Walaupun ada orang mengatakan vape ini ada mempunyai kebaikan lebih daripada rokok, saya tetap akan ikut cakap mak saya untuk tidak menghisap nya mahupun rokok
aku suka giler tgk setiap video bro ni.. nampak sgt2 talented.. bijak.. humble.. penampilan pun kemas.. dan aku pasti org sekeliling dia pun senang bila berkawan dgn dia.. terbaik bro
sy pernah berenti merokok bila layan vape sebelum ni.. pastu merokok semula.. pastu ikut program kelolaan KKM, alhamdulillah berjaya berenti... Terima Kaseh KKM!!!
@@TheNakabu betul,sebb berhenti merokok dgn vape ni..duit habis dekat makanan pulak..dari segi jimat tu lebih kurang je..tapi kesihatan tu penting,nak menghadap hari tua nanti
Alhamdulillah 2003 - 2019 aku berjaya berhenti merokok. Dulu aku perokok tegar. Pnah jgak try rokok sepam dua baru2 ni. Mmg rasa kelat loya tekak. Bau asap rokok member sebelah isap pn aku dh pening
Janganlah isap rokok ngan vape.kalau korang yang ada family ni please jangan isap.bapak aku umur 41 dh ada sakit jantung sebab isap.Ni semua start dari umur dia 17
@lew yun pau sebenarnya lebih kepada pemakanan..macam keluarga saya org kata keterunan kencing manis,sebb nenek dulu kena kencing manis,ayah saya pun..tapi saya yg umur 24 ni memg xminum air manis,dan kuih muih yg manis..memg stop terus,tapi check paras gula dan darah alhamdulillah normal,xleh salah keterunan,tapi tengk cara keluarga tu didik anak dia macam mana cara makan..tapi bila dah tua ni,badan dah sama kuat macam masa muda2 dulu..
@King Legend 24 sedara, ni la petanda banyak menghisap, sel otak dah start mati, harap sedara cuba berhenti menghisap apa apa jenks rokok dan vape demi kesihatan diri dan orang sekeliling
Dulu sy seorang perokok bermula dari umur 13 tahun , sejak beralih kepada vape pada tahun 2015 umur 24 tahun hingga kini sy langsung dah tak sentuh rokok.
Kwn saya perokok..sebelum ni dia asma dan selalu kena sedut ubat asma tu...tapi dia berhenti rokok dan beralih ke vape...sekarang asma dia dh kurang...maybe sebab PG tu yg mengurangkan asma dia...lagipun speaker kat atas ckp PG adalah salah 1 bahan yg digunakan untuk ubat sedut asma tu..
Pada mulanya aku dengar orang cakap hisap pod/vape boleh berhenti merokok. Alhamdulillah aku berjaya berhenti merokok masa tu dan teruskan vape/pod. Tak sampei 2 minggu aku fikir fikir balik,beli accesories dan flavour vape/pod lebih mahal sedikit dari beli rokok. So membazir. Satu flavour dah rm20. Alhamdulillah setahun dah nak masok 2 tahun aku berjaya berhenti dari kedua duanya. 👍 Niat kena kuat utk jauhkan diri dari benda camni.
Dulu aku isap surya gudang garam 24jam tak kira dah tdo atau x tdo mesti cun2 habis 24batang kadang2 x sempat 24jam dah habis 2 kotak.lepas cuba nanostix terus boleh tinggal rokok surya gudang garam sehari 24batang.semput,pakaian berlubang,kusyen kereta berlubang,mulut atau asap busuk dah tak ada dlm kamus hidup aku sejak 2018
Sama bro, last ramadhan 2018 layan surya dan apa2 jenis rokok. Terima Kasih atas isteri yg sentiasa menyokong untuk berpindah kepada pod. Tp skrg dia pulak yg slalu bising suruh tinggalkan pod. Hmm
Walaupon member serumah semua smoker and vaper...aku pegang janji aku dgn mak aku yg aku xkan isap rokok or vape or pod ke benda2 tu semua... alhamdulillah sampai sekarang x hisap benda2 ni semua
Org yg isap rokok beralih ke pod sedikit peratus yg berjaya berhenti merokok, berjaya pun dia x isap rokok dah tp isap pod.. Tp org yg x isap rokok tp isap pod dia end up isap rokok sbb lama2 dia rasa pod x kick da.. Dan mula la cuba rokok.. Bnyk member aku bgni... Apa pun siapa2 yg sdg berusaha nak berhenti telan asap tu x kira pod or rokok.. Semoga berjaya 🙏
dulu saya isap rokok. Awal isap vape susah sikit nak berhenti rokok. So, akan isap vape dan rokok. bila lama2 isap vape, rasa ketagih rokok pun dah berkurang. Last2 sekali terus stop. Sekarang nak bau rokok rasa meluat. Untuk heavy smoker mungkin makan masa sikit la.
