Тёмный

Cara Menyelesaikan Masalah Hidup || Syeikh Zainul Asri 

Perindu Rasulullah
Подписаться 88 тыс.
Просмотров 84 тыс.
50% 1

Facebook :
/ perindu-rasulullah-105...
Instagram :
@perindu_utusannya
KITA sering mengkhayalkan alangkah untungnya jika kehidupan di dunia selalunya mudah. Segala keinginan kita tersedia tanpa sebarang rintangan atau perlu untuk bersusah payah. Namun suatu hakikat yang diterima semua manusia ialah kehidupan ini penuh dengan segala rintangan dan cabaran. Kesenangan dan kesusahan datang silih berganti.
Bahkan Allah menyatakan dalam al-Quran, kehidupan ini akan silih berganti antara kesenangan dan kesusahan. Firman Allah dalam surah Alam Nasyrah ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Tidak ada jalan mudah bagi manusia. Sebagai makhluk lemah, manusia terpaksa mengharungi semua rintangan untuk mencapai sesuatu matlamat atau untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia biasa sememangnya terpaksa bergantung dan berhajat kepada orang lain dalam memenuhi keperluan kehidupan di dunia ini.
Sebenarnya segala masalah dan rintangan ini mengandungi suatu hikmah yang amat besar manfaatnya kepada manusia. Ia menyedarkan betapa kita adalah hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada-Nya dan berkeadaan serba kekurangan dan kelemahan. Kita tidak dikurniakan segala macam kesempurnaan oleh Allah dalam mengharungi hidup ini. Bahkan kita perlu menempuhnya dengan pelbagai ujian. Dengan segala masalah, tekanan dan ujian ini manusia menyedari ia hanya seorang hamba yang hina di sisi Tuhan Yang Maha Kaya. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: "Tuhan yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Mulia dan Maha Pengampun."
Kehidupan dan kematian adalah juga suatu ujian yang Allah tetapkan.Ujian yang kita harungi bukanlah sebagai suatu yang sia-sia. Ia adalah satu proses peningkatan darjat dan kedudukan kita yang lebih tinggi di sisi Allah. Kesabaran, kecekalan dan tawakal dalam menghadapi segala macam pancaroba kehidupan menjadikan seseorang itu beroleh pahala yang banyak dan berganda berbanding orang lain yang tidak diuji dengan ujian dan cabaran itu. Akhirnya ia akan bertambah hampir kepada Allah disebabkan pahalanya itu dan kerana banyak berhubung dengan-Nya melalui doa daripada tawakal. Atas sebab itulah darjat mereka yang diuji dengan masalah dan rintangan lebih tinggi dan mulia di sisi Allah. Sehinggalah ke satu tahap ia benar-benar diterima sebagai manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Oleh itu, seharusnya kita bersyukur di sebalik menerima segala permasalahan kerana ia mengandungi hikmah dan rahmat iaitu menyedarkan kita siapa diri kita dan juga mengingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang perlu kita tunaikan kepada Allah.
Apabila kita menyedari dan menghayati hakikat ini nescaya kita akan kembali kepada Allah setiap kali menghadapi masalah. Dengan cara ini masalah yang kita hadapi akan menjadi ringan. Ini kerana masalah yang mendatang itu tidak lagi dirasakan sebagai beban bahkan dianggap sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, peluang memperbaiki kesilapan dan medan meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah.
Janganlah jadikan diri kita putus asa dengan hidup ini dan putus harap dengan rahmat Allah. Orang yang tidak kembali kepada Allah akan mencari cara penyelesaian yang lain untuk menyelesaikan. Iaitu penyelesaian yang bukan saja bercanggah dengan tuntutan agama bahkan menyalahi fikiran yang waras. Manusia yang tidak menjadikan agama sebagai cara hidup, akan bergantung kepada akal semata-mata dalam menyelesaikan segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Kebingungan, tekanan perasaan, kecelaruan pemikiran dan sebagainya yang biasanya menimpa mereka yang ditimpa masalah akan menjadikan mereka mengambil keputusan penyelesaian yang kurang bijak, terburu-buru dan mengikut perasaan. Sebab itulah ada kalangan mereka yang mengambil jalan pintas dengan menelan pil tidur, menggantung diri, menggunakan dadah dan sebagainya yang jauh daripada lunas-lunas agama dan etika moral.
