Saya nak tanya cara mengatasi serai yang dah tumbuh besar tapi tak lama serai tu jadi busuk tengah dia. Serangga atau penyakit ye yg menyebabkan serai rosak di bahagian tengah?
Saya bantu. Kalau tanam ditanah utk tujuan komersial , jarakkan lbih sikit supaya yg tengah terdedah pd pandangan mata dah matahari Kalau tanam dlm pasu kena jarakkan juga tetapi bila nak guna, ambil ikut pusingan dan sesekali ambil yg tengah yg biasanya tertinggal kerana kedudukkan supaya tidak busuk. Kalau utk guna utk kegunaan rumah begitu juga tetapi tanam 2 barisan berbaris beratur.Kalau nak ambil ,ikut barisan barisan. Sebelum tanam, celup dgn campuranBAVISTIN selama 10 minit Wallahualam.
Assalamualaikum... Salam merdeka!!! Thorbaik Pak Long... Belah² KL ni serai mahai pak long... Separuh kebun Pak long buat tanam serai ok tu, 6Bulan sekali boleh menuai...serai paha ayam Kut yg besaq² tu...
Serai yang besar2 ni di tempat saya di panggil SERAI PEHA AYAN..kata orang x berapa sedap dalam masakan..tapi saya guna serai ini dalam masa yang lamaaa..masakan rasa sedap je
Menyimak Abah untuk fidio anda ,kita juga menanam sere untuk faritas gajah,atau sere besar,salam petani organi dari Jawa timur Indonesia.Selanat bertani sere dan sukses .
Saya bertanya kepada pekerja Projek Tanaman Pisang Montel do SPU, dikeliling kawasan projek ditanam pokok serai wangi untuk tujuan menghindar / meminimumkan babi dan erok menceroboh kawasan projek. Semoga perkongsian ini bermanafaat.
Terbaik p.long... merdeka merdeka merdeka.. saya ada tanam juga serai dlm pasu. Saya tanam cara potong pendek..yg atas buat masak, yg bawah tanam..alhamdulillah jadi dan penuh sudah dalam pasu... 🤭. 💪 Semangat p.long.
Klau serai ni namanya serai paha ayam. Serai ni nmpk cantik tp daripada segi rasa dn baunya kurang sikit drpd serai kampong biasa. Rasanya pahit sikit. Mereka yg mengusahakan serai keseluruhannya menanam serai yg biasa tu sahaja. Serai ni ditanam berkonsepkn 3T..Tanam Tinggal Tuai. 3 bulan dh cukup matang utk dituai. Kalau x dituai batang2 serai ini akan pupus dn akan tumbuh tunas2 baru.