Тёмный

Camping | Port Dickson Mayang Sari Campsite | Pengalaman Camping Paling Seram, di Landa Ribut 

Mimpi Laila
Подписаться 3,6 тыс.
Просмотров 13 тыс.
50% 1

Perkhemahan yang Mendebarkan
Perkhemahan kami kali ini sangat mencabar dan mendebarkan kerana khemah kami runtuh dilanda Ribut pada pukul 3.00 pagi. Habis barangan camping kami jatuh ke tanah dan gelas kesayangan saya pecah.
Khemah dan flysheet kami runtuh dan segala peralatan basah dan berpasir. Kami terpaksa berteduh didalam kereta . Dalam masa yang sama, risau kalau2 dahan pokok tumbang. Ada campers yang melarikan diri dari campsite tapi kami menemani sekumpulan anak2 muda yang khemah mereka terbang di bawa angin kuat. Lampu di common area semua terpadam dan kawasan jadi gelap gelita. Kami nyalakan lampu kereta supaya mudah untuk pergerakan anak2 tersebut. Tapi syukur Alhamdulillah, tiada dahan pokok tumbang dan kami berteduh dan cuba untuk lelapkan mata sekejap di dalam kereta. Selepas subuh hujan lebat lagi dan kami terpaksa menunggu hujan berhenti untuk mengemas. Kami terpaksa mencuci bersih segala peralatan sebelum kami pulang.
Apapun, ini adalah satu pengalaman yang cukup beharga dan tak mungkin kami lupakan.
Campsite ini merupakan campsite terbesar di Port Dickson yang boleh memuatkan 100 khemah.
Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti
1. Surau
2. Toilet
3. Sinki
4. Open Shower
5. Parking
6. Plug Point
7. Lampu di sekitar campsite dan Common Area
8. Mini Mart di reception counter
Terdapat bayaran2 lain yang dikenakan antaranya
1. Parking RM 5/car
2. Power Plug RM 10/night @ RM 20/night untuk Motorhome
3. Toilet RM 5/day daytrip, RM 10 - 2H/1M & RM 15 -3H/2M
Bayaran deposit dikenakan untuk booking confirmation.
Sewa Khemah serendah RM 50 /mlm pada hari biasa dan terdapat juga package 3H/2M atau 2H/1M disediakan pada harga yng istimewa.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi CO ,
Mr Darrel Lim di No 017-4148311
Ms Anna 017-7148311
Ms Cindy 016 6887939

Опубликовано:

 

