Tak faham bang. Ecu takde keluarkan bunyi special. Kecuali main timing kuda etc. saya tak buat timing apa2. Dalam video saya kalau std tu mmg std. Kalau ada ECU mmg cakap ada ECU.
Senang kata 3 kali tukar engine oil baru sekali kena tukar gearbox oil. Kalau ikut 3000km ni kena sentiasa check oil level. Lebih baik tukar 2000-2500km sekali
Engine mounting PU tak wajib tapi kalau ori mudah pecah kena tukar. Lebih baik focus absorber dulu sebab engine mounting tu bertindak selepas ada movements. Kalau dah set diam dia jarang rosak
Pada saya kalau kita setakat buat mangkuk sahaja *speed tegak lebih kurang* je. Max pun 120-125kmh insya Allah boleh cecah bongkok udang sikit. Tapi *kalau kita tunduk atau turun bukit atau follow angin kawan2 baru dia boleh pergi lagi*. 130-135 depends. Cuma saya hanya buatkan untuk orang yg FAHAM hal ni je. Kita tak tambah power. Hanya macam alih ratio cvt/gear/macam tukar sprocket je. Setting kita cari yang paling sesuai nanti. Saya jenis tak janji 1xx kmh walaupun boleh je dapat turun bukit/angin kawan/rider kurus. (Buat benda lain pulak) Cuma tukar mangkuk, roller dan spring ni *confirm sedap dari standard kilang.* Kalau set baru rm240/set sekali kipas. Lock nut bagi free. Spring Daytona 1500rpm rm55. Roller rm10x6pcs, upah pasang dan cuci rm45. Kalau regrease pulley belakang +rm10. Kalau Pos rm10 semenanjung Malaysia. Millage belt sekarang atas 5000 km elok tukar belt sekali sebab risau angle pulley dah tak sama dengan yang baru nanti. Siap borak2 free… 🤣
Sebenarnya handle kita akan ada gegaran dalam bentuk getaran/frequency. Kalau ada pemberat kita akan rasa kurang getaran tu. Terutama pada rider yang selalu kebas tangan, elok cuba pakai bar end weight/pemberat ni.-Azwan
Pesanan “jangan membazir” dalam video tu 🤣 tapi kalau rasa tak boleh tunggu dan bahaya tukar je bang. Pirelli sedap. Murah sikit Maxxis Victra tapi size std la
Pulley std umpama gear ada 4 je. Buat la apa pun, roller apa pun dia sampai situ je. Pulley modi ni umpama gear 5. Bila dah ada gear 5 kita set bagi dia masuk gear satu2. Takleh set macam std.