Iye bro.. Dak 16 tahun zaman skng ni mintak fon men tt mintak ysuku nga bapak atau mak... Jarang je yg boleh main gitar apatah lg nak cipta solo seumpama ni
Lagu Menggamit Memory ketika aku bertukar unit tempat bertugas dari Lumut Perak Ke WP Labuan....Perpindahan dalam keadaan luka yg dalam di dalam hati...bertepatan dengan kata kata akhir lagu ini Ke Arah Tujuan Cinta Abadi Iaitu Cinta Kepada Yang Esa....
@@norlily695 Cinta Kepada Allah SWT Yang Esa lebih baik daripada yang lain... Kemudiannya Luka yang dalam Terubat dengan Wanita Yang ditakdirkan Allah SWT Yang Esa Sebagai Isteri Saya... Syukur TQ Allahu Akbar....
satu ketika rahmat meninggalkan ekamatra..terlalu sedih..ekamatra seolah2 tiada ekamatra yg sebenar..hanya rahmat mampu mmbuat ekamtra yg terpower..kenangan 90an
Tengah drive bersembang lepas tu excident..tu maksud Lirik..lepas arwah pergi kekasih Terus tinggalkn impian dan tinggalkn. Duniawi mencari Cinta abadi..Cinta Allah
rashid, pacai, nurul ngan shahrul...masih budak-budak... bawah 18 tahun... tue yang rahmat keluar... lagi pun, dia tak duduk serumah ngan budak-budak nie time duk kl... rahmat rasa dia berbeza ngan budak-budak tue... tak leh masuk line... rashid ngan pacai...jenis kepala masuk air... nurul ngan shahrul jenis pendiam+pemalu dan suka duk sorang-sorang bikin eksperimen... sedang rahmat suka buat ramai... berkumpul dan fokus+serius....
Kalau PKP dan kes covid dah agak reda sikit, mohon la RTM undang kumpulan Ekamatra buat konsert dalam Konsert Minggu Ini.. Semua anggota asal.. Confirm ramai yang akan tunggu dan tonton..
Untuk pengetahuan anda semua , dari saringan sampai ke separuh akhir AJL .. Semua penyanyi atau kumpulan hanya miming sahaja . Di final baru betul live konsert .. Dulu modal besor yop nak buat konsert live . Maka nak jimat pihak produksi hanya buat miming sahaja . Sampai tahun 1997 rasanya .. Lepas pada tu semua ORIGINAL LIVE
Dalam perjalan ini Menuju destinasi Berbagai lebuhraya dilalui Perjalananku terhenti Di lebuhraya ini Terpandang pusara diam menyepi Terbayanglah kisah lalu Bila kau disampingku Bagaikan temasya dalam hidupku Kini cinta tiada lagi Berkubur dalam sepi Dan pusara ini menjadi bukti Betapa aku lemah di sini Melihat cinta ini pergi Di sini bermula bicara Terpedaya Dan bicara itu membunuhnya Kini engkau tiada lagi Yang tinggal hanya mimpi Dan cintaku yang telah bersemadi Ku teruskan perjalanan Ku tinggalkan impian Ke arah tujuan cinta abadi Betapa aku lemah di sini Melihat cinta ini pergi Di sini bermula bicara Terpedaya Dan bicara itu membunuhnya Kini engkau tiada lagi Yang tinggal hanya mimpi Dan cintaku yang telah bersemadi Ku teruskan perjalanan Ku tinggalkan impian Ke arah tujuan cinta abadi Ke arah tujuan cinta abadi