Orang yang beriman pula akan kembali kepada Allah dengan berdoa, membetulkan kesilapan, memohon rahmat, bertawakal dan seterusnya menyerahkan keputusan untung nasibnya kepada Allah. Mereka juga menyedari bahawa segala masalah yang menimpa adalah tanda kasihnya Allah kepadanya iaitu masalah itu menjadi penyebab kepadanya mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian dan keterlanjuran.
Dengan itu, ia berkesempatan memperbetulkan kesilapan dan keterlanjuran itu sebelum ajal dengan pintu rahmat dan pintu keampunan sudah tertutup. Itulah hikmah dan rahmat di sebalik segala masalah dan kesulitan yang sering manusia lupa.
#masalah

Опубликовано:

 

30 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 110   
@zamilakvasesaha7451
@zamilakvasesaha7451 3 года назад
setahun saya amalkan apa yg ustaz ajar ...byk selawat ...semua masalah saya allah selesaikan ...malah rezki saya mengalir laju ...apa yg dihajat saya capai dlm masa yg singkat ...ALLAH dekat dgn kita ... trrima kasih ustaz ...saya bersyukur dapat temui youtube ustaz ... semoga allah panjangkan umur ustaz utk menyampaikan ilmu.. trrima kasih ustaz .. alhamdulillah
@ibusyurga9739
@ibusyurga9739 3 года назад
Alhamdulillah
@4AZUKEY
@4AZUKEY 3 года назад
Masyaallah tabarakallah...niat tu penting.. Niat yg baik ii..Alhamdulillah..
@zamilakvasesaha7451
@zamilakvasesaha7451 3 года назад
@@4AZUKEY alhamdulillah ...allah izin ssaya dan anak anak bertemu dgn tuan guru ..doa Saya allah kabulkan selepas Saya mengamalkan doa doa ijazah tuan guru dan Saya juga dah minum air mineral Hayah dari tuan guru... alhamdulillah
@4AZUKEY
@4AZUKEY 3 года назад
@@zamilakvasesaha7451 masyaallah tabarakallah.. Alhamdulillah..
@salimahtahir9277
@salimahtahir9277 2 года назад
Maaf nk tnye bole x kita buat untuk 2 hajat
@NazrenStoriesChannel
@NazrenStoriesChannel 2 года назад
Mengalir air mata bila dengar kata-kata ustaz.. betapa banyaknya dosa-dosa ku pada MU ya Allah😭😭😭
@keepingsmile4389
@keepingsmile4389 3 года назад
"Sebenarnya Allah dekat dengan kita, tapi kitalah yang jauh dari Allah". Semoga semua orang Islam di seluruh dunia meninggikan syiar Allah dan sentiasa berusaha mendekat diri denganNya dan menjadi sebenar-benar hamba Allah.
@hidayahtulafandi5770
@hidayahtulafandi5770 2 года назад
Terina Kasih bykbyk ustaz byk Ilmu pada kamisemua
@muhammadfirdaus188
@muhammadfirdaus188 3 года назад
"Hati berserabut tu Tuhan tak reda kat kita lah tu" Allah... 😭 Shollallahu 'Ala Muhammad ❤❤❤
@re_studio7477
@re_studio7477 3 года назад
Slma ni xpernah dgr tazkirah ustaz ni..xpernah tahu ttg ustaz ni...tp beberapa kali dgr tazkiraha ustaz...hati saya rasa dekat utk mgikuti ilmu pembelajaran agama dgn beliau...xjemu lnsg dgr n dptkn ilmu ustaz.semoga Allah gantikan pahala myampaikn ilmu ustaz dan mereka yg terlibat di jalan Allah,dikurniakan syurga Firdaus tanpa hisab.Allahumma aameen.