26 июл 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 48   
@PanaitanKnight
@PanaitanKnight 2 месяца назад
camping diport dickson. mantap 👍
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Месяц назад
Terima Kasih
@fariz609
@fariz609 Год назад
PD Mayangsari campsite bila nampak cuaca nak hujan siap² kemas barang² semua. simpan dan susun semua. Selalu CO Darrel lim bagitahu. Sana bila ribut memang padu, angin 30km/j ke 40km/j.. kalau nasib tak baik boleh sampai 50km/j... selalu angin kuat dan pasir datang dulu kemudin baru hujan lebat dan angin kencang lak..
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Oh ye ke?. Masa kejadian tengah tidur. Ribut tu lalu dalam 10 -15 minit jer tapi tulah...Sekelip mata , tak sempat nak selamatkan apa2. Yang penting, masing2 selamatkan diri dulu. Terima kasih share info. Next time memang kena beringat. 😅
@abamastorycamp3349
@abamastorycamp3349 Год назад
Allahuakbar... menakut kn, sedih pulak tengok husband buang pasir kt kemah tu, syukur semua selamat.. barang² tu xpe blh di cuci semula..
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Ya. Benda dah nak jadi. Apapun syukur. Semuanya selamat.😊
@user-oq5xx1jz1i
@user-oq5xx1jz1i Год назад
pilihan lagu mimpi laila tak pernah mengecewakan! 🤩
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Terima Kasih 😊
@s0ftiebb368
@s0ftiebb368 Год назад
bittersweet betul camping kali ni
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Hahahah.Syukur . Yg penting semua selamat 😍
@MKSTORY
@MKSTORY Год назад
Kuatnya angin😢.. bertabahlah
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Betul. Dia datang sekelip mata. Masing2 semua kelam kabut lari selamatkan diri. 😅
@mohdsany2215
@mohdsany2215 8 месяцев назад
Kawasan pantai di sini terbuka sgt.. laluan angin kuat.. pernah camping kt sana angin mmg kuat.. tgkkan kiri kanan khemah2 kecik dah patah.. xnak ambik risiko.. just hampar alas.. bakar daging & udang.. itu pun pakai portable gas torch hidupkan api/arang.. siap semua blah awal2 mkn tmpt lain..
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 8 месяцев назад
Ya betul. Sgt berisiko kalau Camping tepi pantai sbb angin sgt kuat sekali dia dtg.
@FazmiZakaria
@FazmiZakaria 11 месяцев назад
Sekali dia lalu..fuhhh..seram..takziah la atas apa yang berlaku..pengalaman berharga tu.
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 11 месяцев назад
Ya betul. Masing2 panic dan lari selamatkan diri dulu. Tak sempat fikir perkara lain. Apapun memang pengalaman betullah. 😅
@morkkenjiadventure
@morkkenjiadventure Год назад
Alamak.. next week saya nak gi Mayangsari hahahaa.... bersedia lah ngan ribut hahaha.. BTW Takziah Kak dengan barang2 camping kene ribut tu....
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Hahahha.Terima Kasih. Insyaallah next week cuaca ok harapnya. 😊
@AZcamp90
@AZcamp90 Год назад
seram pulak tgk..husband dah berzikir dah bila nak camping dkat pantai😅
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Hahahaa.Tawakkal jer. Cuaca tak menentu sekarang ni 😅
@nuruladrianayusra1252
@nuruladrianayusra1252 Год назад
dah macam tengok movie. saspen betul tragedi hahaha
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Terima Kasih sudi support 😊
@ndjcamping
@ndjcamping Год назад
sedihnya gelas tukar warna tu takde dah lepas ni. bertabah ya tuan gelas. 😢
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Betul tuan.Huhuhu. Nasib ada satu yang tak pecah. Dia dh tak ada kawan lepas ni. 😔
@unkermus7581
@unkermus7581 11 месяцев назад
Kesian. Mungkin lain kali kalau nk berkhemah di pantai elok check weather forecast sekurang kurang tahu keberangkalian kejadian ribut. Alhamdulillah semuanya selamat.
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 11 месяцев назад
Betul Tuan. Kami memang ada check . memang kata ada light thunderstorm.Tapi tak sangka kuat macam tu. 😅. Apapun syukur semuanya selamat. Akan datang kena beringat. Terima Kasih👍
@allanzulkarnain8800
@allanzulkarnain8800 Год назад
penah kena situasi camni di Telok Kemang dan Pantai Bachok dulu. Fedap punya pasal sebab nak bercamping pun jadi teragak2 ujan ke camne, terus convert jadi Campervan... hahaha. Mudah hidup tak pening kepala. Ingat lps pencen nak beli motorhome pulak. 😅
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Mantap Tuan. 👍 Motorhome pun idaman kalbu 😄.
@hidayatmyz5555
@hidayatmyz5555 8 месяцев назад
Tepi pantai kena pakai peg panjang ....insyaallah lebih baik
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 8 месяцев назад
Ya betul. Sekarang lebih bersedia. Insyaallah.👌.Terima Kasih.
@lurvee524
@lurvee524 Год назад
dah macam news 😮
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
😂😂😂. TQ anyway
@user-xs2kb7gl7i
@user-xs2kb7gl7i Год назад
nasib ada adik adik yang tolong 😥
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Ya betul. Diorang pun kesian. Hajat nak happy2 sebelum masing2 sambung belajar tapi dapat satu pengalaman yang tak mungkin mereka lupakan pulak.😄
@vpnpidut4904
@vpnpidut4904 11 месяцев назад
jika ada bencana ribut, kebakaran ke cepat2 laa azan. tu pesanan tok guru saya. insya allah selamat
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 11 месяцев назад
Terima Kasih Tuan atas peringatan. 👍👍👍.
@izwanshah101
@izwanshah101 11 месяцев назад
Pengalaman tu
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 11 месяцев назад
Betul tu ☺️
@norjufrinizar
@norjufrinizar Год назад
Tahun lepas pun kena ribut kan kat Pantai Sri Nipah Resort, Bachok, Kelantan?
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Ya. Betul.Angin kuat sangat masa tu . Tapi kami sempat pack and balik. Yg ni memang sekelip mata. Tak sempat buat apa2. 😅
@mewooooo5463
@mewooooo5463 Год назад
lain macam lah video kalini 😣
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
😅😄😂..
@norwaniahmad2957
@norwaniahmad2957 8 месяцев назад
bulan berapa pegi camsite ni
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 8 месяцев назад
Bulan 7.
@jalie4330
@jalie4330 Год назад
Peg berapa panjang ye tuan guna..
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Год назад
Kami pakai peg biasa jer tuan . Lebih kurang 10" . Alhamdulillah, flysheet dan khemah kami tak terbang cuma tumbang jer. Ada khemah yg pakai Peg 20" pun boleh terbang. Dahlah khemah sewa. Memang kesian .
@jalie4330
@jalie4330 Год назад
Btul kuat angin tu peg 20” pun terbang.. ape2 pun all the best.. terbaik tuan..👍👍👍
@amirhamzah-nf6pw
@amirhamzah-nf6pw Месяц назад
Lebih kepada hiasan untuk content..perkakasan memasak tergantung..😊
Далее
Я ВЕРНУЛСЯ 🔴 | WICSUR #shorts
00:57
Просмотров 906 тыс.
Stay on your way 🛤️✨
00:34
Просмотров 7 млн
Выпускаем трек? #iribaby
00:14
Просмотров 467 тыс.
Seri Ratu, Campsite terbaik di Port Dickson
34:52
Просмотров 2,3 тыс.
Mencari Latok Di Pantai Tanjung Biru//Port Dickson
27:29
Я ВЕРНУЛСЯ 🔴 | WICSUR #shorts
00:57
Просмотров 906 тыс.