Sikap yang buruk punca orang Melayu gagal bersaing dengan masyarakat Cina, terutama dalam bidang ekonomi di negara ini, kata perdana menteri.
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad orang Melayu memiliki kemampuan dari segi daya kepintaran dan sepatutnya boleh mencabar bangsa lain - termasuk Cina - untuk berjaya.
Dalam temu bual eksklusif dengan Dr Mahathir pada Khamis lalu anggota parlimen Langkawi tersebut berkata orang Melayu sehingga kini masih gagal menonjol dalam bidang sepatutnya walaupun mendapat pelbagai keistimewaan daripada kerajaan.
8 сен 2018