Тёмный

ChildFree - pasangan tak nak anak takut miskin, satu pendapat. 

Hamka Kereta Mayat
Подписаться 13 тыс.
Просмотров 675
50% 1

Ini bukan kisah Childfree, tapi ini adalah secebis kisah untuk dikongsi yang mungkin boleh dijadikan renungan kepada parent yang dengan sengaja memilih Childfree tanpa alasan yang munasabah.
Memang betul dalam dunia ini ada kisah anak derhaka, anak buat jenayah, anak tidak membalas jasa dan sebagainya, hingga membuatkan ada sesetengah parent memilih jalan Childfree.
Hakikat hidup, Lama-lama kita tinggal di Malaysia ini… apa yang akan berlaku kepada kita? jadi kaya? Jutawan? Rumah makin besar? Jadi menteri?
Itu semua belum pasti tapi yang pasti kita akan menjadi orang tua.
Dan bila kita menjadi orang tua… kebanyakannya akan terlantar di hospital lalu rezeki terakhir kita mungkin sebotol air yang dimasukkan melalui tiub kecil ke dalam lengan sebelum paparan denyutan nadi di monitor sebelah katil menjadi horizon.
Dan itulah kisah Arwah ayah saya bersama rezeki terakhirnya.
Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
Secara zahirnya itulah rezeki terakhir Ayah saya tapi Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja.
Rupanya rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid. (Ayah ada sembilan anak)
Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah.
Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.
Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir.
Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, antara rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.
Semoga semua parent yang belum dapat anak dikurniakan rezeki dari zuriat sendiri iaitu sebaik baik anak sebagai penyeri hidup di dunia dan di akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, Bantulah kami semua, sungguh antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang tersepit dengan hutang, Kau permudahkanlah, antara kami ada yang menderita, kau berilah kegembiraan. Antara kami ada yang tiada zuriat, Kau Suburkanlah.
Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMU.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Semoga kita semua Woha Sampai syurga

Опубликовано:

 

7 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
Dear Willie Salim
17:18
Просмотров 1 млн
OG Buda - Сабака (A.D.H.D)
02:19
Просмотров 116 тыс.
Tanda-tanda Autism
2:10
Просмотров 1,9 тыс.
Gini Cara Berpikir yang Benar
24:00
Просмотров 197 тыс.
Lepas tengok video ni anggaplah kita tak kenal
6:09
Просмотров 2,6 млн