@adilahabdulkadir9414
@adilahabdulkadir9414 3 года назад
Nasihat ustaz penuh hikmah..sesuai dgn semua peringkat.. Alhamdulillah
@syafiqzakaria8016
@syafiqzakaria8016 3 года назад
Salam dari kelantan,,suka tgk ustaz bagi ceramah,,nama RASULULLAH sentiasa di bibir ustaz..🙂
@aisyahhumairah5266
@aisyahhumairah5266 3 года назад
Alhamdulillah, ceramah ust byk membantu diri sy, ilmu2 yg disampaikan meresap ke sanubari, moga ust dan keluarga dirahmati Allah swt.
@kamaruddinhuesenkamal8347
@kamaruddinhuesenkamal8347 3 года назад
Dan saya juga.... kipidap sheikh... 🥲
@noraini5027
@noraini5027 Год назад
Alhamdullillah ceramah ustaz sy slalu ikuti di tiktok FB u tube
@zamilakvasesaha7451
@zamilakvasesaha7451 3 года назад
Allah bersamaku.. Allah menyaksikanku.. Allah melihatku... Allah selalu hadir bersamaku.. Allah dekat dgnku...
@skylarx952
@skylarx952 2 года назад
Menitik2 air mata dengar tazkirah Tuan Guru. Semuga Allah memberikan kesihatan & panjangkan umur Tuan Guru ❤️
@zurainiabrazak652
@zurainiabrazak652 3 года назад
Alhamdulillah dulu sebelum pkp saya p dgr ceramah ustaz d surau d masjid..bila pkp dpt meneruskan belajar ilmu Dr ustaz melalui RU-vid.. Alhamdulilah Alhamdulilah terima kasih x terhingga ustaz.ilmu ustaz sgt bermakna untuk dunia dan akhirat
@angahchannel1549
@angahchannel1549 3 года назад
Jatoh ayaq mata oo dgaq ceramah ustaz..😢😢
@haniniibrahimastar9629
@haniniibrahimastar9629 2 года назад
Hasbunallah wanikmal wakil
@zannorizan9731
@zannorizan9731 3 года назад
Alhamdulillah.. terima kasih Tn Guru Sheikh Muhd Zainul Asri atas penyampaian ilmu serta nasihat2 ini.. semoga Tn Guru sentiasa sihat walafiat utk terus menyampaikan ilmu serta peringatan kpd kami ini.. Aamiinn ya Rabbal A'lamin..
@user-ns4eh7ev4z
@user-ns4eh7ev4z 3 года назад
Allahu Akbar, ampunkanlah dosa kami ya Allah. 😭✨
@fadhilmuhammad1130
@fadhilmuhammad1130 3 года назад
Selawat ke atas Nabi. Allahumma solli ala Muhammad
@poziahothman4335
@poziahothman4335 3 года назад
I love you..tok guru.. May Allah always bless you 🤗..my tok guru
@jebonyakuza8521
@jebonyakuza8521 3 года назад
alhamdulillah ustaz sejak sy dengaq ustaz sy banyak berubah dari sy yang dulu sehingga sekarang dan seterusnya kearah yang lebih baik.. alhamdulillah ustaz..ustaz pembuka pintu hati saya yang lama tertutup
@mamamiacempaka8002
@mamamiacempaka8002 3 года назад
Sejuk hati sy dgn nasihat tuan ustaz
@mackeziedavies7746
@mackeziedavies7746 3 года назад
Stresss sgt 2 3 bulan ni..allahuakhbar.
