Sedih episod kali ni.... Masa mh17 tu, saya dgn cc opis tgh lepak kat tangga hotel cititel kuala lumpur.... Mmg terkejut dan x percaya, sedih sgt.... Semoga allah rahmati roh mereka dan d tempatkan bersama org2 yg beriman....
Bila dengar balik cerita abang zarul pasal mh17 dengan mh370, terus rasa nk nangis. Lagi² dengan music background tu 🤧🤧... Every year, setiap 18 mac dengan 17 julai, set reminder dekat kalender, utk ingat kapal² tu.... Al-fatihah... 😖
suami kepada kawan baik ai ade dalam mh370 time dapat tahu news tu kat opis terus buat bacaan yassin 😭 time mhi17 pulak jatuh pada birthday ai & my mom so setiap kali besday lepas tu sampai skrg mesti teringat n sedekah al fatihah utk semua mangsa😭
Sampai sekarang jauh disdut hari sy masih bhrp mh370 dijumpai , hanya Allah mengetahui kemana hilangnya. Sakit merindui mereka yg tidak ada dpn mata dan tidak berjasad 😢
MH 17 ni kan, sedih bila ingat.. saya masih ingat, masa tu stay lewat mlm tu dgn mak.. kebetulan buat kerja smbil dengaq radio tau.. tiba2 lagu tu stop tau, saya rsa x sedap hati.. time tu jugak la radio melaporkan berita mngenai mh 17.. dan esoknya beli surat khabar memang menangis bila baca..
Betul ayah sy cite bnde sama masa dia kt LA. Even guard kt hotel tak bagi ayah sy jalan2 sesuka hati kt LA. Siap ajar naik bas nk ke mana yang selamat.
time terima berita MH370 & MH17 tu kt MABA sugul sangat rasa... crew2 buat recency terasa hiba termasuk semua instructor.time nk conduct training pun susah nk focus :'(
2003 saya berada di LA sendirian selama 3 hari dan itu first time pergi US. Pernah la pergi Downtown dari hotel (Century Blvd). Dengar saja kawan sebut Union Station, so dlm van sebut saja bila ditanya. Dah sampai tak tahu nak ke mana. Feeling lost. Masa tu mana ada waze google map bagai. Just jalan mundar mandir jumpalah park di mana homeless people dok gather. Masa tu juga terfikir macam mana la nak balik semula ke hotel sb rasa jauh juga. Nampak bas ada tulis Compton dan teringat kawan sebut ada station pengantara di situ. Bila sampai tengok ada tren untuk ke airport. Lega rasanya. Naik tren ke airport dari tren station ada shuttle ke airport. Dah sampai airport rasa syukur sangat sebab dari situ call saja shuttle hotel untuk pickup FOC. Lepas tu hari-hari pergi lepak kat Venice Beach dan Santa Monica Beach sb ada shuttle dari hotel ke beach. Masa berita MH370 hilang saya pun berada bersama bloggers di MATIC untuk event #SBB2014 . Masa tu (sampai sekarang hehehe) kita masih tidak kenal mengenali. .
Saye keje shift mlm masa MH17 & hotel di Putrajaya tmpt saya berkerja sekali lagi menjadi ‘meeting point’ slps MH370. Saya sibuk menguruskan bilik2 utk waris2 MH17 tinggal & menjelang awal pagi, waris2 mula dtg. Siang nya kawasan hotel di cordoned off & saya hanya pulang sekitar 2 ptg. Waktu tu semua sebak & sedih..x sangka benda ni jadi..saya stayback utk tolong shift pagi handle arrival waris & tlg urusan c/in..al fatihah🤲🏻
Sebak dngr abg Zarul cite. Sepupu suami is one of the cabin crew MH17 yg terkorban Sheikh Mohd Nor Sheikh Mahmud. Kami terima berita ketika kami tengah lepak di kedai slps terawih. Kami terkesima mcm tak percaya. Wife arwah (ex-stewardess) pun baru sje meninggal dunia bbrp bulan lepas akibat kanser. Sedih sgtt...
Ada nada mcm nak sebak. Ya mmg sedih mengenang rakan2 yg dah tiada. Ironinya dua2 flight adalah boeing 777. macam ada badi pula. Al-Fatihah kepada semua mangsa.
Masih teringat arwah IFS Ghaffar ada berikan saya surah yassin kalo tak silap masa tu anak arwah baru meninggal sbb kanser..jumpa arwah kat luar surau international arrival hall klia
Assalamualaikum abang Zamrul. Sedih sebak sangat. Saya menangis walaupun ini video yg ke 2 about MH370 & MH17 yg abang buat. Tapi abang steady ajerr..kita yg nonton ni, airmata mcm gerimis mengundang. Tapi saya rasa, Allah saja yg faham perasaan abang.
