Тёмный

CALON MANA LAGI HEBAT? PH & PN. ANDA PILIH CALON ATAU PARTI? ANAK TEMPATAN ATAU ORANG LUAR?? 

AZLEE ZULMAIDI
Подписаться 4,9 тыс.
Просмотров 745
50% 1

PANG SOCK TAO
Pang Sock Tao daripada DAP diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan menerusi Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Kubu Baharu, di sini malam ini.
Untuk rekod, Sock Tao, 31, yang berasal dari Ampang merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Anthony berkata, setiap pertimbangan telah diambil dan PH ingin menonjolkan seorang calon yang bukan sahaja mempunya pengalaman dalam korporat dan politik, malah mampu menjaga keharmornian dalam Kerajaan Perpaduan.
“Wakil rakyat adalah imej parti dan Kerajaan Perpaduan. Jadi, kita mahu seorang wakil rakyat yang boleh menjaga semua kaum sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” katanya.
HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) menamakan pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkara itu diumumkan Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PRK Kuala Kubu Bharu di sini, malam ini.
KHAIRUL AZHARI SAUT
Calon PN N06 DUN KKB yang diumum iaitu Khairul Azhari Saut (kanan) pada pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) oleh Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
Calon PN N06 DUN KKB yang diumum iaitu Khairul Azhari Saut (kanan) pada pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) oleh Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. -Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Bercakap pada sidang media selepas pengumuman itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, calon berbangsa Melayu julung kali diperkenalkan PN di DUN Kuala Kubu Baharu dengan keputusan dibuat berpandukan beberapa faktor.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu melangkaui faktor peratusan pengundi mengikut kaum dan turut mengambil kira maklum balas penduduk setempat, situasi semasa serta beberapa asas lain.
Katanya, latar belakang Khairul Azhari sebagai anak jati Hulu Selangor juga diambil kira, selain sudah lama berbakti di kawasan berkenaan, dikenali masyarakat setempat dan mampu memainkan peranan sebagai wakil rakyat secara berkesan, jika diberi peluang.
#kkb
#azleezulmaidi
#saujanautama
#azleesenario
#azmin
#azminali
#amirudinshari

Опубликовано:

 

17 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 5   
@RazibyunusRazib
@RazibyunusRazib 5 месяцев назад
Undilah calon Kerajaan Perpaduan . Berbagai initiative yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor untuk bantu rakyat Selangor.
@azsaujanastudio
@azsaujanastudio 5 месяцев назад
Lawan dengan Gentleman, Jangan main Kotor..
@LATESTISSUES
@LATESTISSUES 5 месяцев назад
Pilih calon yang boleh membantu rakyat..ada kemampuan untuk membantu rakyat..bukan yang jenis cakap saja.. lepas PRN, hilang
@mad.4700
@mad.4700 5 месяцев назад
Bukan semua calun yang menang duduk kawasan itu Contoh ahli MP yang menang bukan berada di kawasan dimenangi tetapi duduk KL ini biasa dlm politik
@mohdrazibyunus1979
@mohdrazibyunus1979 5 месяцев назад
Tolak KERAjaan ph ubi kayu yg gagal memerintah.....menyusahkan & menghimpit rakyat dgn kos sara hidup yg tinggi.....
Далее
17 OKTOBER 2024 - KANTA 744 MALAM
14:18
Просмотров 3,8 тыс.
The Future of Brawl Stars in 2025!
04:27
Просмотров 2,3 млн
Sidang Media Perikatan Nasional
10:27
Просмотров 39 тыс.
The View From the Israeli Right
55:10
Просмотров 44 тыс.
How Labour Could Redefine "Debt" to Invest More
9:20
Просмотров 140 тыс.