baru faham cara pengiraannya, sebelum ni ada baca info tu tetapi tidak berapa jelas.. dengan penjelasan Encik semakin jelas.. terima kasih atas penerangan
Terima kasih Tuan. Cadangan saya. Pendapat peribadi saya. Betulkan jika saya silap. Mohon maaf, jika pendapat saya keluar tajuk (perkara lain). ASB perlu ada untuk "tabung darurat", (simpanan kecemasan) dan Khairat. Minima RM5,000. Untuk dapat pulangan lain, perlu ada persiapan rapi, pelbagai usaha, idea, strategi, jalan dan ikhtiar lain, asalkan betul, selamat, sah dan halal. Semua bisnes lain, perlu sudah dikira lengkap semua cukai dan zakat agar "selamat dan suci".
ASB bermula 1990. Difahamkan jika seseorang melabur RM200,000 dari waktu itu dan tidak membuat apa2 pengeluaran, pelaburan beliau sekarang meningkat kpd kira-kira RM1,150,000. Betul ke?
@@_91K_ Soalan itu apa yg dikatakan "rhetorical question" dlm bahasa Inggeris, maksudnya soalan yg saya sudah tahu jawapannya. Bagaimana sudah tahu jawapan? Kerana itulah jumlah pelaburan ASB terkini seorang hamba Allah yg saya kenal yg mula melabur RM200k awal 1990 dan semenjak itu tidak pernah membuat pengeluaran. Edit : Angka itu juga jumlah pelaburan maksima dlm ASB yg boleh dibuat oleh seseorang yg belum ada pelaburan dlm ASB. Campur lagi RM100k kerana had pelaburan permulaan telah dinaikkan dari RM200k kpd RM300k baru2 ini.
@@sarahalissa3303 Betul tapi ingat tahun2 1990an dividen ASB 10% keatas sementara faedah pinjaman bank untuk beli ASB hanya sekitar 6%. Jadi lebih berbaloi ambil pinjaman bank.
Terima kasih tuan penjelasan mudah..tetapi memandangkan pelaburan boleh dikeluarkan bila2 masa sahaja bagaima pula rasanya in-between month yg sama tu ada pengeluaran dari contoh 10ribu keluar 2 ribu hari ke 5 hari ke 10 dia ada modal semula dia masukkan semula 2 ribu jadikan pelaburan ke 10ribu utk bulan tersebut..kalau terjadi mcm tu adakah utk bulan tertentu punya pengiraan ada formula mudah utk menentukan dividen..terima kasih
Dia akan kira dividen based on baki terendah, which is 8ribu (sebab dah keluarkan 2ribu daripada 10ribu bulan tu). Baki terendah bulan seterusnya akan kembali ke 10ribu (dgn syarat tak keluarkan duit lagi la)
@@zancr0w94means let say ada 10k sehingga ogos, then keluarkan dan balance ada 2k until december, previou month ogos dan ke bawah dia akan kira total bfr kita keluarkan ke?
kalau kira asbf tu untuk menyimpan setahun memang la jadi rugi. Kalau rolling dividen untuk jangka panjang, bayar 1st year rm6672 + (rm1422x29) = rm47910 untuk dapat 100k. dividen dan opr pun akan naik dan turun ikut ekonomi, kalau average setiap tahun ada loss sebanyak tu, selepas cukup tempoh masih untung juga. Tapi kalau setiap tahun guna dividen untuk benda lain tak sesuai la buat asbf ni.
Jika 5 ribu ditambah pada 1hb april .pengiraan dividend termasuk 5 ribu menjadi 15,000 pada bulan april. Jika dimasukan duit pada 1hb pada bulan itu,duit pada bulan itu dikira dividend.
@@RoquetteAttaquerok contoh utk next 2024, sy nak bg masuk tiap bulan. Dia kena ngam 1hb atau sebelum tarikh tersebut. Utk dptkan kiraan dividen bulanan tu
Saya nak bertanya berkenaan dengan baki loan asbf ye. Kenapa ya bagi saya bole bertambah dalam rm200 untuk loan 50k. Sebab sebelom dapat dividen baki loan saya adalah 47800. Tapi semalam 1/1/2024 dividen dah masok, kenapa baki loan saya bertambah balik 48000 telah naik rm 200. Pertambahan baki loan ni bukan jadi dekat saya saja, rakan kerja dengan adik saya pon ada berlaku pertambahan. Tolong bagi penjelasan ye en faiz.
Adoi rugi lah sy bagi masuk bulan 12, baru faham kiraan dividen asb kena masuk tiap bulan. En faiz, utk pelaburan potongan tiap bulan tu pada tarikh 1hb kah?