@ahmadizzatshahmieralhamdul4926
@ahmadizzatshahmieralhamdul4926 3 года назад
Alhamdulillah, semoga diri saya sendiri juga ditempatkan dalam golongan Solehin dan solehah sahaja,Aameen
@afiqhisyam5807
@afiqhisyam5807 3 года назад
minta seseorang sampaikan salam saya(Afiq Hisyam Bin Lokman Zakey) kepada Sheikh Zainul Asri
@norem6595
@norem6595 2 года назад
Aslm....Alhamdulillah syukur....Tk TG atas penyampaian ilmu yg terkesan d hati. Sng d dengari dan mudah d fahami. Moga kami sentiasa d pilih ALLAH utk berada d majlis ilmu. Moga kita mjdi HAMBA ALLAH yg sentiasa BERSYUKUR. In Shaa Allah....Aameen3....Ya Robb....Ya Mujib...
@rasidahmarhan2566
@rasidahmarhan2566 2 года назад
Assalamualaikum ustad.doakan kami menjadi hamba Allah DPT redho Allah dpt msuk syurga Tanpa hisab .mudah Dan ringan melakukan ibadah
@samsulnando1512
@samsulnando1512 3 года назад
Alhamdulillah....sedap ja dgr ustaz ZA ceramah...Mudahan ustaz sentiasa sehat n mudahkan segala urusan menyampai kan ilmu2 yg sgttt bermanfaaat untuk di kongsi kn kpd semua manusia
@rohanalizaahmad5283
@rohanalizaahmad5283 3 года назад
salam..terus ikuti tazkirah n ceramah2 ustaz..menarik tima kasih ustaz..tunggu video terkini..moga terus sht n dlindungi Allah selalu..
@viperhold
@viperhold 2 года назад
Jadi hamba Allah. Bukan hamba makhluk. Jangan pertikai keputusan Dia.
@ruslimahat1650
@ruslimahat1650 3 года назад
Alhamdulillah...jazakallahukhairankasiran....
@abdidharma9758
@abdidharma9758 3 года назад
Alhamdullilah, atas ceramahnya sheik Zainul asri
@fahmyjamaluddin9422
@fahmyjamaluddin9422 3 года назад
Masalah dengan orang cari Allah
@tengkupaim9223
@tengkupaim9223 3 года назад
😭😭😭banyak dosa ku ya Allah
@ikadelly1606
@ikadelly1606 2 года назад
Assalamualaikum tok guru. Terima kasih ya Allah bagi tok guru yg baik hati.. Tq tuan guru... MasyaAllah. Cari Allah.
@azmafaisa7991
@azmafaisa7991 3 года назад
♥️♥️
@muhammadnabilbazli3583
@muhammadnabilbazli3583 3 года назад
masalah dengan orang,,Pi cari Allah
@Syahrol_Sueff
@Syahrol_Sueff 3 года назад
Allah humma solli ala Sayyidina Muhammad
@zainalazhari99
@zainalazhari99 Год назад
Tq Uztaz 💚💚💚🇲🇾
@abdullahrawahahchannel1921
@abdullahrawahahchannel1921 3 года назад
Ma shaa Allah benar
@nurdianamd.tajubdin7755
@nurdianamd.tajubdin7755 2 месяца назад
Alhamdulillah..terima kasih tn guru
@taqwaiman925
@taqwaiman925 3 года назад
Assalamualaikum.... SubahanaAllah..❤️
@abdullahrawahahchannel1921
@abdullahrawahahchannel1921 3 года назад
Wa'alaikumussalam
@muhammadafiq9770
@muhammadafiq9770 3 года назад
Assalamualaikum....mana TGS ZAINUL ASRI?? lama xtngok video baru dia..sy rindukn TGS ZAINUL ASRI ..tolong update video dy ..,..ramai yg menunggu n merinduinya
@norhanizahnordin6441
@norhanizahnordin6441 3 года назад
Follow fb TGS Zainul Asri, setiap hari ada tazkirah dr TG
@zarinamasooth4978
@zarinamasooth4978 Месяц назад
Alhamdulillah Alhamdulillah ❤❤❤
@mhdamranmhd2718
