Тёмный

Dari Puchong "test" motosikal 

Izwan Stringer TV
Подписаться 6 тыс.
Просмотров 2,8 тыс.
50% 1

#operasi #polis #trafik #jsptkl #lawanarus #matrempit #rempit
17/12/2023 - H: 'Datang KL untuk 'test' motosikal'
KUALA LUMPUR - Sanggup datang ke ibu negara dari Puchong, Selangor bersendirian untuk menduga kelajuan motosikal yang diubah suai hanya menjerat diri selepas ditahan polis, di sini pada Ahad.
Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai mekanik motosikal itu ditahan kira-kira jam 2 pagi menerusi Op Motosikal oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil, 21, mengaku motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangnya ialah milik pelanggannya.
"Motosikal sudah diubah suai ekzos, brek belakang serta enjin dengan modal kira-kira RM7,000 dan boleh capai kelajuan hingga 200km/jam.
"Saya datang seorang ke Kuala Lumpur ini untuk 'test' motosikal. Saya reda ditahan, saya sudah hubungi pemiliknya untuk jelaskan kes ini," katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sini pada Ahad.
Selain itu, operasi yang tamat pada jam 5 pagi ini turut menyaksikan cubaan 'membunuh diri' segelintir penunggang yang melawan arus bagi mengelakkan daripada ditahan polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Cheklah berkata, sebanyak enam sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi ini di lokasi tumpuan utama iaitu Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Azlan Shah.
Menurutnya, lokasi ini menjadi tumpuan penunggang untuk menduga kelajuan motosikal masing-masing.
"Kita juga mendapat aduan daripada penduduk sekitar di sini bahawa bunyi bising terutama berhampiran Institut Jantung Negara (IJ) dan sekitarnya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, operasi ini bertindak menyita 120 motosikal dan 633 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya cermin sisi, ubah suai ekzos dan modifikasi brek.
Jelasnya, siasatan awal polis percaya penunggang-penunggang terdiri daripada kumpulan kecil ini datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur terutama sekitar Lembah Klang.
"Mereka akan berkumpul di sekitar lokasi ini dan membuat bising," ujarnya.
Mengenai tindakan penunggang yang melawan arus, Zukafli berkata, pihaknya akan mengesan penunggang ini menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tindakan mahkamah.
"Sebelum ini kita kesan mereka berkumpul seawal jam 10 malam hingga 2 pagi, namun menyedari tindakan pihak polis, kumpulan ini aktif pada jam 3 pagi," katanya.
Ujar beliau, pada tahun ini di tiga lokasi ini sahaja, sebanyak 665 motosikal disita dan 23,081 saman dikeluarkan.
END....

Опубликовано:

 

16 дек 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 20   
@nschannelyoutube9665
@nschannelyoutube9665 7 месяцев назад
👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@megmeg2949
@megmeg2949 7 месяцев назад
Moga ekzoz bising terus pupus...hidup menyusahkan org
@Skinny_vlog
@Skinny_vlog 7 месяцев назад
saya suka tgk video macam tu
@izwanstringertv
@izwanstringertv 7 месяцев назад
Klau suka, jgn lupa share..🤭
@user-us1lj1pz9h
@user-us1lj1pz9h 7 месяцев назад
Ambik ubat … koyak poket nk ganti
@fcr7793
@fcr7793 7 месяцев назад
Bro better jgn bwk… nnti bang polis yg panas baran xleh dgr motor bising2 dia kirim ativa langgar blakang 🫢 #baran_dia_baran_org_xpikir_plak
@alongmdo3880
@alongmdo3880 7 месяцев назад
naya customer..x pasal2 kene getah
@n-ziman..3898
@n-ziman..3898 7 месяцев назад
Prgi duk thai bro ..
@unknownuser677
@unknownuser677 7 месяцев назад
Ubah suai motor..bunyi jea lebih....memekak jea..2,3 pagi bising..
@ei9602
@ei9602 7 месяцев назад
Btul bunyi je lbih?xnk try ngan kereta ke? 🤣
@unknownuser677
@unknownuser677 7 месяцев назад
@@ei9602 hahaha..kereta..
@alimohsin9830
@alimohsin9830 7 месяцев назад
Ni motor boleh humban sungai... mcmanepun tetap tak laju.. nak laju bawak hayabusa.
@along4968
@along4968 7 месяцев назад
Bab sembang no 1🤣
@nabilaniqdanish3529
@nabilaniqdanish3529 7 месяцев назад
​@@along4968 betul aq sokong
@amingrizi7amingrizi748
@amingrizi7amingrizi748 7 месяцев назад
Kau pon bawak ex5 lagi banyak bunyi
@naqidalyas4981
@naqidalyas4981 7 месяцев назад
sembang la kau,kau pon bawk kriss je
@hussinfanazi723
@hussinfanazi723 7 месяцев назад
Alah....biasalah paip motor....eeeii macam2..rohingya lagi ganas..ex5 jadi motor roda tiga...dh macam van dah..😂😂😂😂😂😂
@sayazwan9748
@sayazwan9748 7 месяцев назад
Sial motor customer ko bwk jejalan
@izwanstringertv
@izwanstringertv 7 месяцев назад
Dia nk test je tu..tp nasib dia tak baik..kena tahan..
@sayazwan9748
@sayazwan9748 7 месяцев назад
@@izwanstringertv yela tp moto customer tu konpom kene sita
Далее
Gangguan Bising Bukit Ampang | 999 (15 Aug 2023)
10:05
Просмотров 371 тыс.
Я читаю переписки сына
00:18
Просмотров 651 тыс.
Базовый iPhone 16
00:38
Просмотров 213 тыс.
Berapa Harga RXZ Unregistered tahun 2009 ?
11:49
Просмотров 625 тыс.
Lelaki kongsi cerita hidup HIV kerana sahabat
27:49
Просмотров 8 тыс.
Aku jumpe RXZ paling Xreme!!!!
20:34
Просмотров 91 тыс.
💢 Pemandu Ingkar Arahan‼️(4K)
26:03
Просмотров 41 тыс.