Тёмный

Drama Raya Suria 2023 | Raya Akhir 

SuriaTV
Подписаться 327 тыс.
Просмотров 758 тыс.
50% 1

Suria dengan kerjasama Yayasan Maghfirah membawakan Sebuah Drama Pendek kekeluargaan. Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akhir yang mengalami perubahan sikap sehingga menimbulkan tanda tanya kepada keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Dapatkah Akhir menceritakan perkara sebenar? Atau terus dengan sikap dinginnya?
Dengan penampilan khas, Uji Rashid dan lakonan mantap penyampai Suria FM, tonton drama pendek terbaru di pelantar digital Suria FM.
#IklanRaya2023 #MelakarPahala #WarnaiRaya #RayaAkhir
Pelakon
Uji Rashid- Mak Yah
Shuib- Akhir
Ajak- Darris
Suraya Borhan- Maria
Rara- Manisah
Cik Piah- Iffah
DJ Lin- Yong Petir
Tyzo Xander- Sahar
Anna J- Sarah
Naim Hashim- Andak
Ustaz Sumairi- Ustaz
Daus- Pekerja Gerai
Pereka Grafik
Norain Suhati
Megat Adam Putra
Azizaim (Pelatih Industri UPSI)
Unit Digital
Shahimi Ismail
Husnul Ariffin Ramlan
Rudzman Zabaruddin
Amirul Farhan
Faten Naziera
Azfar Safarizul
Husna Zainal
Pelatih Industri
Muadzar Azizan (Pelatih Industri USM)
Hanif Idris (Pelatih Industri UniKL)
Unit Promosi & Pemasaran
Christopher Luciano Gayondato
Syarifah Akhtar
Ahmad Shafiq Putra
Azmiera Azwar
Emma Rosly
Norain Suhati
Megat Adam Putra
Azizaim (Pelatih Industri UPSI)
Unit Kandungan
Borhanuddin (JJ Style)
Zafrina Abdul Rahman
Adlina Amin
Unit Revenue
Norlaili Mohamed
Izwandy
SURIA Wheels
Awien Khoriri
Afiq Nazam
Lokasi Penggambaran
Tanjung Karang, Selangor
Penghargaan
Dato’ Dr. Mohd Aminuddin Bin Mohd Rouse
Yayasan Maghfirah
Penduduk Kampung Bendang Gemilang, Tg Karang, Selangor
Pengarah Muzik Video
Shahimi Ismail
Lagu dan Lirik “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu”
Lagu Asal:
Ahmad Nawab & Erna
Susunan Semula Muzik:
Arranger, Guitar, Bass:
Padel
Drums:
Herman Kamal
Flutes:
Fauzan Hashim
Violin:
Syerot
Pengarah Di Sebalik Tabir
Rudzman Zabaruddin
Perancang Kandungan Digital
Faten Naziera
Pengurus Produksi
Azfar Safarizul
Prop Master
Najwa Azmi
Prop
Muadzar Azizan (Pelatih Industri USM)
Firdaus (Pelatih Industri USM)
Nurul Atikah (Pelatih Industri USM)
Kesinambungan
Hanif Idris (Pelatih Industri UniKL)
Jurukamera
Alrazi Zarini
Amirul Zayanie
Hafiz Shainozaki
Muhammad Khairi Hanawi
Jurufoto
Afiq Hizami Kamaruddin
Zulfaqar Harith
Juru Audio
Izzat Ilman
Penata Cahaya/ Teknikal
Mohd Hisamudin Sakor
Shahrul Nazmi Ramli
Busana
Anam Azizani
Al Asyraf
Jurusolek
Firdaus Hamid (Acu)
Akmal Azman
Pengurus Artis
Adlina Amin
Jurutera Bunyi
Naim Tee
Sari Kata
Muadzar Azizan (Pelatih Industri USM)
Firdaus Said (Pelatih Industri USM)
Qhadija (Pelatih Industri UITM)
Suntingan Video
Husnul Ariffin Ramlan
Husna Zainal
Hanif Idris (Pelatih Industri UniKL)
Idea Asal & Skrip
Unit Digital
Penolong Pengarah
Husna Zainal
Penolong Penerbit
Amirul Farhan
Pengarah
Shahimi Ismail
Penerbit
Husnul Ariffin Ramlan

Опубликовано:

 

14 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 1,3 тыс.   
@YayasanMaghfirah
@YayasanMaghfirah Год назад
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Terima kasih Suria FM, terima kasih rakyat Malaysia yang menonton drama Raya Suria 2023 dengan tajuk Raya Akhir yang dibawakan oleh Yayasan Maghfirah. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada drama ini. YM sejak penubuhannya memberi fokus kepada pendidikan Al-Quran bagi golongan OKU termasuklah seperti yang dilakonkan dalam drama ini iaitu OKU penglihatan, dibawah projek teras pendidikan. YM berhasrat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongn OKU juga memiliki hak terhadap pendidikan terutamanya pendidikan Quran itu sendiri. YM juga ingin mengembangkan aspirasi "Wadah Dakwah Anda" kepada seluruh masyarakat dengan mengingatkan bahawa apa pun yang terjadi dalam kehidupan ini, jangan pernah sesekali kita meninggalkan Al-Quran dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai teman sejati kita di dunia dan di akhirat. Semoga bermanfaat. #yayasanmaghfirah #wadahdakwahanda #IklanRaya2023 #MelakarPahala #WarnaiRaya #RayaAkhir
@nikahmadtharmizi3773
@nikahmadtharmizi3773 Год назад
Semoga kita dalam lindungan Allah
@aqilahrahim9960
@aqilahrahim9960 Год назад
Terbaik YM, Wadah Dakwah Anda..
