Тёмный

DURIAN BELANDA - Pindah tanam pokok durian belanda dari polybag ke tanah 

Afiqameer Share And #Short
Подписаться 1,2 тыс.
Просмотров 1,7 тыс.
50% 1

Salam sejahtera..
Banyak Manfaat Bila Anda Suka Makan Durian Belanda, Ia Bagus Untuk Penjagaan Buah Pinggang!
Apa Itu Durian Belanda?
Pokok durian belanda adalah merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika, Caribbean dan Afrika. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika era penjajahan Barat. Buah yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri. Ia telah ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman.
Di Indonesia, buah ini dikenali sebagai Sirsak. Durian belanda yang berbentuk seakan seperti mangga dengan duri bersama kulit berwarna hijau adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan tropika, yang turut dikenali sebagai graviola di Amerika Latin dan custard apple. Buah ini boleh membesar sehingga saiz 12 inci panjang dan 6 inci lebar dengan berat beberapa kilogram.
Buah ini dikatakan berasal dari kumpulan Annona muricata. Ia mempunyai gen yang sama seperti cherimoya dan dari keluarga buah Annonaceae. Keunikan buah ini bukan sahaja pada bentuknya, tetapi ia turut digambarkan sebagai buah yang unik berikutan rasanya yang dikatakan adalah dari gabungan buah strawberi dan epal bersama rasa masam-masam manis, yang berlawanan sekali dengan teksturnya yang berkrim.
Antara kelebihan yang dimiliki oleh buah durian belanda ini termasuk mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Apakah manfaat kesihatan durian belanda ini? Ia dikatakan sebagai ubat alternatif bagi rawatan kanser, adakah dakwaan ini benar? Teruskan membaca artikel ini.
Nutrisi Durian Belanda
Durian belanda biasanya dimakan secara mentah dengan memotong buahnya kepada separuh dan ‘mencedok’ isinya. Buah ini adalah rendah kalori tetapi tinggi dalam beberapa nutrien seperti serat dan vitamin C. Satu hidangan buah ini seberat 100 gram mengandungi:
Kalori - 66 kcal
Karbohidrat - 16.84 g
Gula -13.54 g
Serat - 3.3 g
Lemak - 0.3 g
Protein - 1 g
Thiamine (vit. B1) - 0.07 mg
Riboflavin (vitamin B2) - 0.05 mg
Niacin (vit. B3) 0.9 mg
Asid Pantothenik - 0.253 mg
Vitamin B6 - 0.059 mg
Folat - 14 μg
Choline - 7.6 mg
Vitamin C - 20.6 mg
Kalsium - 14 mg
Zat besi - 0.6 mg
Magnesium - 21 mg
Fosforus - 27 mg
Kalium - 278 mg
Natrium - 14 mg
Zink - 0.1 mg
Manfaat Kesihatan Durian Belanda
Setiap bahagian durian belanda didapati mempunyai kelebihan tersendiri. Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala kencing manis.
Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda sekiranya dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.
Kulit pokok durian belanda dipercayai dapat membantu pesakit jantung, masalah batuk dan mungkin mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.
Selain itu, jus buah durian belanda kini banyak dijual dalam bentuk tin dan kotak. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah biasa bagi kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit-birit.
Apa manfaat lain buah unik ini?
1. Tinggi antioksidan
2. Melawan bakteria
3. Mengurangkan keradangan
4. Menstabilkan gula dalam darah
5. Meningkatkan kesihatan mata
6. Penjagaan kesihatan buah pinggang dan hati
7. Tingkatkan kesihatan gastrousus
8. Bantu sistem imun
9. Merawat demam
------
Durian Belanda Merawat Kanser, Mitos atau Fakta?
Buah yang turut dikenali sebagai guanabana dan Brazilian paw paw ini turut digunakan oleh pengamal ubatan herba untuk merawat sakit perut, demam, jangkitan parasit, dan hipertensi.
Walaupun kebanyakan kajian yang dilakukan adalah terhad kepada kajian dalam tabung uji, beberapa kajian yang dilakukan mendapati bahawa buah durian berpotensi membantu menghilangkan sel-sel kanser.
Kesan Sampingan Durian Belanda
1. Keradangan mata
2. Wanita hamil dan menyusukan bayi
3. Penurunan berat badan drastik
#DurianBelanda #BuahTempatan

Опубликовано:

 

6 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 2   
@JomMasak
@JomMasak 3 года назад
Bagus tanam pokok durian belanda, banyak khasiatnya ni😊👍👍👍
@DiaaTatamix
@DiaaTatamix 3 года назад
Semoga tumbuh subur pokok durian belanda ini
Далее
Сделка 😂
00:27
Просмотров 93 тыс.
Pemangkasan/Cantasan 1 tahun Durian Belanda
9:00
Просмотров 39 тыс.
Cantasan Pokok Durian Belanda
9:40
Просмотров 29 тыс.
Rutin Menjaga Pokok Durian Kecil Agar Cepat Besar
9:03