Alhamdulillah..hampir 4tahun berhenti rokok..bermula dngn niat,lepastu cari kekuatan bertahun2 lama..benda baik ni kalau disertakan dngn doa pasti allah bg jalan,cuma capat atau lambat ja..lebih kurang sebulan isap vape dan cuba jauhkn diri dngn kawan yg merokok..syukur skarang allah dah makbulkn doa saya..alhamdulillah
as a heavy smoker yang smoke sekotak maboro sehari, vaping actually help, aku slow2 start vaping 6 bulan yang lepas, admit mmg jadi dual smoker tapi aku boleh kurang kn dari sekotak sehari ke sekotak seminggu, skrg ni sekotak sebulan, rokok masa btl2 stress or occ dah hangit. aku harap sblm habis tahun ni dapat berhenti smoking 100%
Jika anda tidak hisap rokok, anda adalah seorang yang hebat tapi jika anda adalah seorang yang telah berhenti hisap rokok/vape anda adalah seorang LAGENDA
Alhamdullilah aku da berenti syabu, ganja, rokok, lastly vape...vape jangka masa panjang akan effect paru2 pleurisy...pedih2 time bernafas lastw aku decided untuk berhenti...now im clean and a bodybuilder...alhamdullilah...i feel so much better...clean is the way to go...
Berhenti merokok mula daripada 8 Mac 2021, sekarang dah masuk 2 bulan. Alhamdullilah juga tak permah hisap Vape. Serious talk since berhenti merokok, saya perasan duit pocket saya semakin tebal dan tak macam dulu. Saya banyak guna duit untuk beli kemeja, kasut dan juga Fragrances untuk wangikan diri. Alhamdullilah juga penampilan saya semakin hari semakin jaga... 😊😇
Stress? Exercise build muscle... release hormone yang sama jugak😊 kesihatan terjaga, badan lawa Aku keja spital, tak larat daa ramai patient sesak nafas pakai gas oxygen... ada tuu sampai nak cakap pun macam mintak nyawa, bila tanya, jawab isap rokok dengan muka tak sesal...
Zaman skrng ramai pakai pod atau vape ikut trend. Org buat benda tu utk perokok berhenti merokok. Pada siapa yg ckp vape atau pod boleh buat org berhenti merokok ke? Utk aq NYA. sebab aq dh 5tahun berhenti merokok. Mula vape pada tahun 2017. Slow2 kurangkan rokok. Dari 3kotak sehari boleh kurang sekotak sehari. Kekadang sekotak pun boleh sampai 2bulan. Selera nk merokok tu hilang. Utk org yg selalu tnya. Kau merokok lps tu vape. Utk permulaaan aq tk menafikan betul. Sebab benda tu tk leh on the spot kau berhenti merokok terus bila kau vape. Lagi2 bila time makan. Tapi skrng aq dh bebas merokok. Selera makan pun makin bertambah. Berbanding merokok dulu selera makan tu kurang. Itu je lah pegelaman aq sebagai ex-smoker. 😊 Pada yg tk merokok jgn lah cuba merokok dan vape. Tapi tulah nk larang tk dpt sebab duit diri sendiri. 😅 Ikut korang lahh..
Saya dh lama berhenti merokok. Skrg hanya vaping sahaja/pod. Perbelanjaan jauh lagi jimat dari isap rokok dulu. Sebulan lebib hanya spent catridge 1 (rm18-20) dan flavor 30ml (rm20-25) tempoh duabulan. Cuma tu lah wife mintak pulak benti vape ni. 😅 Adehh. Tp btl nicotine ni buat kita tenang dan rehat kejap sbnrnya.
orang yang tak tahu vape , bukan silap zaman , tp , benda haram . dan menikmati udara oksigen semula jadi yang baik untuk jantung . gunalah ciptaan illahi Allah s.w.t dengan sebaik mungkin ..