@_allaaadin19
@_allaaadin19 Год назад
terbaik YM, terbaik suria 👍
@syamimicj9874
@syamimicj9874 Год назад
Terbaik kolabrasi antara Yayasan Maghfirah & Suria . Drama memang terbaik dan sangat menyentuh hati. Moga lakonan ini menjadi semangat buat kita semua untuk terus beramal.
@rabiatulmaharanimahmood6763
Terbaik Yayasan Maghfirah taja dan berjaya hasilkan video yang menyentuh hati dan educate masyarakat betapa pentingnya ilmu al quran untuk golongan OKU penglihatan.
@ShuibChannel
@ShuibChannel Год назад
Terima kasih yg sudi menonton Raya Akhir,,Jom kita bg trending Nom 1!!!! Bismillah!!! Terus komen dan share 🙏
@rajamohamadtaufiqrajamazla127
Awak berlakon menyentuh jiwa..sampai ...tahniah ..
@rajamohamadtaufiqrajamazla127
Harap boleh berlakon cerita2 drama shuib sepahtu..lakonan terpaling hebat
@JulzD17
@JulzD17 Год назад
Tahniah shuib. Jujur, selalunya Saya Tak minat tgk Shuib melawak. Tapi naskah ini berjaya membuktikan Shuib boleh berlakon dgn baik, sesuai naskah yg diterima. Saya sedang ikut Diary Daddy yg baru ditayangkan di Channel Suria Singapura. Perlahan-lahan, Saya Cuba kenali Shuib Dan perwatakan awak. Semoga Shuib berjaya Dunia Dan akhirat. Lagu tu buat Saya teringat almarhumah. Sebak. Tak pasal-pasal pagi ni baju Saya basah dgn airmata.
@ahmadZaki-sp1ct
@ahmadZaki-sp1ct Год назад
sekali pandang...mcm muka fuad rahman muka ko bro....😅😅😅..pape pon...terbaik lakonan nye...menusuk dlm jiwa...
@Khairuddin-ie8kw
@Khairuddin-ie8kw Год назад
Shoeb bohong...kate takde kelakor kelakor...pakai selipor salah memula dah kelakor dah...😂😂😂 Terbaik korang...ending sampai...lagu tu memang berhantu...cam kate kak uji..dahsyat giler...🥰🥰🥰
@fendyabdullah6859
@fendyabdullah6859 Год назад
Tahniah suria .... drama pendek yg berjaya menyentuh jiwa , ... KALIAN SEMEMANGNYA LAYAK UNTUK KEKAL MENJADI RADIO NO 1 DI HATI KAMI BUAT SELAMANYA.
@Kakashi_Hiro
@Kakashi_Hiro Год назад
Kalau 20 tahun dulu tiap kali nk raya Iklan Raya Petronas dan TNB yg selalu ternanti2 tayang dkt TV.. Sbb berkualiti n sangat menyentuh hati... Tapi kini tidak lagi.... Sejak 2-3 tahun ni, Antara iklan Raya yg di tunggu salah 1 confirm Drama Raya Pendek dari penyampai Suria... Mmg terbaik n mantoppp
@ekazulaikha
@ekazulaikha Год назад
Saya sebagai oku penglihatan bangga ada drama pendek mcm ni, terima kasih SURIA❤.
@Zainsings
@Zainsings Год назад
Saya peminat Suria FM sejak zaman sekolah lagi. Dulu selalu tertanya2 kenapa Suria FM tak pernah jadi radio nombor satu di Malaysia. Lagu2 yang dimainkan best2 merangkumi pelbagai zaman, DJ2 yang best dan top. Tetapi hari ni baru saya sedar, tagline ‘Suria, radio nombor 1 di hati anda’ sangatlah sesuai dan cocok untuk Suria FM. Sebab2 macam ini lah. Drama raya Suria setiap tahun tak pernah mengecewakan. Sentiasa menyentuh hati para penonton. Mungkin Suria bukan radio nombor 1 untuk semua orang, mungkin juga bukan yang paling popular. Tetapi Suria sentiasa no 1 di hati kami. Kalau Suria dah jadi radio no 1 di Malaysia nanti, kekalkan tagline yang sama ye. Kerana Suria sentiasa di hati kami. 😊
@RelaxingSounds-nr5gs
@RelaxingSounds-nr5gs Год назад
Mcm mne awk tgok
@dhoddishgreen2638
@dhoddishgreen2638 Год назад
Suria ni ade peminat dia. Yang minat lagu baru2 pun ada.. mcm kite minat lagu2 pertengahan (peredaran masa). Biasalah tu... ape2 pun memang best SURIA FM.
@lynnyahya6883
@lynnyahya6883 Год назад
Tiap tahun mmg ternanti2 drama raya suria. Rasa x lengkap raya klu takde drama suria ni..terbaik team suriafm👍
@cutie_pie9925
@cutie_pie9925 Год назад
Saoqop❤y😊
@angelinajiwa2945
@angelinajiwa2945 Год назад
Kenapa eh semua drama raya Suria best².mula² bg kita ketawa lepas tu duka😭 Airmata turun macam hujan😢 TAHNIAH! semua. Memang terbaik. Sama macam tahun² sebelumnya. Memang tak pernah tak tengok drama raya Suria. Good job🎉
@bungakhayra7231
@bungakhayra7231 Год назад
Terima kasih SuriaFm. Terjentik hati ini. 😭😭😭 Lakonan dj2 kesayangan semua hebat hebat! Semoga kekal menjadi radio no. Syatuuuu! 😭
@nurhasilaabdulwahab3206
@nurhasilaabdulwahab3206 Год назад
Ouh ni ke 😂😂😂😂😂😂😂
@azamyahya4343
@azamyahya4343 Год назад
Allahhuakbar...walaupon citer singkat tp dia punya feel sgt2 tersentuh...xperlu artis2 yg hebat tp pembawaan citer tu da cukup buatkan air mata aku mengalir kuar...dgn lagunya perghhhh syahdu betul...TERBAIK SURIA
@renyaimalaya
@renyaimalaya Год назад
Suria fm dah wajib keluar prodak raya. Memang ramai yang tunggu. Tak kisah,lagu,drama pendek waima iklan sekalipun. Dan setiap prodak raya suria juga,wajib selit naim hashim. Kalau takde naim,macam taklengkap. Macam biasa,suria selalu mantap!
