kalau bro lukis rajah/scatch lebih mudah untuk paham... saya tengah kumpul maklumat untuk settlekan masalah tangki rumah saya ni...terima kasih banyak bro...
Berkali kali putar video bro, kena tgk betul2 detail baru faham. Konsep dia skrg ni buat high way baru untuk laluan air. Kalo sebelum ni laluan air bilik air direct dari tangki air. Skrg bro ubah laluan air direct terus dari incoming meter, so air dalam tangki air hanya sebagai cadangan je kalo2 takde air dr syabas. Sebelum ni air bilik air dapat saluran air dr meter -> tangki -> bilik air. Air turun berdasarkan konsep gravity. Air dr atas turun ke bawah. Plus takkan ade tekanan sgt. Sebab tu tekanan air jd slow. So bro ubah laluan air direct dari incoming meter terus ke bilik air. Sebab tu tekanan air pun jd kuat sebab direct air dari incoming meter, di tambah plak ada air dlm tangki + 1 way spring tu lagi terus dia block air tu dari nak lalu mana2 laluan dan hanya fokus pada laluan yg kita nak air tu pegi je. Then tangki tu function dia hanya sebagai air cadangan je bila takde air. Tq bro. Faham dan jelas. Sy akan buat kat umah sy ni. Mintak halal ilmu bro ❤
@@anfieychannel tak apa, cuma boleh diperbaiki lagi video akan datang dengan penerangan tujuan sesuatu perkara yang ingin disampaikan dan juga tuan boleh lukiskan diagram mudah atas kertas untuk orang lebih mudah fahami
Ada beza sikit sebab penggunaan lebih sikit, yela dari air slow sangat sampai mandi pun tak puas kemudian air jadi laju mandi pun puas jadi ada perbezaan penggunaan air.
Rasanya dari main pipe kena letak oneway valve juga sebab kalau tak ada supply, air tangki tak masuk ke main pipe. Kalau masuk boleh jadi airtrap bubble, tekanan dari tangki pun tak boleh turun.
Assalamulaikum Tuan!. Main Pipe saya ke tangki utama guna jenis Besi. Perlu ke tukar ke Poly Pipe atau PVC Pipe utk buat Bypass dan pasang outlet valve dan stop cock?. Maklum lah rumah lama. Projek pun tahun 2000 lagi. Masa tu Kontraktor tak guna Poly Pipe lagi.
Wslm, jika paip dari tangki tuan ke bilik air tiada stop cock, tangki perlu di kosong kan dulu sbb nnti potong paip air akan keluar dari tangki, tapi jika ada stop cock seperti dlm video saya, tak perlu kosongkan tangki, hanya pusing tutup je stop cock tu.. jadi air tak akan keluar bila paip di potong.
Salam bos.....mcm mana cara nk sedut air masuk ke saluran paip utama sbb tekanan air kat umh saya terlampau rendah gila......kadang2 tak ada air langsung sampai 3-3 hari
Tiada kunci perlu di buka, setelah kita menggunakan oneway valve jika berlaku air paip tiada maka secara automatik one way valve memberi laluan air dari tangki.
Assalamualaikum bang..maksudnya abg punya saluran bilik air depan&belakang dr saluran meter utama la kan,betul tak??air dr saluran utama mengalir melalui tee valve pergi ke bilik air depan&belakang..
Dah betul saya pasang tu, kalau salah pasang nanti air masuk dlm tangki tak berhenti sampai melimpah keluar, kemudian air di tangki tak boleh keluar pergi bilik mandi
Salam tuan. Saya dah pasang swing valve / flap valve. Tapi ada reverse flow la (tangki overflow). Macam mana sequence buka stopcock? Buka yang dari poly (direct supply) dulu, atau buka dari tangki dulu? Saya tadi lepas siap buka di tangki dulu, baru buka poly. Mungkin itu penyebab reverse flow. Tapi bila tangki overflow, saya cuba tutup stopcock dari tangki (poly stopcock x tutup dgn harapan dia tendang balik flap valve) and tunggu 2 minit. Lepas tu saya buka stopcock di tangki. Lepas 20 min berlaku lagi reverse flow. Last² saya tutup je stopcock tangki n now dh x overflow. Tapi tengah pening kenapa reverse flow berlaku. Adakah pressure tangki lebih kuat dari pressure direct supply? Dan lepas dah siap semua, saya baru terfikir, adakah penggunaan bypass ni akan buat air dalam tangki berbau sbb ianya x digunakan (depend on direct supply). Mohon oencerahan tuan. Nota kaki: arrow / direction flap valve saya menghala ke bilik air. Maknanya reverse flow berlaku bukan disebabkan ralat pemasangan
1.lepas siap saya buka stopcock mainpaip dulu kemudian baru tangki. 2. Betul ke reverse flow berlaku atau valve pada pelampung dalam tangki yang dah rosak? 3. Bypass ni akan menyebabkan air tangki jarang sangat di gunakan,maka air tangki akan terperap lama dan berkeladak, jadi tangki perlu di cuci 6 bulan sekali atau mengikut keperluan tuan. Jika cara bypass ini tidak sesuai saya saran kan tuan guna waterpump, air yg keluar dari tangki akan melalui waterpump dan menjadi deras.