Alhamdulillah.. dengan vape aku dah tak sentuh rokok.. badan pun makin naik dan sekarang sangan benci bau rokok.. busuk amat.. dalam proses mengurangkan lagi pengambilan MG yg tinggi.. pakai dengan niat yang betul insyaallah pasti berjaya sampai matlamat..
bgi pandangan aku, isap vape and rokok ni low class, nmpak mcm someone yg hidup dia bergantung kpd sesuatu benda yg tkde kesudahan... smpai la diri dia sndri dpt side effects and mse tu bru dia mula sedar..
Yg x pernah merokok, then nak try vape sbb dengar nicotine rendah, aq nasihatkan JANGAN CUBA. Serious talk, mmgla nicotine x kuat cam rokok tpi masih korang akan ketagih lagi² bile dah try flavour itu ini pastu jumpa lak yg sedap ngan tekak korang, lastnya xde beza ngan perokok tegar sbb susah stop vaping
Usaha nak berhenti sesuatu yg menyebabkan ketagihan termasuk merokok ni,ikut kekuatan mental,rohani dan jasmani masing2...kalau masih terikut2 dgn kawan yg masih merokok tu berpontensi besar susah nak istiqomah...
kepada remaja" 15-16 tahun yang ingin hisap vape, saya sarankan untuk lupakan hasrat anda. personal experience, memang menyesal. pros and cons: Pros: Memang sedap depends on the flavour Cons: Menggunakan duit yang banyak. Cartridge/Occ 1 biji pun rm14 sebijik, Ejuice nic salt pulak ada Rm20,45 etc. Kalau masih ingin nak tarik vape, terserah anda. Tak boleh nak paksa kan. Tapi duit tu boleh simpan kot untuk beli benda yang berguna, ipad, pc rig 3.2k etc. Kalau aku tak spend duit beli barang vape time f2 2 tahun lepas mungkin dah boleh beli pc 😅 Tapi kalau still nak vape, better cari kerja sendiri, jangan guna duit mak bapak. Tu je. 👍
masa birthday saya pada 2015, pagi2 "Subuh-Subuh Shafie", anak saya masa tuh umoq 8 tahun mai gerak saya mangkit tidoq, pastu ucap " HAPPY BIRTHDAY AYAH! "Moga panjang umoq, murah rezeki dan I wish you can quit smoking" dan danhari tuh pi beli vape device , 2 hari sebelum tuh, ada saya beli 1 atau 2 karton Nusantara Hijau & dia amik gunting, bawak keluaq satu persatu rokok dari dalam kotak & kerat rokok tat sat! pergh! Alhamdulillah, dah berhenti merokok & tgh pulun nak benti vape nie plak, dapat dah kurang-kurangkan menyedut vapor nie, sikit hari InsyaALLAH buleh berhenti teruih. Minta pakat2 doakan kebaikan, murah rezeki ALLAH SWT buat saya & keluarga yaa semua, asbab daripada dapat berhenti merokok & vaping nie InsyaALLAH
Dulu mmg tegar rokok 2 kotak sehari , skrng syukur dapat brhnti go to vaping , mmg perit jugak nk berhnti rokok ni , xpuas hisap vape tapi cuba jugak walaupun on off , lama2 dh terbiasa terus tinggal rokok hampir 2 tahun dh berhnti , dulu time rokok nafas mcm xcukup tersumbat dekat hidung , selalu lepas isap semput jalan pn semput 😅, rasa jantung degup laju bila jalan cpt penat , dada pn rasa mcm ditekan2 , lepas vaping syukur semua diatas tu hilang , xmcm dulu tarik nafas rasa oksigen masuk penuh , dh xsemput dan xsakit dada , bnyak perbezaan lepas tinggal rokok , bkn kata vaping ni bagus , cuma cari altenatif untuk brhnti rokok , lebih baik vaping dari rokok , sapa2 yg dari rokok go to vaping , boleh rasa perbezaan dalam diri tuh 😃
Aku seorang perokok dan jgk pengguna vape tapi dgn vape la aku boleh kurangkan merokok,rokok aku isap hanya selepas makan tapi vape aku isap masa melepak dan semasa dalam bilik sebab malas nk keluar isap rokok 😅
nak merokok/vape terpulang la dgn korang, yg aku xpuas hati, tkkan smpai dlm masjid pun kau bawak benda tu, kita masuk rumah Allah, hormat, ni tak bawak vape, lpstu sorok bwh sejadah, sorok dlm bag
Dulu aq merokok 3 kotak untuk 2 hari.. Slow2 cuba beralih dengan vape. Disebabkan perisa vape aku kurang merokok tapi flavour 30ml bertahan 2 hari je (2016-2019).. Sekarang 30ml hampir 2 minggu (2020-2021) tapi flavour tetap tobacco base. Harap lepas ni aku bebas dri nicotine insyaallah.