@musalmahmusalmah1635
@musalmahmusalmah1635 Год назад
😢😮😮🎉
@musalmahmusalmah1635
@musalmahmusalmah1635 Год назад
😢😮😮🎉🎉🎉
@mansornain5703
@mansornain5703 Год назад
Babak 10 minit terakhir benar2 meruntun kalbu Dan merinding air mata. Tahniah suib Dan uji Rashid yg memberikan lakunan yg mantap
@amdandan9328
@amdandan9328 Год назад
Terlerai rindu tgok lagenda uji Rashid berlakon, juga dj2 suria...syahdu dgn Lagu Evergreen digarap dgn Baik...tahniah suria..
@ainshafiqahchannel9055
@ainshafiqahchannel9055 Год назад
Mengalir air mata, tak sangka drama pendek mampu menyentuh hati2 penonton. Tahniah buat SURIA FM ❤ penyampai2 suria mmg berbakat. Penuh dengan pengajaran. Love sgt ! Suria no 1
@arestifai
@arestifai Год назад
Shuib n Ajak mmg terbaik. Bukan sekadar pelawak, korang dah up to another level. Boleh buat naskah serious lepas ni.
@umrao1530
@umrao1530 Год назад
Akhirnya dpt tengok kak uji Rashid berlakon Lagi.
@qasehkensington2391
@qasehkensington2391 Год назад
Syabas & tahniah warga Suria. Drama yang sgt memyentuh jiwa sehingga tanpa sedar saya menangis. Semoga Suria akan terus berkarya dalam memupuk nilai2 murni kepada masyarakat...
@zainigani3867
@zainigani3867 Год назад
Allahuakbar.... Patutlah Khir asyik buat perkara² pelik, SBB dia dah tau yg dia akan buta ..... By the way... Congratulations walaupun drama ni pendek... Tapi pengisian padu, penuh pengajaran buat kita semua.... Part last, bila Rara menitiskan air mata tu.... Automatik rasa nak ngis juga ..
@naharibo
@naharibo Год назад
Malam 23 Ramadhan, air mata jantanku mengalir. Tahniah Suria. Tahniah Yayasan Maghfirah. Semoga semua saudaraku yang diuji, moga Allah berkati dan permudahkan jalan kalian. Amin❤
@linakearney6183
@linakearney6183 Год назад
Assalamualaikum Wtb, watching from Melbourne. Ib ko memang pandai berlakon dik. Ya Allah sedih nye hati tengok lakonan semua Penyampai Radio Suria. Sis pendengar setia dari Melbourne. Setiap Pagi, sampai malam dengar radio Suria. I muskil Kenapa Suria jadi no 4. Best kot. Lagi best dari ERA and Sinar. Sinar Lagi merapu2 Semoga Allah berikan kita semua hidayah dan iktibar dari jalan cerita ni. I must you guys did such a wonderful job, Selamat menyambut Lebaran to each of especially Kakak Uji Rashid. ❤
@BobsenAldari
@BobsenAldari Год назад
Sebak betul tengok drama mcm ni… tak pasal2 auto mengalir airmata.. 🥲😭🥲 Shuib berjaya bawa watak utama… semua team suria berjaya bawa watak masing2 walaupun sekejap. Patutnya olah lagi drama ni jadi telefilem. Sekejap sgt 37 minit tu… paling salute watak Ustaz… betul2 nampak tenang dan natural lakonan dan penjiwaannya.
@muhammadafzanmustaqimbinmo6565
Tahniah suria fm..anda berjaya membuat saya mengalir air mata tanpa sedar...dan terbukti lakonan uji Rashid masih mantain dan padu...rindu tgk lakonan uji rashid❤
@suarimi590
@suarimi590 Год назад
WOW menakjubkan sekali Lagenda terbilang UJI RASHID kembali ❤❤❤ Semoga diberi kesihatan yang bagus dan rezeki yang melimpah Aamiin ya Rabbal Alamin dipermudahkan segala nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤
@souldghost
@souldghost Год назад
Tengok ada Uji Rashid terus klik. Rindu nak tengok lakonan beliau. Semoga lepas ni ramai lagi akan ambil beliau berlakon. Zaman 70an dan 80an, drama Hari Raya terbitan RTM memang sentiasa di tunggu. Jalan cerita best dan barisan pelakon yang legend. Rindu zaman tu😥
@hamidah7727
@hamidah7727 Год назад
Kan...minat sgt ngan uji Rashid 😍
@hamidah7727
@hamidah7727 Год назад
Ada lagu uji Rashid masa dia berlakon buta dulu..
@mohdtajudin9334
@mohdtajudin9334 Год назад
Tengah2 malam mata masuk habuk,😢😢..terbaik SURIA FM,Tiap2 Tahun nantikan drama pendek Dari SURIA..😢😢..,Banyak isi pengajaran..😭😭😭
@cikman4950
@cikman4950 Год назад
Terima kasih kerana menampilkan Uji Rashid dlm drama ni. Mmg legend la kak Uji
@muhammadhuzir570
@muhammadhuzir570 Год назад
MasyaAllah.tersentuh hati dengan drama raya Suria kali ni. Lakonan yang cukup mantap. 😢 terkesan dalam jiwa ni. Semoga kita semua menjadi insan yang tak dibutakan hati dan selalu mensyukuri nikmat yang Allah bagi pinjam.
