Тёмный

BAGAIMANA NEGARA HARAM ZIONIS ISRAEL TERTUBUH? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin 

realridz studio
Подписаться 70 тыс.
Просмотров 1,8 тыс.
50% 1

1897 Kongres pertama gerakan Zionis di Basel, Switzerland pada 29 Ogos. Ia memutuskan perjuangan “mendirikan sebuah negara untuk kaum Yahudi di Palestin dengan perlindungan undang-undang”.
Setelah pengasasnya Theodor Herzl gagal dapatkan autonomi tanah daripada sultan Uthmaniyah, gerakan ini meraih sokongan Britain. Pada 1903, kuasa penjajah ini mencadangkan tanah seluas 15,500 km persegi di Uganda kepada Zionis tetapi ditolak.
1917 Setiausaha Luar Britain Arthur Balfour berjanji serahkan tanah Palestin kepada pendatang Yahudi pro-Zionis dalam surat pendeknya bertarikh 2 November.
1936 Penentangan umat Islam Arab diteruskan lagi dan dipertingkat mulai 19 April tetapi berjaya ditundukkan 26 Ogos tiga tahun kemudian dalam peristiwa Pemberontakan Besar Arab.
Tanggal ini digelar Nakbah, atau malapetaka besar, yang dikenang seluruh warga Palestin setiap tahun.
Seramai 15,000 penduduk Palestin terkorban dan 750,000 dihalau ke negara-negara jiran. Enam juta keturunan mereka ini berada di 58 kem pelarian yang daif.
1950-an (hujung) Fatah, asalnya Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin, ditubuhkan. Ia menjadi kumpulan terbesar dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan sekarang membentuk parti yang menguasai Tebing Barat.
1964 Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ditubuhkan pada 2 Jun sebagai gabungan semua gerakan penentangan terhadap penguasaan Israel.
Banyak perjanjian dengan kuasa Barat dan pertubuhan didunia dibuat melalui PLO yang diiktiraf sebagai wakil penduduk Palestin.
1967 Israel berjaya menguasai timur Jerusalem, Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan (milik Syria) dan Sinai (Mesir) dalam Perang Enam Hari pada 5 Jun. Peristiwa duka akibat tewasnya negara-negara Arab ini disebut Naqsar atau kemunduran.
1973 Perang tercetus lagi antara negara-negara Arab dan Israel selama lebih dua minggu mulai 6 Oktober di Bukit Golan, Sinai dan Suez.
1978 Perjanjian kem David pada 1 September antara Mesir dengan Israel.
1979 Israel keluar dari Sinai selepas termeterai perjanjian damai dua negara ini. Sekali gus, Mesir menjadi negara Arab pertama mengiktiraf negara Israel. Hubungan diplomasi dan dagang berjalan.
1987 Intifadah, atau kebangkitan, pertama dilancarkan pada 1 Disember bagi menentang kependudukan Israel di Gaza dan Tebing Barat.
Imej pemuda Palestin membaling batu ke arah kereta kebal menjadi simbol utama penentangan ini yang korbankan kira-kira 1,300 pejuang dan 200 Israel.
Sebagai cabang gerakan Ikhwanul Muslimin, Hamas ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin untuk membebaskan Palestin daripada penaklukan Israel.
1993 Perjanjian sulit di Oslo, Norway antara Israel dengan PLO pada 13 September bagi membenarkan penubuhan Pihak Berkuasa Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Intifadah pertama berakhir.
1995 Susulan perjanjian ini, pada 28 September, Tebing Barat dibahagi kepada tiga kawasan: 60 peratus dikuasai Israel (zon C), 22 peratus ditadbir bersama (B) dan 18 peratus dikawal Palestin (A).
2000 Intifadah kedua digerakkan pada 28 September sebagai membantah lawatan bekas jeneral Ariel Sharon ke Haram al-Sharif. Warga Palestin curiga lawatan ini sebahagian taktik menguasai tempat suci umat Islam tersebut.
2002 Israel mendirikan tembok pemisah tinggi di Tebing Barat pada 23 Jun bagi menjamin keselamatannya. Tembok ini memisahkan kawasan tradisi termasuk Jerusalem dan banyak keluarga Palestin.
Projek membina pagar elektrik dan tembok konkrit di sempadan Gaza bermula sejak 1995.
Setakat petang 31 Oktober, 8,525 orang termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita terbunuh.
Lebih 21,000 termasuk 6,300 kanak-kanak cedera, sementara ribuan lagi hilang bawah runtuhan bangunan. Lebih 1,400 orang terbunuh dan 5,400 lagi cedera di Israel.
Jutaan orang berdemonstrasi di bandar-bandar utama dunia bagi membantah serangan di Gaza.
Bagi aktivis Palestin, slogan pembebasan mereka tetap “dari sungai (Jordan) hingga laut (Tengah), Palestin pasti merdeka.”
Sokong Saluran RU-vid Kami dengan langganan di bawah ini:
/ @realridzstudio
Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
Terima kasih!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan
e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Опубликовано:

 

6 ноя 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
The Most Impressive Basketball Moments!
00:36
Просмотров 12 млн
100❤️
00:19
Просмотров 1,5 млн
KRISIS PENSEJARAHAN MELAYU | PODCAST AJAR
1:04:55
Просмотров 167 тыс.
Ustaz Dr. Mat Rofa - Isra3l Telah Kalah
1:10:43
Просмотров 61 тыс.
DISIASAT, DIEKORI PERISIK ZIONIS!
54:14
Просмотров 241 тыс.