Semua orang akan lahir dan meninggal satu hari nanti. Takziah kepada keluarga abg gan... Sebagai seorang bergelar ayah bukan senang. Kena cari mata pendapatan... kena jaga keluarga... Kena didik anak anak kita... Sesiapa yang belum ada anak tak faham. Dah ada anak baru faham perbezaan... dan dapat gelaran bapa baru faham... Abg gan pun faham lah ... Happy fathers day abg gan😊😊😊😊
Bagus la BM awak, Adik. Pasti bila exam awak dpt A kan. Dan mesti awak ramai kawan Melayu kan. Bila dah ramai kawan Melayu....sudah tentu awak lebih memahami budaya dan sensitiviti orang Melayu.
Suppose kita kalau nampak non melayu komen dalam sesuatu collum kita jangan lah buat kuiz atau perdebatan ,kita dah 2021 still kite hairan ke ada non melayu fasih BM??? Itu biasak lah & kita semua tahu ,yg sekolah Vernikular tu memecahkan KEBANGSAAN di Malaysia!!! So takyah ler ambik pendapat sesiaper, tak manis ,bila kita tengok certai certain nama pena yg melambangkan sesuatu ethnik ,kita terus bukak gelangang perbahasan!!! Makcik ni orang tua, tahu ada sebahagian orang merasa terkedu mcm diperlecehkan!!! Cakap selamat siang ,selamat malam pastu bye bye jer.
Allah pinjamkan sy seorang ayah hny 15 tahun. 3/5/2007 masa sy form 3, pkl 3 pagi sy tgh tgk bola masa tu kak ipar sy call ckp arwah ayah dh meninggal. Lps ayah meninggal sy duduk dgn mak dgn pak menakan (adik mak) Bulan 1 tahun 2017, pak menakan sy yg dr 2007 sy aggp dia sebagai org yg menggantikan tmpt arwah ayah sy di jemput ilahi. Sama mcm arwah ayah abg gan juga, dia masuk hospital ptg, esuk pagi ambulans htr blk rumah guna mesin pernafasan. 30 mnit lps cabut mesin tu dia meninggal. Skrg sy hny ada mak, doakan mak sy sihat tubuh badan. Utk abg gan semoga arwah ayah abg gan di tempatkan di kalangan org yg beriman.
Anak yg baik, amat m'hargai insan b'nama bapa. Amat menyentuh sanubari! Diselit pula ingatan kpd sesiapa yg masih memiliki bapa agar mengasihi bapa!!! Tuhan pelihara anda & family! Insya-Allah.
smuga gan sabar dn cuba brdakwah pd mak..muga2 mak gan dpt ucap 2 kalimah syahadah.. kena niat dlm hati..akak ni dh tua pon masih brniat utk mak mentua yg ugama kristian..akk sudi mnjaga dia hingga akhir hayat.. sbb mau brtemu dgn nya dlm syurga nti..AAMIIN..
salam..ayah saya pun meninggal 2018..2 Oktober 2018.. Umur 97 tahun..tidak sakit cuma seminggu terakhir tu dia x lalu makan. Saya sempat balik jumpa dia..sempat bersama dia seblm Allah menjemputnya. Alfatihah utk arwah ayah saya dn semua yg dh dijemput mendahului kita.. Semoga syurga tempat akhir mereka. Aamiin
Takziah abg gan..sy dah takde parent.sebenarnya, abg gan bertuah sebab dah maklum yg ayah tak xde masa yg lama. Mak sy meninggal mengejut Bulan 1 tahun ni. Xde hint langsung. Murung juga sy beberapa bulan. Sekarang pun nak amik masa adapt mak dah xde.lebih2 lagi sy stay dgn mak.abah sy pun dh 8 tahun meninggal. Ape yang abg gan rasa, sy dah rasa...😭😭😭😭
Takziah byk2 sabar!!! Memori bersama ayah pasti akan dikenang sampai bila2.. Kita semua merinduinya. Azimat utk kita yg kini dah jadi seorang ayah...!!! Penuh hikmah....
saya harap bang gan bertabah, bersabar hadapi dugaan yang allah beri ni 😊 ❤️ sesungguhnya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya saya juga berharap bang gan selalu ceria and happy 😃
aduhhhh bawang mana plak ni sampai kat opis ni. berapa kali lap mata pon masih berair. daripada saya, anak yatim piatu. saya faham apa yang anda rasa. selamat hari bapa.
Semoga arwah ayah abg gan ditempatkan dikalangan org beriman.. Sama la pengalaman saya tapi ayah saya kat kelantan.. Saya kat penang tapi sempat drive sampai uruskan mandian dan ke kubur.. Cuma tak sempat jumpa sebelum nafas terakhir..
Semoga Allah menempatkan mereka yg telah pergi meninggalkan kita, dalam golongan yg beriman.. ayah saya baru meninggal dunia minggu lepas, selasa 7 pagi 15/6/2021. Alhamdulillah kami semua dapat bergambar kenang-kenangan terakhir dengan ayah, raya hari tu. Sekarang ayah dah boleh rehat.. setelah 4 tahun bedridden. Semoga syurga buatnya.. 🤲🏼😊
betul tu mr gan cerita anda mengingatkan ibu saya masa ibu saya pergi dapat tau otw balik kereta pula breakdown x sempat sampai sehingga kebumi.. yg masih ada parent sentiasa la berhubung ....