@huzaimizamri9417
@huzaimizamri9417 Год назад
Bersyukur atas segala pemberian dr Nya. Tq suria fm. Mesej yg menyentuh hati dan benar2 memberi manfaat kpd kita semua.
@sallehderan
@sallehderan Год назад
Pengubat rindu... Kemunculan kak Uji Rashid... Terbaik suria...
@PUtrihaf
@PUtrihaf Год назад
Comel dgr kak yong ckp...smooth je.lembutje uji Rashid.sedihnya😢
@alzamfirdaus6036
@alzamfirdaus6036 Год назад
Alhamdulillah.. drama yg baik... Ada Mama Uji Rasid .. sentiasa hebat... Alhamdulillah
@ammarshazwanishak4557
@ammarshazwanishak4557 Год назад
Masya-Allah sbg pendengar setia no 1 radio suria FM tersentuh hati nurani dgn drama ini, sebak rasanya bila di penghujung cerita kena Plak dgn lagu lg sayu, smp ke ulu hati
@HelmiChannel-ls7pn
@HelmiChannel-ls7pn Год назад
Tengok sambil jual bunga api tiba² mengalir airmata jantan aku weii.. Suria Fm!! ganti balik airmata aku weii!!.. Tahniah Team Suria Fm!! Drama Raya dari dulu hingga sekarang xmenghampakan.. 👍👍👍⭐⭐⭐⭐⭐
@roslanwayudi6722
@roslanwayudi6722 Год назад
Klo airmata ada jual kat pasar boleh lah gnti tempel kat mata hang tu🤣🤣🤣🙈🙈klo dok air mata kucing pun boleh gak🤣🤣🤣🙈🙈tak sabo nk tggu rayo tibo...puaso hang pnuh tak taun ni🤣🤣🤣🙈🙈🙈
@arianadalisha9292
@arianadalisha9292 Год назад
Allahu.. tanpa sedar teresak2 menangis 😭😭 A+++ tuk semua pelakon.. suria no 1 di hati..
@hafissenin5623
@hafissenin5623 Год назад
Isteri sy sedang lalui nya sekarang,kerosakan mata tahap 4 akibat migrain kronik,sekarang berada di hospital selayang dlm rawatan membuang lebihan air di dlm otak,semoga emosi isteri sy terus kuat,kami semua tabah apq yg ujian allah berikan kepada kami..mohon doakan kami kuat,kami berdua je,tiada zuriat lg..sgt berat ujian ini😢
@azmanbinothman4862
@azmanbinothman4862 Год назад
Semoga isteri En Hafis Senin kembali sembuh serta dipermudahkan segala urusan..Aamiin
@aunita3u
@aunita3u Год назад
Ameen Ameen YRA
@ewanazzafamily
@ewanazzafamily Год назад
Amin... Semoga dipermudahkan urusan semuanya
@keithfranz4673
@keithfranz4673 Год назад
Klu pun saya tinggal in USA.. Radio Suria and other Malaysia radio alway my favorite. Suria teams congratulations with short story Raya Akhir. Alway the best. Thank your to make everyone’s happy to hear Suria Radio and Suria TV
@syanaz9936
@syanaz9936 Год назад
Terima kasih suria f.m kerana menjemput uji Rashid berlakon dan memilih lagu ini sebagai lagu tema.lagu ni MMG cukup menyentuh jiwa TK kira tua atau muda.yg pasti aura lakonan uji rasyid masih berbisa.semua DJ suria fm MMG mantap berlakon..tak sangka bakat tu ado.suria f.m MMG number One di hati saya.tahniah semua...terbaik.
@ninieshamshiatonilyas5165
@ninieshamshiatonilyas5165 Год назад
Menitis air mata dibuatnya... Tahniah semua...dan terima kasih SURIA FM...DRAMA PENDEK RAYA YG SGT SGT MEMBERI KESAN DI HATI.....
@Nazirahjaafar90
@Nazirahjaafar90 Год назад
Tahun lps Dodol Tak Bergula, tahun ni drama bru plk best nya.. 😍 tq suriaFM
@abgdinkometv1995
@abgdinkometv1995 Год назад
Allahuakbar... Sbg pendengar no 1 suria... Sy amat teruja dgn setiap naskah drama raya suria.. Mmg mendalam dan menyentuh hati... Terima kasih kerana sentiasa beri yg terbaik buat kami... SURIA NOMBORRR 1.....
@norazahbaharudin6268
@norazahbaharudin6268 Год назад
Mengalir air mata tgk😢
@reeztvchannel2620
@reeztvchannel2620 Год назад
nilai dan erti kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang yang disampaikan dalam cerita pendek suria sentiasa hadir untuk sesiapa yang menontonnya...lakonan dan mesej yang ingin disampaikan juga pasti dapat diterima dalam diri yang menonton...hargai sesiapa juga yang ada disekeliling kita dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...mantap suria
@asmaleedaud-bu1jl
@asmaleedaud-bu1jl Год назад
Masyallah 😢 Akhir kena redha semua dah ketentuan Allah SWT.Ingat Keluarga sahabat dan jiran tetangga Adalah harta yg bernilai utk kita jalani hidup ini dgn susah senang dgn mereka😢😩🥺 Sesungguhnya Allah SWT ADA sabar lah dgn iman dan takwa Insyaallah nanti dipermudahkan segala urusan mu 🤲🕋😘🥺 Aamiin Allahumma ya Allah Aamiin 🕋🤲❤️🤗💚
@imanfitroni9410
@imanfitroni9410 Год назад
Kali ke2 tgok .. first tgok kt fb, ni tgok kt utube, lagu dlm ni ada sikit mcm cinta itu nyawa by arwah sarah & shuib.