Aku ni dok kampung, kerja ladang kelapa sawit.. tp xtau kenape aku boleh layan semua video² kau bro, rasa seronok pulak dengar cerita pengalaman orang. Rasa macam aku ade dkat situasi tu bile dengar semua cerita kau bro 😂
Part tenung tu klakar sey ...knape tak ckp i was mesmerised by your beauty madam .....gurau je Semoga roh2 mereka yg terkorban ditempatkan di Shurga Firdaus Aamiinx3
Smoga aruah2 shbat mas..yg tkorban ditempatkan bersama 2 hambaNYA yg beriman aamin....semua ketentuan ALLAH SWT.. sesungguhnya ALLAH SWT maha AGONG lagi maha kuasa.....
Episod 4 bestt dengar dan excited, masuk episod 5, part MH370& MH17, sedihh sgt, masa MH17 tu sy tgok nightline kat tv3, on the spot bukak twitter cari news.. Sedihh giler,, One daY MAS akan bangun balik 🥰🥰.. Bestt vlog bang,, Next video 👍🏻
Masa MH370, perasaan sy masa tu sedih bercampur mengharap. Setiap hari mendoakan agar klua berita kapal dh ditemui. Tp bila muncul MH17, hanya Allah yg tahu hancurnya hati sy masa tu. Lg terkejut bila dpt tau junior sekolah sy, arwah Mastura antara yg terlibat. 2014 mmg thn plg sedih. Sy sbg rakyat Malaysia xkn maafkn perbuatan mereka.
Akhirnya termakbul juga nak dengar cerita pasal MH370 Dan MH17 tu dari abg zahrul sendiri..be strong abg zahrul..kite doakan mereka semua dlm lindungan Allah swt
MH370 memang menjadi kenangan juga sebab seorg.passenger kenalan bekas kwn pejabat. Pergi lepas pencen ke China nak membeli-belah. Seorg.yg.ceria,dan ramah. Suka berlawak. Alfatihah.
Masa mh370 hilang tu sy kat penang. Tengah jalan2 dalam shipping complex ter tengok berita dalam kedai jual tv. Terkejut wey.. Al Fatihah untuk semua penumpang mh370 n mh17...
Tkasih Zarul berkongsi rasa atas dua tragedi yg sgt menyayat hati yg kita semua akan kenang sampai bila2... sedih sayu duka mengiringi MH370 MH17... moga anak2 kapal MAS yg terlibat kan tenang di sana... Al Fatihah... MAS ttp di❤
Sedih episod kali ni. Kebetulan pada thn 2014 saya dan suami first time pergi ke Paris bln sept thn yg sama. Ingat lagi MAS keluarkan notis boleh extend or refund bagi passengers yg berniat disebabkan incident MH17 dan MH370. Fikir2 balik dgn husband xpa kami just proceed tawakal jer. Saya masih ingat lagi masa dlm flight kami buka route map di screen bleh nmpk tempat nama Kiev di mana tmpt MH17 ditembak jatuh.Berbaur rasa sedih campur excited nk travel ke tmpt baru. Semoga Allah merahmati mereka yg terkorban dlm mencari rezeki. Al fatihah.
🙏 Al~Fatihah kepada Semua Cabin Crew & Passengers of MAS Flight MH370 & MH17 & AirAsia Flight QZ8501 of Year~2014 ... Semoga Good God Blessed Them to a Better World & Realm! 🌍🇲🇾
Memang sedih, 2 tragedi dalam masa terdekat. Time MH370, saya baru siap menyapu laman, masuk rumah, baring sambil scroll FB tetiba adik angkat up status pesawat MAS hilang. Terus duduk, mata melilau, hati berdebar2 cari nama FO adik saya, Alhamdulillah tak de nama tu sbb dlm 2, 3 hari dia buat status flight ke China. Yang MH17, saya mengalirkan airmata bila adik nak fly, dia sempat snap pic ketibaan jenazah di KLIA & whatsapp ke saya. Allahuakhbar sedihnya. Alfatihah kepada mereka yang pergi mendahului kita.
Festaim sampai LAX Januari 1993. Mula2 landing kat airport mmg jetlag giler. Pastu ternampak muka2 kat situ rata2 mcm muka melayu. Ingat salah airport ke. Kot2 terlanding dekat filipina/honolulu. Rupa2nya muka2 hispanic. Fuhhh....mmg nangis jap la sbb masa tu ada saya ngan kawan sorang yg naik flight yg sama. Mmg panik giler time tu. Siap mintak info counter suh buat paging sbb takut tertinggal dgn grup students yg sama2 naik flight dari KUL airport. Tak lama lepas tu kami disapa oleh pegawai MSD yg tgh tunggu kat depan entrance. Time tu mmg rasa lega yakmat. Terus naik shuttle bus ke motel utk stay overnite sbb transit flight ke STL esok pagi. Pengalaman yg tak dilupakan smpi skrg.
Kalau in America ,jangan,jangan,never, never use the word Ni***r ,and jangan stare at anyone.its very very offensive.Kalau di New York dah kena pukol.I have been living in New York dah lama.,Downtown LA banyak homeless drug addicts ,Black ,Hispanic(Latin ) Mat salah banyak juga so its not safe to visit.Hari siang (day time)tak apa apa. Anyway ,each time i am watching your vlog ,i jadi homesick.