@mhdamranmhd2718 3 года назад
Tak ada pun dlm Quran dan Hadith yg Guru itu adalah Ayah Roh. SURAH IBRAHIM 14, AYAT 01: Alif laam raa, (Inilah) kitab, Kami turunkan kpd engkau supaya engkau keluarkan manusia dari gelap gulita kpd terang benderang dgn izin Tuhan mereka (yaitu) kejalan Yg Maha perkasa dan Mahaterpuji, ". AYAT 02: " (yaitu) Allah yg menpunyai apa yg dilangit dan apa dibumi. Celakalah orang kafir kerana siksaan yg keras, ". AYAT 03: " ( Yaitu) orang2 yg memilih hidup didunia dari akhirat dan menghalangi jalan Allah, dan mencari (jalan) yg bengkok. Mereka itu dlm kesesatan yg jauh ". AYAT 04: " Kami tiada mengutus seorang rasul, melainkan dgn bahasa kaumnya, supaya dia menerangkan kpd mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yg dikehendakiNya, dan menunjuki siapa yg dikehendakiNya. Dia Maha perkasa lagi Maha Bijaksana ". Allah menurunkan kitab (Qur'an) kpd Muhammad Nabii dan Rasul Allah, untuk mengeluarkan manusia dari gelap gulita kpd terang benderang dgn izin Allah dan kpd jalan Allah. Manusia dlm dunia berbeza2 pendapat dan berselisih faham dgn bermacam2 matlamat hidup. Ada yg mementingkan hidup didunia dan melupakan akhirat, sehingga tidak ada tujuan dan pegangan hidupnya melainkan untuk kesenangan dunia dan kelazaran hawa nafsu. Mereka dlm gelap gulita, tak mempunyai cahaya atau pelita untuk menerangi mereka menempuh tujuan hidup yg sebenarnya. Dalam kegelepan sedemikian Allah menurunkan Al Qur'an untuk menerangi mereka ke jalan Allah yaitu jalan yg lurus, supaya mereka mendapat tujuan hidup yg sebenarnya, yg diredhai Allah bukan jalan yg dimurkai Allah dan sesat. Maka itu marilah kita semua mwngambil petunjuk Al Qur'an.
@mhdamranmhd2718
@mhdamranmhd2718 3 года назад
Allah mengutuskan tiap2 rasul kpd kaumnya dgn memakai bahasa kaumnya supaya dapat ia menerangkan petunjuk dan pengajaran kpd mereka sehingga faham dan mengerti maksudnya dan melaksanakannya suruhanNya seratus peratus. Nabi Musa diutus Allah kpd kaumnya (Bani Israel) dgn bahasa kaumnya, yaitu bahasa " Ibrani" dan Nabi Muhammad diutus Allah kpd kaumnya (bangsa Arab) dgn bahasa Arab. Nabi Muhammad juga adalah Rasul penutup, diutus Allah kpd seluruh umat manusia Sebab itu pembangun2 dan Syiar Islam diluar Tanah Arab, dan mereka Pendakwah2 sebagai waris Nabi dan Rasul harus menerangkan petunjuk dan pengajaran Al Qur'an dgn menggunakan bahasa kaum (terjemah dan tafsir) masing2.
@musafir-lalu
@musafir-lalu 5 месяцев назад
MasyaAllah..sheikh..t.kasih 😢
@mohdazuanabubakar1894
@mohdazuanabubakar1894 8 месяцев назад
Allah humma solli ala Sayyiddina Muhammad Wa ala Ali Sayyiddina Muhammad Terima kasih Tuan Guru diatas pencerahan ilmuNya INSYAALLAH Amin..² Ya Rabbal Alamin ALLAH HU AKHBAR
@norliaazizan8740
@norliaazizan8740 2 года назад
Syukran ustaz...
@lukemannmann4418
@lukemannmann4418 3 года назад
Insyallah tuan guru.. sgt bermakna Dan berharga kata2 nasihat tuan guru ..