@amirhaffiz38
@amirhaffiz38 Год назад
Walaupun suria fm jatuh no 4 tp aku tetap layan suria ! Semua cukup dlm suria . Ada hiburan/agama/nasihat .
@malin.26
@malin.26 Год назад
Erh jatuh no.4?? Bkn no.1 ke
@Eykamylee96
@Eykamylee96 Год назад
YaAllah… sngt sngt tersentuhhh, cant stop crying 😭😭😭 goodjob suria FM, tiap tahun kami tertunggu tunggu drama raya
@gomosh6967
@gomosh6967 Год назад
Drama ini sungguh bagus sekali jalan ceritanya. Sungguh sedih dan menyayat hati. Saya berlinangan airmata. Penampilan khas biduanita Uji Rashid saya gembira dapat melihat beliau dikaca TV semula. Syabas drama ini sungguh bagus! Terima kasih. Dari: Singapura.
@hersyfazl9132
@hersyfazl9132 Год назад
Terbaik sangat2 10 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sangat2 menyentuh hati 🥲, terima kasih Suria FM.. Suria FM NO 1
@itasukri
@itasukri Год назад
Tahniah Team Suria FM. Bangga dengan team Digital krn idea drama pendek yang begitu menyentuh hati dan perasaan. Thanks juga kpd YM kerana menaja sepenuhnya drama ini...
@wadiekamrudin6499
@wadiekamrudin6499 Год назад
tahun 2019 saya sakit mata,jumpa doc sampai la pakar,dapat tahu kena tb mata. Alhamdullilah saya dapat sebelah mata kiri , yang kanan sampai sekarang masih tak nampak lg.,kata nya nk buat opration tp masih tak boleh buat, hurm..tersentuh juga video nie...semoga semua dikurniakan rahmat Allah.
@najmiahradiah1806
@najmiahradiah1806 Год назад
Sedih betul lagu, mak ada mak ada.... Kata uji rashid.. Betul2 mcm mak... Sedihnya ..
@fizahasnon4153
@fizahasnon4153 Год назад
Rupa-rupanya itulah penyebab kpd perubahan diri watak Akhir.. sbb penglihatan patut la mcm pelik sikap dia sblm itu... walaupun cerita ini pendek ttpi penuh dgn mesej n trus smpai kpd kami sbgi penonton...tq suria fm n yayasan Maghfirah dgn drama pendek ini moral yg disampaikan memberi kesan kpd insan yg sempurna luaran supaya igt mereka yg tdk sempurna lbh bernilai diri dalaman mereka..sentiasa beringat bl Allah nk dtgkan ujian terima dgn redha
@850312086423
@850312086423 Год назад
Terbaik shuib atas penghayatan yang teramat baik dan terima kasih Suria FM atas product Raya anda🎉🎉🎉
@KudeinKhairudin-fu6yj
@KudeinKhairudin-fu6yj Год назад
Tak sadar jatuh air mata ini, sebak dn menyentuh perasaan sungguh, meruntun jiwa. Syabas warga Suria.
@smookeycrew9680
@smookeycrew9680 Год назад
sketsa suria fm,,setiap tahun pasti puas hati,, tersurat n tersirat crita ni,,apa jua rintangan harus kita tempuhi,, krana d ujung jln pasti ada sinar nya....yg penting sabar meharunginya,,,walau berada d mana pun....tq kak lin n the geng❤😊
@smookeycrew9680
@smookeycrew9680 Год назад
pendengar setia suria,,n penonton setia online suria n penonton sketsa sketsa raya suria....semoga ramadhan tahun ni n tahun akn dtg memberi berkah buat kita semua..insyallah,tabarkallah alhamdulillah....tq kak lin n crew,,teruskn bjuang kalian hinga top1 radio gegar....😊❤😊
@EddieSharip-kx1ic
@EddieSharip-kx1ic Год назад
Dh 2kali tgk, 2kali juga mengalir air mata tgk cite ni.. 😢😢 Terbaik penghayatan watak semua penyampai Suria.. Betul2 tersentuh dgn jalan cerita dan pengakhiran cerita..
@knoraini7718
@knoraini7718 Год назад
Menitis airmata tanpa sedar.terima kasih Suria satu drama yg penuh dgn pengajaran buat dihayati kita semua.
@jasseeshan1616
@jasseeshan1616 Год назад
Rindu betul nk tengok kak uji rashid berlakon...terubat rindu...
@Mia_Aleeya
@Mia_Aleeya Год назад
Xsangka semua DJ berlakon sgt hebat, menjiwai watak, tak kekok, ckp lancar especially DJ Lin.. Drama yg terbaik sgt2.. Tahniahhhh Suria FM,tahniahhh dj2 suria yg serba boleh.. Suria sentiasa no1 dihati saya❤
@irmanalias8165
@irmanalias8165 Год назад
Alhamdulillah..tahniah suria fm...drama yang menyentuh jiwa...lagenda biduanita uji rashid memang terbaik
@zauyahahmad
@zauyahahmad Год назад
Alhamdulillah, tahniah Suria sebb hidangkan drama pendek yang menyentuh perasaan sehingga x sedar airmata mengalir, lakonan semua mmg superb..semua bawa watak dengan baik sekali, x kekok..kak lin mmg lawak santai ya ...terbaik...tahniah tahniah tahniah 👍🫰🏼
@faizafaizal6475
@faizafaizal6475 Год назад
Tahniah Suria FM...drama yg menyentuh jiwa,dan Tahniah juga ke pada Yayasan Maghfirah...tak sedar mengalir airmata tonton drama ni.😭😭😭
@ainulailin9068
@ainulailin9068 Год назад
Thank you all Suria DJs. Impactful drama for me. 😊
@nurafiqah3389
@nurafiqah3389 Год назад
Allahuakbar..x dpt nk tahan airmata..terlalu sedihh!! Tahniah suria FM diatas drama yg hebat ini..