Sampai sekarang masih tertanya2 kenapa boleh jadi macam ni teruk sekali dugaan sebuah syarikat penerbangan yang boleh dikira sebagai yang paling selamat di dunia.. Kadang2 fikir siapa yang paling banyak dapat manfaat akibat 2 tragedi ni, dan apa motif nya!?
Kdg2 fikir balik mcm kebetulan pulak, tahun 2014 banyak sgt peristiwa2 yg terjadi sering muncul angka '7'..Cuba tengok balik tahun 2014.. Masa Mh370 hilang saya form 5 lgi masa tu skrg dh abis skolah dh bejanggut masih jgak xjumpa2 mh370
sama...tgh sahur..tiber dewan mkn asrama bukak tv subuh tu...i was like.."dh jmpa ke Mh370?" rupanya another one went down. And terus aku moody 1 hari tu. bkn apa, shocked. Arwah Fs Mastura tu yg aku ingat coz she once served me bfore. Bila gmbr dia kluar, aku rasa mcm familiar. Igt2 balik, lha rupanya arwah tu lha yg bgi kacang byk2 wktu flight aku sebb aku travel alone wktu tu.
M370, suatu misteri yg belum terungkap. Semoga dapat ditemukan. Kasina ahli2 keluarga mereka tanpa kejelasan yg jelas dimanakah mereka berada. Apabila berlaku konspirasi, semoga Allah membalas perbuatan orang2 yg terlibat.
Sbb 2-3 hari TV/Radio asyik cerita pasal MH370, anak umur 6 tahun pernah tanya, "Ayah, MH370 tu sesat ke?". Terus saya jawab "Ya, sesat (dengan harapan lepas tu balik semula)".
Krew mh370 tak berapa perasan. Krew mh17 saya selalu jumpa. Mcm arwah kak ina n kak mastura. Arwah kak ina selalu buat kerja kt galley 2. Pantas kak ina buat kerja.. #excleaner
Bukan 18 mac bang. 8Mac , masa tu saya bersalin ..setiap kali birthdah anak saya, saya akan teringat peristiwa tu. Datuk Seri Hisamuddin masa tu Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengangkutan..
Kejadian MH17 tu terjadi kebetulan jatuh pada hari jadi adik arwah abg md nor…mlm tu tgh gelak² dok lempar tepung kt adik arwah..tibe² dpt cll pasal kejadian…adik arwah yg no 3,nangis² x tau nk bg tau kt mak arwah mcm mana cara…arwah abg md nor penah janji dgn adik dia yg bongsu janji nk bwk jln² tempat org…tp x sempat…alfatihah utk semua mangsa
Selepas sebulan kes MH17 saya ada buat rawatan akupuntur dgn salah seorang ibu kepada arwah pramugari MH17.ibunya sempat bercerita pengalaman anaknya sebelum terjadi kejadian tersebut.paling sedey anak arwah laa 😥.masih kecik kan.
Tragedy MH370 tu mmg mengejutkan,lebih² pulak dlm senarai nama cabin crew tu,salah seorg tu ada nama bapa kawan sy..sedih...mmg sedih, sampai sekarang ni diorg harapkan keajaiban..tp kita sebagai org islam wajib percaya pd qada' dan qadar tuhan..serahkan segalanya pada Allah swt..suatu masa nnt,InsyaAllah pasti akan terungkai segala persoalan..Al-fatihah..
Masa kedua2 berita tu keluar,saya dekat tempat kerja.masa tu tengah break kut..lepas tu berita tu keluar..saya tersentak,alamak..betul ke..ya Allah..sebak terus menangis time tu juga..sebab saya hotelier..secara tak langsung perkara tu 'hit' saya teruk juga impact dia..sebab hotelier pun lebih kurang la bang,semua multitask..sedih sgt masa tu....anyway,selalu tunggu videi dari abg..sebab minat travel..😊rindu london n amsterdam
Pak Su sy orang lama steward MAS.da lebih 20tahun...nama dia Azmi Hussein..masa mh370 Sy risau pak Su dalam tu..mujur dia bgtau tak bertugas flight tu..
bila en zarul cerita pasal LA, mengimbau juga kenangan saya masa turun d LAX 2015 yg lalu .. menginap satu malam kat Marriot Anahem.. sebelum berlepas ke Las Vegas... Malam tu buat memandai naik bas ke Disneyland.. last bas balik jam 10 tapi tertinggal bas.. terpaksa menapak balik .. main hentam jer takder map takder arah.. sesat lama gak .. berdua dgn isteri .. last2 ada teksi berenti .. rupanya member dari hotel datang cari .. sbb kami takder kat hotel dan gagal dihubungi .. huhu
fuhh scary gak dengar tu, mcm saya pengalaman dengan isteri kat Buenos Aires plak pegi masuk area 'hitam' dengan selamba bawak brg berharga ie camera beg mahal2 ..org kat hotel tepuk dahi dengar saya cerita pasal tu, u r so lucky kata dia..alih2 lepas tu esoknya hp saya kena copek