Saya melabur asbf 100k. Bila total up bayaran jan - dis.jumlah bayaran bulanan ni melebihi jumlah dividen. Means jadi negative bila tolak. Ruginya. Macam mana nk buat asb biasa taknak dh financing. Rugiiii woooo. 😢
Encik faiz..sekiranya kadar patuh syariah telah mencapai 75%..dan perlu membayar zakat 100%..adakah ini bermakna 25% lebihan itu boleh digunakan & halal? Terima kasih
Minta sorang boleh tolong jelaskan soalan saya. Ada beri pengaruh kalau masuk asb setiap bulan atau lump sump untuk 12 bulan? Maksud saya amaun dividen ada beza ke?
Kalau masok bulan 12 lump sum maksudnya dividen utk next year ialah kosong sbb dia kira baki terendah yang dlm tahun 2023 , jadi kalau masok bulan 12 lumpsum tahun 2023 dec akan dpt dividen Pada tahun berikutnya iaitu 2024
ok lah ASB saya juga ada ASB tahun ini renda sikit insyaallah tahun depan naik lagi sikit.jgn lah pula kita sibuk sibuk menyalakan kerajaan / baik oh kerajaan perpaduan banyak bantu rakyat susa rakyat miskin dan banyak lagi bantuan bantuan lain ok
Tumpang tnye, katakan la duit simpanan dlm bank rm5k, kalau bru nk bermula menabung di ASB, perlu letak semua simpanan dalam ASB, atau letak rm1k setiap bulan?
@@jojoclub5215 Kalau betul dan mampu untuk tidak memerlukan langsung RM 5k tu seeloknya letak semua terus dalam asb supaya pengiraan bulan seterusnya bermula dari RM5k. Benefit dia tak sama dengan masuk setiap bulan 1k. Lumpsum 5k lebih baik. Tapi kalau masuk lumpsum 5k pada bulan terakhir pengiraan pun tak guna jugak so memang kena masuk dari awal sebanyak mungkin
Rasa bagus lagi letak 5k terus.. dividen 5k tu dikira dari bulan tu terus berbanding letak beransur2.. kalau beransur2 letak 1k stp bulan, dividen nya dikira 1k pada bulan 1, 2k pada bulan dua, 3k pd bulan tiga n seterusnya
umur berapa bro? for me better letak 3K dalam asb. And 2K tu simpan for emergency fund. sebab asb susah nak liquid. Tapi sekarang tak silap saya dah boleh dah keluar kan duit asb dgn lebih mudah berbading dulu rm500 je sebulan
nak tanya saya baru mulakan simpanan asb 1 dan asb 2 tahun ni bermula april. Dividen yang terkumpul memang tak boleh disemak ke selagi tak masuk tahun baru ke? sebab saya tak faham sangat apps myasnb ni, jadi takut ada tersilap pakai apps ni, buatkan dividen tak masuk. Risau tengok tab (prestasi) dalam apps tu masih kosong.
Tuan faiz.. contoh tahun ni simpanan ASB dah cukup 300k.. TAHUN seterusnya semestinya melebihi 300k jika dicampur dgn dividen.. boleh ke simpanan melebihi 300k dlm Asb.. harap maklum..
betul. kalau yg masih ada cash hasil drpd dividen mungkin masih untung. macam sy dah habis keluarkan cash tahun ni utk beli rumah jadi plan sy nak jual bulan depan huhuu
@@FinancialFaiz contoh: 5.25% (dividen) - 4.2% (30k asbf maybank) - 2.5% (zakat) = -1.45%. simple calculation mmg salah sbb tak kira compound interest utk tahun2 lain, tp kalau based on tahun ni je tak ke % tu negative?
TAPI macam mana pula dengan yang ada tunggakan? Contoh dlm tahun ini hanya terbayar 6 bulan punya bulanan , dan selebihnya 6 bulan pula langsung tiada buat bayaran.Macam mna pula kira dividen untuk yang ini? Sijil akan auto dijual klu lepas 3 bulan tiada bayaran.
Sekiranya saya menyimpan 1000 dari january-december keseluruhanya 12000, angaran berapa dividen yg saya dapat,dan saya menyimpan dalam tiap hujung bulan bukan awal bulan...
Dividen dikira setiap bulan tapi dicreditkan dalam akaun setahun sekali Ini nak elak orang letak duit pada waktu dekat² dividen je. Kena letak sepanjang tahun baru dapat enjoy kesemua benefit pulangan asb
saya 50k tak pernah masuk duit pun start bayar bulan 7 , RM245 dari bulan 7 sampai 12 jadi saya nak kne kira macam mana ea , 2023 adalah tahun pertama saya