@nurulazan6908
@nurulazan6908 Год назад
Mengalir air mata saya.. karya yang sangat menyentuh perasaan. Nikmat Allah yang mana lagi ingin kita dustakan.. Tahniah buat SURIA & Team dalam penghasilan karya ini...
@syazwaniderani5841
@syazwaniderani5841 Год назад
😢suria fm buat drama xpnh mngecewekan... tbaik sgt.. alhamdulillah.. timekasih suria fm... utk drama yg best.. mgalir air mata😢
@drshahizaahmadzainuddin9656
Tahniah team Suria. Terima kasih Yayasan Maghfirah. Simple drama tapi sangat memberi makna. Jatuh juga air mata ini. Hebat dj Suria. Serba boleh.
@hairiayie6567
@hairiayie6567 Год назад
Baru kesempatan nk tgk allah sedihnya.byk sgt msj untuk die smpai bljr ikhlas dan bersyukur dgn apa yg kite ade. Salam lebaran semua.
@atikahdraman
@atikahdraman Год назад
Suria terbaik..sgt best..semua watak menjadi..tahniah korang...suria no 1!!!!!!
@dzalilarazali3796
@dzalilarazali3796 Год назад
bru dpt layan drama raya suria..mula2 lucu tp dh akhir2 crita sedih la plak...aduh...sy ni dh la cpat nangis...ap pun suria best no 1 syatuuuu....trbaik...
@mieycunmathusin3730
@mieycunmathusin3730 Год назад
Satu drama pendek yg mnyntuh hati. Mesej yg nak disampaikan ckup baik di laksanakan oleh team suria. Aku doakan di 10 hari akhir ramadhan ni agar suria berjya mnjadi Stesen radio no 1 MALAYSIA. AAMIIN
@sheeraanuar2490
@sheeraanuar2490 Год назад
Berjurai air mata kuuu. Iklan raya pertama yang buat air mata mengalir tahun ni. Allahu. Terasa sebaknya.
@saifulnizam9116
@saifulnizam9116 Год назад
Saya menangis… lakonan makin mantap dan matang. Jalan cerita buat sy sebak, tahniah team SURIA FM👍
@ruhinafs2779
@ruhinafs2779 Год назад
Allah.. Kita hidup sebentar.. utk cari ilmu.. utk berbuat baik sebaik akhlak peribadi guru kita Rasulullah SAW yg Allah utus.. utk kenal kembali kpd Allah SWT Tuhan dan Pencipta Kita yg telah kita aku janji dan pernah hidup bersama sebelum hadir ke dunia ini... dan Allah sentiasa bersama kita sejak kita diciptakan dan x pernah terpisah dari pemerhatian dan lindungan DIA.. Ya Allah.. kerna Dia Yg Maha Penyayang Maha Mengasihani.. Kita yg alpa.. dengan keseronokan dunia.. atau mencemuh kesusahan dunia yg dihadapi.. alpa untuk benar2 mendengar bicara Allah dalam Solat dalam setiap perkara.. Justeru, kita perlu pulang kekampung akhirat.. dengan bekalan kebaikan hidup didunia untuk kehidupan akhir abadi.. bukan dengan tangan kosong. kerna di sana ada Ibu & Ayah kita.. ada Guru kita.. ada para Nabi dan Rasul kita.. ada para Solihin Solehah.. ada para Mukminin Mukminat.. ada para Muqarrabin.. ada para Malaikah dan semua makhluk Allah.. untuk menyambut kita bersama berjumpa semula dengan Pencipta kita Robbul Jalali wal Ikramm.. Janganlah kita pulang dengan buta x kenal siapa.. InsyaAllah.
@adieynickey1276
@adieynickey1276 Год назад
Allahuakhbar😢.. tersntuh jiwa dgn semua lakonan.. amt terkesan.. tnpa sedar mngalir airmata😢😢.. tahniah buat semua DJ² Suria Fm❤
@arilslayer6903
@arilslayer6903 Год назад
Mmg padu la cita ni..di luar kotak pemikiran.. "walaupun kita ada segala²nya,,blm tentu segala²nya ada pada kita".. mendalam maksud ayat ni..
@yayinsomtam1888
@yayinsomtam1888 Год назад
tahniah suria,hasilkan drama yang terbaik,buat ramaii yang mengalir airmata 😢
@atoknaga666
@atoknaga666 Год назад
uish masuk habuk dok mata aku....jalan cerita mmg menarik dan menghayat hati....aku betul2 suka dan IN dkt aku
@ezzanieyahya7734
@ezzanieyahya7734 Год назад
Yes Uji Rashid Oh Nama mu terukir dihati. The best!
@april2138
@april2138 Год назад
Sedihnya..menonton sampai menitis air mata..semoga Ramadhan kali ini kita semua diberikan maghfirah oleh Allah s.w.t..amin ya-rabbal alamin..
@shahrullizamhalidi5913
@shahrullizamhalidi5913 Год назад
Terbaik Dan tahniah. Yayasan Magfirah dn team suria FM.. Drama yg sangat menyentuh perasaan Dan ada pengisian cerita yg menarik.. Teruskn usaha murni support Yayasan Magfirah.. Suria FM tetap no 1
@Juan-cq6qw
@Juan-cq6qw Год назад
tahun ni 2023 memang bangga kagum ak sepanjang siang tdi dok lalu iklan raya saja.. ini iklan bnyak pengajaran..tdi layan gamuda land iklan raya mesej hijau hijau.. yg ni suria plk smua best2 pngajaran dpt tu...
@izzatsafwanAHalim
@izzatsafwanAHalim Год назад
MasyaAllah sangat menyentuh hati sanubari. Terima kasih warga SURIA.
