faster run, saya kira Mach 5
kalau flat feet tak sesuai bro, daripada feedback kawan2 yg flat feet pun tak sesuai. kalau flat feet, bro better ambil asics GT-2000 11 atau gel kayano
salam bro, lain category NB3 dgn VN2 ni. kalau bro nak kasut yg versatile dan durable utk guna as a daily trainer, slow dan boleh juga utk fast routine, NB3. kalau bro nak racing shoes, atau utk fast routine, VN2. kalau VN2 ni bro guna utk slow routine, kurang sesuai dan kalau kerap digunakan pun, durability dia tak berapa tahan bro