@La Cremeria pod= device kecik yang ada cartridge/occ example Caliburn/ artery pall 2 Mod= device bersaiz besar yang menggunakan atomizer ( RTA rebuildable tank atomizer/ RDA rebuildable dripper atomizer) example aegis legend/ snow wolf m feng
pd yg xblh berenti hsp vape tuk bg pru2 kuat amal kan pengambilan mnyak habbatusauda 5 titik stu hri cmpur air suam..rasai kesan nya...spe yg jnis kaki joging klu try mmg tau ad beza....
saya setuju dengan dr muhammad ihsan .. honestly saya isap vape tpi bila tkda duit nk beli flavor atau cathridge trpksa saya isap rokok balik .. jdi x tepat pun kalau isap vape ni boleh kurangkan tabiat merokok .. dia depends dri orang tu jugak kalau betul2 nk berenti merokok
Tulah dulu selalu org kata vape ni utk berhenti merokok atau ganti sbb kurang nikotin tar dan bahan2 bahaya yg lain dlm rokok. Tapi lama kelamaan tgk vape ni jadi trend sampai org muda kecik2 dh hisap dh mcm ‘gateway’ pulak utk ke arah rokok serta dadah.
Dulu zaman sekolah, kita tak diajar rokok tu haram..yg kita tahu, bawah 18 tahun x boleh merokok...so, ramainya perokok tegar bukan salah mereka 100% tp salah pejabat mufti jg...padahal bahaya rokok dah diketahui berpuluh2 tahun dah...kalau difatwa haram bersama arak & judi dari dulu, mesti ramai org islam xkn dekati...sbb kita dari sekolah mmg jauhi arak & judi sbb haram la...rokok sbb belum fatwa haram, org muda jd curious la nk cuba...bila dh ketagih mmg susah nk berhenti...vape mungkin kurang berkesan sbb jenis nikotin dia x serap dgn efisyen...tp sy guna nanostix Alhamdulillah hampir 2 tahun dh berhenti...sy tau ia x 100% tanpa kesan sampingan, tapi ubat2 hospital pn ada kesan sampingan..kita timbang baik buruk je la...tp pd yg xpernah terjebak merokok tu jauhi lah ye, sbb susah nk berhenti
Min..ada sikit pembetulan di mana vape dan e-cigarette adalah perkara yg sama iaitu vape datang dengan e-liquid (freebase) dari 0mg sehingga 24mg dan ada jgk e-liquid yg high nicotine cthnye seperti salt nic so device yg bersesuaian adalah dgn menggunakan pod kit..isu vape ni klu nak di perjelaskan agak panjang..tetapi ape yg di perjelaskan oleh admin memg terbaik sbb info2 sebegini org patut tahu baik dan buruk berkenaan e-cigarette.
Tak usahlah. Vape ke Pod ke Rokok ke Cerut ke Paip ke apa benda ni semua mengarut belaka. Membazir duit + dapat sakit lagi. Ingat kos hospital tu murah ke? Standby je lah insuran nyawa + simpan duit. Kita tak selamanya sihat. Pasti akan sakit. Merokok? Lagi pendeklah jangka hayat kau. Aku 14 tahun merokok, skg dah 2 tahun stop. Efeknya? Skg aku tanggung efeknya. Siapa yg stop dia tahu apa rasanya.