@humble202
@humble202 8 месяцев назад
Qobiltu ijazahnya
@ibusyurga9739
@ibusyurga9739 3 года назад
Alhamdulillah
@sitifatimahishak2596
@sitifatimahishak2596 3 года назад
❤️
@silver-nur
@silver-nur Год назад
ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
@zakirahman7520
@zakirahman7520 Год назад
Bismillah.. JazaAllahu'Anna Sayyidina Muhammadan Sallahu alaihi Wassalam Maa Huwa Ahluh 🤲🏿 Alhamdulillah Haaza Fadlun min Robbi Yaa sahabat2 syurga.. Mari Berselawat Dan Berzikir banyak2 wahai Sahabat2 syurga Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad waAlihi Wasohbihi Wassallim 🤲🏿 Astagfirullah Lil mu'mini nawal mu'minat minal ahya Wal amwat
@raihanaazza4877
@raihanaazza4877 5 месяцев назад
Alhamdulilah terimakasih atas ilmunya semoga tuan guru panjang umur sehat wal'afiat selalu
@khairi8818
@khairi8818 3 года назад
😭😭😭
@aminulhudan7651
@aminulhudan7651 3 года назад
ALLAH YUBARIK ALAIKA SYEIKHUNA❤
@chikhamzah7925
@chikhamzah7925 5 месяцев назад
😭😭😭
@jeremiahsantos173
@jeremiahsantos173 Год назад
Sekarang ni saya di uji dengan masalah yang paling teruk sejak saya hidup..ni la the lowest point dalam hidup..I can’t take it😢
@jamaliahmdshah7858
@jamaliahmdshah7858 3 года назад
Maaf ustaz kalau tersinggong. Makcik cuma terangkan yang tersilap. Sebab ilmu dari ALLAH perlu diajarkan.
@AdelphiTraining2
@AdelphiTraining2 9 месяцев назад
apa tajuk piano background ni ya? soft ja dgr
@PerinduRasulullah313
@PerinduRasulullah313 9 месяцев назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-4Qpx3y0Jlr0.htmlsi=3y2qvtBd6uy-iT5p
@gadafi3511
@gadafi3511 3 года назад
Assalam Tok GURU ku
@RahmatBerkatSelamat7373
@RahmatBerkatSelamat7373 Год назад
Ma sya Allah Tabarakallah Alhamdulillah Jazakumullahu khairan katsira.. Andailah ada peluang diizin Allah mahu saja kebumi Kedah jumpa Tuan Guru.. 🌹Terima kasih Admin dan Murabbi🌹
@MuhammadAhmad-mp2vy
@MuhammadAhmad-mp2vy 3 года назад
NoW d zaman Covid19 Kuman Mahkluk ALLAH yg tidk kelihatan & Ujian drpd ALLAH buat Manusia Agar kita sama2 mendekati diri kembali kepada ALLAH...
@nurahmad62
@nurahmad62 3 года назад
Lembut je
@rawasarmizi7931
@rawasarmizi7931 3 года назад
akhir zaman peristiwa semakin dekat sgt, bersiap sedia semua...insyallah
@ahmadjai1843
@ahmadjai1843 3 года назад
Allahu Akhbar...Allah Subhanahu wataala...Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad..
@chenormah3771
@chenormah3771 3 года назад
Assalamualaikum warahmatullah wabarohkahtuh salam Sheikh salam mesra diAlam Maya syukur Alhamdulillah terima kasih memberi peringatan Dan nasihat manafaat terbaiiik Aaminn yaa robbal allammin
@akudiakamu8
@akudiakamu8 2 года назад
assalamualaikum admin..apa tajuk lirik yg mula2 tu..
@humble202
@humble202 8 месяцев назад
Alhamdulillah aamiin ya Allah
@minahbunga6334
@minahbunga6334 3 года назад
Alhamdulillah tetima kaseh ustaz Dan nk mintak mf klu saya ade but silap
@aamaninaashari5990
@aamaninaashari5990 3 года назад
😔😭😭😭😭😭
@samalizaabusamah9055
@samalizaabusamah9055 Год назад
جزاكن الله خيرا و احسن الجزء.🤲✍
@amiruddinwan3809
@amiruddinwan3809 3 года назад
😭
@rajaamirulfaiz6158
@rajaamirulfaiz6158 3 года назад
Assalamualaikum muzik intro tu muzik ap ya ?