Takziah,, pengalaman kita hampir sama cuma sy kehilangan isteri thn 2018. Mmg 2, 3 hari seblm.pergi dia nk sgt balik rumah. Selepas dia tiada br sy paham maksud balik tu dia nk pergi selamanya.
Àssalaamualaikum abg gan sy ingin mengucapkan taaziah pd abg gan sekluarga diatas pemergian ayah abg gan Dan sy ingin Tau didlm kluarga adakah yg Muslim selain abg gan mohon maaf yea
Nukilan yg baik abg gan...peringatan buat yg masih ada ibubapa..saya telah tiada kedua ibubapa dan bila dengar kisah begini memang menyentuh hati sanubari...
Salam takziah bro gan..sama juga ayah sya pun kene barah hati..perut membesar..sya amat rindukan arwah ayah sya amat rapat dan manja dgn dia semasa dimasih hidup g..😭😭
Lumrah alam Kita dilahirkan semua org akn gembira& akn tiba masa Kita mati org semua akan menangis dan waris silih bganti...inilah dinamakan dunia. Al-Fatihah kpd semua Ya Allah ampunilah dosa 2ku, IBU bapa Ku,isteri anak2 Ku, adik beradikku, guru2, para Anbiya' para syuhada, Dan semua mukminin mukminat muslimin muslimat yg masih hidup&yg tlh meninggal dunia
Sama mcm abah akak dpt tau pun dah lmt. Sempat jaga 2 minggu je . Seblm meninggal abah selalu suruh urut kaki. Masa ni abah masih boleh jln lagi cuma abah rjn kebilik air.sakit perut lepas muka dgn bdn jadi kng. Cuma rasa tak berapa nak kesal sebab kami adik beradik semua mengadap abah masa abah menghembus nafas terakhir. Alfatihah buat abah. Tak terasa abah dah 12thn pergi.meninggalkan kitaorg.
Sabar abg gan, bila tgk video abg nie terasa sebak jugak bila terkenang nasib yang sama dengan abg gan.. Stiap kali hari bapa rasa sunyi tanpa seorang begelar bapa... 😭😭
Tq for sharing your story bro. Sy pun sama. Arwah ayah sy meninggal pd 2017. Walaupun sampai sekarang kalau mula bercerita tentang ayah, sehebat mana pun hati kental seorg jantan ni tetap kalah dgn airmata😭. Itulah kehebatan seorang yg bernama ayah.
Makcik tak tahu pun perasaan kehilangan Ayah,waktu ayah makcik jatuh motor di Muar Johor,makcik di MidleEast,dah puluhan tahun juga di midleEast ikut Suami,makcik keluar berkelah ,waktu tu handphone ada tercipta tapi besor dia mcm Beg baju!!! Berpuluh ribu takde duit nak beli!!!waktu pukul 10 malam kitorang ditengah padang pasir,datang terbang burung Hitam dari Arah timur (arah Malaysia) ,Burung tu terus bertenggek atas pokok kayu (pokok padang pasir) dan berbunyi!!! Makcik AlhamduliLLAH ada kelebihan yg *ALLAH* Beri, makcik faham maksud "Burung hitam* tu ada bercakap membawa khabar!!! Terus kitorang kemas dan balik rumah,tiba dirumah pukul 11Malam ,terus Call Malaysia ,waktu tu Malaysia pukul 4 pagi!!! Tiada jawapan call johor rumah sepupu makcik,terus dia beritahu ayah makcik chronic ada internal injury dalam otak!!! ,Terus besok tempah tiket untuk balik Malaysia "seorang diri", untuk dapat Visa ambik waktu 5 hari dan hari keenam ayah makcik Pulang ke Rahmat *ALLAH* makcik tiba Malaysia pada hari kematian kedua!!! (Setelah 8 hari burung tu bawak khabar). Ayah & ibu makcik pun pernah sampai lupa yg diorang ada seorang Anak di Tanah Haram!!! Kerana kita terputus sangat lama.
Saya baru kehilangan Ayah pada 050621 yg lalu, setelah menjaga beliau dlm keadaan strok selama 3th +,masih terbayang wajah saat2 beliau nk pergi.. Al-Fatihah
Assalamualaikum abang gan pagi ni terbuka di RU-vid abang gan punya web . Best jugak ni terus subscribe. Pas ni baru nak tengok lain- lain abang gan punya video.
Salam gan.. Den tumpang sodih dgn sejarah yg berlaku. Sobona er, den salute kek kau & adik beradik. Sompek laie lakukan yg terbaik kek ayah sobolum dio poie.. Allah SWT dh mengatur segalonyo. Ado org lain xdo joki nk bojaso kek ayah buek kali terakhir. Tongah ari sihat walafiat mkn sesamo, potang dh xdo. X sompek nk buek apo. Den setuju apo nasihat yg kau koba. Cecapo yg masih ado laie org tuo, berkhidmatlah selagi hayat dio masih ado. Jdlah anak yg taat pado omak ayah. Itulah syurgo kito. Carilah keredhaan mak ayah kito. InshaAllah Allah redha kek kito. Timo kasih gan dgn cito yg dikongsikan.