Pahu Eco Tourism terletak di Kg Pahu iaitu sebuah kampung yang terletak di daerah kecil Kiulu.Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi khususnya berkhemah dan berkelah.Sungai yang sangat bersih dan jernih merupakan tarikan utama tempat ini.
Selain itu,terdapat satu kawasan di mana berlaku pertembungan air sungai suam dan air sungai sejuk menambahkan keistimewaan tempat ini.
Pahu Eco Tourism terletak lebih kurang 48 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.Jalan alternatif lain yang boleh diambil ialah Jalan Kiulu Logkou Lama iaitu lebih kurang 37 km dari Bandaraya Kota Kinabalu tetapi jalan ini agak curam.Jalan raya ke tempat ini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.Keramahan penduduk kampung di sekitar kawasan peranginan ini memberikan rasa tenang dan selesa kepada para pengunjung.
Keterangan lebih lanjut tentang tempat ini boleh diperolehi melalui laman Facebook Pahu Eco Tourism.
/ pahuecotourism
#camping #borneo #sabah #kiulu
15 сен 2024