@kerulnizammmm
@kerulnizammmm Год назад
Izin share di tiktok ye
@NorZanaAinKitchan
@NorZanaAinKitchan Год назад
Alhamdulillah
@mariamremli9897
@mariamremli9897 Год назад
Alhamdulillah
@mohamadmual4205
@mohamadmual4205 2 года назад
Ustaz nk no hp boleh
@nashadomo749
@nashadomo749 2 года назад
Terima kasih
@khosnimansor2132
@khosnimansor2132 Год назад
Allahhuakbar
@indevindev6858
@indevindev6858 Год назад
Assalamualaikum ustaz, mohon maaf ...saya kini semakin nipis Iman dengan dugaan demi dugaan sampaikan bila ingat Allah saya dendam .... kenapa saya dan keluarga dipilih oleh Allah untuk hidup begini...di mana kemuliaan dan Rahman tuhan?
@PerinduRasulullah313
@PerinduRasulullah313 Год назад
WAALAIKUMUSSALAM WBT. RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH SWT kepada hambaNYA ada di dalam ujian dan dugaan.
@nope187
@nope187 Год назад
Rasulullah adalah kekasih Allah apa yg tidak diuji padanya mcm2 Allah uji Nabi...berbeza pada firaun sekali pun tidak pernah sakit kaya raya tiada masalah tp murkanya Allah padanya sehinggakan taubatnya saja Allah tidak terima...tanda Allah syg pasti diuji sehingga rasa terduduk tak kuat lagi tapi sabarlah sahabat Allah ada sentiasa
@comeynyesaye6491
@comeynyesaye6491 Год назад
😭😭😭 12.10.2022
@aznijohari2387
@aznijohari2387 3 года назад
Hamba itu Rasulullah.
@jamaliahmdshah7858
@jamaliahmdshah7858 3 года назад
Ustaz janganlah tukar hukum sesuka hati. Durhaka pada ibu bapa ada disebut tergolongan dosa besar ke? Cuba tengok semula hukum yang ALLAH tentukan.
@anggunaleesya7435
@anggunaleesya7435 2 года назад
Memang derhaka dgn ibu bapa termasuk dosa besar. Tanyalah ustaz2 lain kalau tak percaya..dah byk sy dgr ustaz lain semua kata yg sama.
@noorbainyborhan8606
@noorbainyborhan8606 2 года назад
@@anggunaleesya7435 betul..derhaka dgn ibubapa adalah salah satu dr dosa2 besar
@eeea4383
@eeea4383 2 года назад
InsyaAllah
@jimiosman3414
@jimiosman3414 3 года назад
Mohon shared
@nocomment4892
@nocomment4892 3 года назад
Assalamualaikum ustaz
@qayyumrazak53
@qayyumrazak53 3 года назад
❤️❤️❤️
@mrsnor6074
@mrsnor6074 3 года назад
😭😭😭😫😫😫
@scasal0972
@scasal0972 3 года назад
Syukur alhamdulillah...🤲 T,kasih ustaz😊 smoga dilimpahkan rahmat Allah swt yg maha pemurah,,,maha penyayang ke ats muslimin dan muslimat yg masih hidup atau telah tiada... Aamiinnn ya Rabbal Alamin...😊
Далее
Wali Allah || Syeikh Zainul Asri
18:33
Просмотров 63 тыс.
Tanda Orang Soleh || Syeikh Zainul Asri
9:53
Просмотров 15 тыс.
Почему?
00:22
Просмотров 344 тыс.
🦊🎀
00:16
Просмотров 415 тыс.
Syeikh Zainul Asri - RAHSIA Disebalik USIA
35:19
Просмотров 96 тыс.
Bila Diuji Dengan Kesusahan || Syeikh Zainul Asri
7:20
Ilmu Tauhid || Syeikh Zainul Asri
22:15
Просмотров 43 тыс.
Syeikh Zainul Asri - 5 Amalan Yang Jangan Ditinggalkan
25:47
Почему?
00:22
Просмотров 344 тыс.