@TripleA4048
@TripleA4048 Год назад
TERIMA KASIH SINAR & YM. Anda semua telah membantu saya untuk memberi idea bagaimana saya ingin menyelesaikan dugaan ya g sedang menimpa saya. ALHAMDULILLAH ALLAH berikan jalan dalam pelbagai bentuk. Semiga semua diberikan keimanan dan diberikan keberkatan dalam kehidupan.
@nurulfaraliyana5619
@nurulfaraliyana5619 Год назад
alhamdulilah malam ni berkesempatan nak tengok , dah berapa hari ni dok dengar je dekat radio .. good job semua dj , love you all ❤️
@qainiadira8624
@qainiadira8624 Год назад
Betul² tersentuh hati Dan menangis 😢dibuat nya bila kita tengok cerita pendek Dari Suria FM❤..terus kan cerita² yg penuh manfaat untuk kami semua😊.Suria FM tetap dihati no 1.
@sitimariam528
@sitimariam528 Год назад
Drama suria memang bole buat semua menangis...drama raya memang selalu best2..terbaik suria❤
@mohdzaidi3472
@mohdzaidi3472 Год назад
terbaik... semoga yang melihat drma ini dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran yang teramat bernilai utk kehidupan seharian kita sampai keakhir hayat kita insyaallah
@heryantisaharudin1880
@heryantisaharudin1880 Год назад
Buat penyampai radio suria Cite ni terbaikkkk Byk isi disebalik cite yg singkat Penuh makna Redha dengan setiap ujian, ketentuan yg allah berikan Dari cite ni buatkan saya lebih kuat utk terus didik anak2 yg bermasalah penglihatan mengaji dan bljr ilmu agama
@hariszulainiishak4114
@hariszulainiishak4114 Год назад
Allahuakbar....hanya yg merasai erti KEHILANGAN jaa yg mengerti betapa perit perassan itu...lg perit bila org yg kita syg ada depan mata tp dia x kenal kita😓..tq suria
@MarziannaAna-qd6jk
@MarziannaAna-qd6jk Год назад
Terbaik la semua...meleleh air mate ni....tersentuh sampai ke kalbu...Allah...drama terbaik utk tahun ni dari Suria Fm...good job guys...selamat hari raya
@roshasnitarusli1883
@roshasnitarusli1883 Год назад
MASYAALLAH.. ALLAHUAKBAR, MENYENTUH HATI DAN PERASAAN SAYA.. MENGALIR AIRMATA, SEBAK RASANYA..TIBA2 TERINGATKAN ARWAH AYAH SAYA.. SEMOGA KITA SAMA2 DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH TAALA
@aezzazmi4613
@aezzazmi4613 Год назад
Teringat kata² Shuib. Dia mencari siapa Akhir. He did a great job! Congrats suria fm. Tengok kak rara nangis part last, i is cannot. 😢
@rosmahidayumahasan4617
@rosmahidayumahasan4617 Год назад
Ya Allah.. sedih sgt2😭 kisah benar sama mcm kwn sekolah saya. Kami enjoy main di sekolah rendah. Tiba2 mase darjah 6 dia dh buta penuh. Kami masih pg beraya ke rumah dia, main depan rumah dia. Kami tahu dia rindu kwn2. Kalau tidak, mesti dia duduk di rumah sahaja. Tu kami pg rumah dia main di situ bagi di hilang sunyi. Ya Allah rahmatilah, lindungilah sahabat kami itu. Sesungguhnya kami rindu bergelak ketawa spt dahulu kala. Namun skrg semua sudah mempunyai keluarga sndri.kami pn dh lama xdgr berita psl dia. Last jmpe mase dia berkahwin. Semoga Allah lindungi dan berkati kita semua. Good job team Suria FM. Lps ni boleh buat pjg lg.. setengah jam punye cerita pn dah berjurai air mata😭😭😭😭 Terima kasih atas kisah yg menyentuh hati ini. Pengajarannya, hargailah selagi kita ada sesuatu nikmat itu❤️
@hijaukertas9969
@hijaukertas9969 Год назад
ANALISIS IOLS : JALAN CERITA : TAHUN NI SURIA CUBA BERMAIN DENGAN ALUR CERITA YANG LEBIH BERAT DAN MENDALAM DENGAN MELEDAKKAN EMOSI PENONTON. KALAU TAHUN LEPAS TEMANYA LBH KEPADA KEKELUARGAAN. TP TAHUN NI LEBIH KEPADA MENCARI DIRI DAN TUHAN. PENGARAHNYA CUKUP BIJAK MERANGKAIKAN SATU PERSATU PERTANYAAN KPD PENONTON APA SEBENARNYA YG TERJADI KEPADA AKHIR TANPA PENONTON SEDARI RUPANYA SETIAP HENTIAN ADA BAYANGAN DAN GAMBARAN APA YANG DIRASAKAN OLEH AKHIR. TAHNIAH SURIA SEMAKIN BERANI DAN KEHADAPAN DALAM MENGHASILAKAN DRAMA RAYA. (MARKAH 85.28%) LAKONAN : -WATAK UTAMA AKHIR DITERAJUI OLEH SHUIB BERJAYA DITERJEMAHKAN DENGAN CUKUP BAIK SEKALI. KREDIBILITI LAKONAN SHUIB KALI INI DIUJI DENGAN NASKHAH YG CUKUP BERAT. NAMUN SHUIB BERJAYA MEMBAWAKANNYA DENGAN CEMERLANG. WALAUPUN WATAK AKHIR SANGAT BERAT TP SHUIB MAMPU MENYUNTIK SEDIKIT ELEMEN HUMOR SUPAYA NAMPAK BEBERAPA LAPISAN WARNA KARAKTERNYA. (MARKAH : 85.28%) -NAMUN KECEMERLANGAN INI TURUT DIBANTU DENGAN SOKONGAN DARI WATAK2 LAIN YG DIBAWAKAN OLEH PENYAMPAI2 SURIA FM. -SECARA RINGKASNYA MASING2 SUDAH SELESA DENGAN KAMERA DAN CONTOHNYA AJAK, TIDAK MENCUBA UNTUK OVERSHADOW WATAK UTAMA. (MARKAH : 75.36%) -DJ LIN SEMAKIN YAKIN DENGAN DIALOG2 SPONTANNYA. (MARKAH : 72.92%) -KAK RARA KALI NI LEBIH LEMBUT DAN TENANG KARAKTERNYA NAMUM SEMPAT MENGELUARKAN DIALOG YANG DEEP. (MARKAH : 60.22%) -SURAYA BORHAN SEPERTI BIASA SELESA DGN WATAK2 GADIS NAKALNYA. (62.92%) -MANAKALA TYZO SEDIKIT LARI DR KEBIASAAN WATAKNYA MENJADI BIAWAK HIDUP. (58.47%)😢 -NAMUN KALI NI WATAK CIK PIAH KURANG MEMBERI IMPAK. WALAU DR SEGI COSTUMENYA SANGAT LARI DARI KEBIASAAN TP RASANYA WATAK IFFAH BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI. (42.48%) -SEMENTARA ANNA JUFREY & NAIM SEKADAR PENYERI. (MARKAH : 38.45%) -DAN OF COZ KEMUNCULAN LEGEND UJI RASHID SEDIKIT MENAMBAH CAIRKAN EMOSI PENONTON. CUMA KEMUNCULANNYA TIDAK DIUTILIZE SEPENUHNYA. DIALOG PUN X BANYAK SANGAT. (49.03%) USTAZ & PELAYAN RESTORAN, MEREKA CUBA MENJADI DIRI SENDIRI. (40.28%) LAGU : PEMILIHAN LAGU LAMA COVER VERSION YG CUKUP MENARIK UTK KALI INI. WALAUPUN BUKAN SEBUAH LAGU RAYA TP KENA DENGAN APA YG DISAMPAIKAN. NYANYIAN PENYAMPAI SURIA DLM VERSI TERSENDIRI TERUTAMA VOCAL SHUIB & CIK PIAH SANGAT BAIK. (MARKAH : 82.46%) KESIMPULANNYA : TAHNIAH SURIA, TERUSLAH MENGHASILKAN KARYA2 SEBEGINI YG LEBIH BAIK SELEPAS INI. DRAMA RAYA SURIA MERUPAKAN ANTARA YANG DITUNGGU2 PENDENGAR SETIA SABAN TAHUN. AKHIR KATA SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023.
@nadiasarah3110
@nadiasarah3110 Год назад
Aduhhh akhir ohh akhir… kau buat aku tersedu menangis pukul 1.46am ni akhir oiiiiiiii….. semoga kita semua yg sedang melawan sakit akan terus kuat dan diberikan kesembuhan keajaiban dr Allah subhanawata’ala…. Semoga kun fayakun lah hendaknya Allahuakhbar 😭
@azreeghazali8563
@azreeghazali8563 Год назад
Allahurabbi..mengalir airmata ni,tahniah semua pelakon merangkap dj2 suria fm..tahun ni da masuk 13tahun sy dgr SURIA FM..terbaik👍👍👍
@FARIDAHARAHIM
@FARIDAHARAHIM Год назад
Segala kejadian, ada ujian disebaliknya.Ujian untuk kita semua menikmatinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan .Kekuatan diri yang memberikan kita kesedaran erti Kehidupan yang sebenar, dengan izin Allah swt....Alhamdullilah, dengan segala nikmat yang ada....aamiin
@eiyashaa4006
@eiyashaa4006 Год назад
Sejak team suria ada buat drama. Tak pernah lagi miss out. Setiap tahun follow
@AzwanAziz-tr5nr
@AzwanAziz-tr5nr Год назад
Syabas n tahniah atas lahir kn vedio raya akhir...sngt² menyentuh hati sy menonton...tahniah suria malaysia...harap raya tahun hadapn ad lg drama raya🥰🥰...suria tetap di hati❤️
@refanalmasbinhilmanmardi5057
Segala-galanya Ada,Tidak Bermakna Ada Segala-galanya. Terbaik Mutiara Kata
@wanazimaazah9398
@wanazimaazah9398 Год назад
Adoiii....banjir.... Awat sedih sangat...auto ayaq mata keluaq tanpa sedaq....duk tahan xmau bagi keluaq...keluaq jugak .... Semua bawa watak dgn baik...
Далее
Drama Raya SURIA 2022 I Dodol Tak Bergula
33:26
Просмотров 2,2 млн
КТО БОИТСЯ КЛОУНОВ?? #shorts
00:20
Просмотров 485 тыс.
Cool Parenting Gadget Against Mosquitos! 🦟👶
00:21
How many can you smash?🍫 IB : Florin
00:19
Просмотров 3 млн
Ro Bin Hud | Short Film Raya 2024 | TVS Entertainment
28:34
Filem Pendek Raya PROTON x Little Joe 2024 | SyurgaKu
21:51
Sembang Jarak Jauh (Episod 1)
21:27
Просмотров 565 тыс.
Iklan Raya Suria 2021 | Warung Konah
10:02
Просмотров 609 тыс.
LULUH | THE CHINGU RAYA 2024
25:48
Просмотров 1 млн
Drama Raya Suria 2024 | Suami Raya
1:00:44
Просмотров 865 тыс.
Masa Ayah ( Iklan Raya Aidilfitri 2023 )
10:49
Просмотров 134 тыс.
КТО БОИТСЯ КЛОУНОВ?? #shorts
00:20
Просмотров 485 тыс.