Тёмный

Fadzli Far East feat. Maliq Suhaimi - Carilah Aku Di Neraka (Official Music Video) 

Inteam Digital
Подписаться 839 тыс.
Просмотров 947 тыс.
50% 1

Subscribe goo.gl/DqxOhB
Carilah Aku Di Neraka
Fadzli Far East feat. Maliq Suhaimi
Gurindam Entertainment
#carilahakudineraka #CADN
LIRIK:
Merenung gugurnya dedaunan masa
Ayuh kita singkap tabir makna
Mentafsir dengan bijaksana
Kematian yang pasti tiba
Semakin merapati kita
Apabila tiba di pintu kedua
Jangan tawarkan ku sendu dan air mata
Apa yang ku perlu di saat itu
Bisikan syahadah di telingaku
Wahai kawan carilah ku di neraka
Andai nanti tidak kau temui
Aku di syurga
Katakan pada-Nya
Kita selalu bersama
Bersolat juga puasa di dunia
Malu untukku ungkitkan kepadamu
Sezarah jasaku untukmu di dunia dulu
Di saat engkau khabarkan kepada ku
Engkau lelah dengan mehnah duniamu
Di luar tahu mu
Kau jadi antara doaku
Agar kau memiliki kebahagiaan itu
Andai tak di dunia
Ada bahagiamu di syurga
Dengan asbab jasaku itu
Kau carilah aku
Wahai kawan carilah ku di neraka
Andai nanti tidak kau temui
Aku di syurga
Katakan pada-Nya
Kita juga selalu bersama
Bersolat juga puasa di dunia
Usahalah bertemu Rasulullah
Pohonlah syafaat darinya
Sampaikan salam rinduku
Pada baginda
Lagu : Fadzli Fareast & Shukri Sahari
Lirik : Ito Lara & Hazalinda Harun
Digital distribution by Inteam Records Sdn. Bhd.
Ⓟ & © 2019 GURINDAM ENTERTAINMENT | All Right Reserved.

Видеоклипы

Опубликовано:

 

21 май 2019

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 581   
@InteamDigital
@InteamDigital 4 года назад
Dengarkan lagu Carilah Aku Di Neraka di platform muzik digital berikut: Apple Music - apple.co/2Oebxfo Spotify - spoti.fi/37ynlkn Deezer - bit.ly/2KNVRh2 KKBox - kkbox.fm/NNUTYR Tidal - bit.ly/34l2JtK
@ikmaleyq3765
@ikmaleyq3765 4 года назад
Knape tkde dekat joox music?
@sharifahzarinaofficial8710
@sharifahzarinaofficial8710 4 года назад
Saya terlalu minat lagu ni. Syabas kerana menghasilkan karya yg sangat bermakna
@dianaridwan4274
@dianaridwan4274 3 года назад
0
@NabawiSaad
@NabawiSaad 3 года назад
bos, celcom CMT xdak ka?
@ustadgauloficial7300
@ustadgauloficial7300 3 года назад
Semoga exis selalu dengan nada 2 yg menyejukkan hati.. buat inteam
@matubai8550
@matubai8550 5 лет назад
“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…” Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”. (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd) Allahu 😭..
@Arnamee
@Arnamee 5 лет назад
Izinkan saya coy dan pastenya di blog ya?
@matubai8550
@matubai8550 5 лет назад
Anem Arnamee silakan
@Arnamee
@Arnamee 5 лет назад
@@matubai8550 Terima kasih saudara. :)
@nurshahirahghazali6718
@nurshahirahghazali6718 5 лет назад
Izinkan saya share di insta 😊
@matubai8550
@matubai8550 5 лет назад
nur shahirah ghazali silakan
@UNIC2002
@UNIC2002 5 лет назад
Sebuah karya yang sangat baik.. feel yang sungguh mendalam menyerap masuk ke dalam jiwa.. lirik yang hebat meninggalkan kesan kepada yang mendengarnya.. indah sungguh lagu ini.. 👍👍👍
@bahtiarzainal4468
@bahtiarzainal4468 5 лет назад
seronok tengok kumpulan nasyid semua ada lagu baru hijjaz devotees fareast mestica Raihan SAYA TUNNGGU LaGU unic inteam mirwana Nowseeheart rabbani dan yang lain lain selamat maju jaya untuk kumpulan nasyid tanah air yang tercinta.
@maliqsuhaimiofficial9811
@maliqsuhaimiofficial9811 5 лет назад
😍😍😍😍
@bahtiarzainal4468
@bahtiarzainal4468 5 лет назад
@HajimeThe Terima kasih ❤❤❤
@mamarigen3119
@mamarigen3119 5 лет назад
Ingin sekali hidup nan tentram dunia n akhirat
@sarbinisyazali9516
@sarbinisyazali9516 4 года назад
@@maliqsuhaimiofficial9811 ada lagu baru x syeikh 😊
@yunkenatikamaaacousins8323
@yunkenatikamaaacousins8323 5 лет назад
Teringat akan kata kata Ustaz Wadi Annuar dalam satu kuliah maghribnya.. Perbanyakkanlah sahabat sahabat yg soleh, solehah kerana mereka juga boleh memberi syafaat untuk kita di akhirat.. Andai kita mereka tak temui di syurga mereka akan meminta kepada Allah s.w.t utk ampunkan dosa kita dan keluarkan kita dari neraka menuju ke Syurga yang abadi.
@muhammadsyarifuddinghazali7564
Kata Imam Hassan Al-Basri RH, "Perbanyakanlah berteman dengan orang-orang yang beriman kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat". (T_T)
@mohdsafahuddin8647
@mohdsafahuddin8647 4 года назад
Teringat sahabat lama yg pergi pada Jun 2015. Masa awal2 kematian kerap bermimpi jumpa dia. Ada satu mimpi rasanya tahun lepas yg sgt meninggalkan kesan, mimpi jumpa di satu taman,kosong putih sja. mula2 rasa takut sbb igt lagi dia dh mati, tapi rasa kasih tu lebih, nk pergi peluk tapi mcm ada dinding yg menghalang. Lepastu igt lagi ckp dgn dia kejap,last ayat janji kawan smpai syurga, dia senyum iyakan ja, x cakap apa pun. Masa tu pkul 4 pagi. Harap mimpi benar. Doakan arwah sahabat saya Afiq Alias selalu dlm rahmat Allah.😔dia budk baik. meninggal khamis sminggu sebelum puasa.
@natashaamira6554
@natashaamira6554 5 лет назад
‎إن لم تجدوني بينكم في الجنة ،فاسألوا عني ‌‏If you don’t find me in Jannah, then ask about me
@TheBayie
@TheBayie 5 лет назад
Insyaallah
@bubudabsh8020
@bubudabsh8020 4 года назад
In sha Allah..
@harishybrid
@harishybrid 5 лет назад
Kebetulan seorang sahabat saya telah mngadap ilahi ari ni di bulan yg mulia ini.. Lagu ni btoi2 mnyentuh hati.. Al fatihah utk beliau 😢😢😢
@nurafiqah900126
@nurafiqah900126 5 лет назад
Teringat juge masa bulan Ramadhan, seorang pelajar kuis meninggal dunia dalam keadaan yg penuh rahmat dalam bulan Ramadhan selepas solat tarawikh. Dia membersihkan masjid tiba2 terkena renjatan elektrik, xsilap sewaktu dia membersihkan sawang2. Dalam masjid, bulan ramadhan, selepas tarawikh, dan mungkin juga dalam keadaan berwudhuk. Kematian yang sangat dicemburui.
@adamkhaleefeilyas2600
@adamkhaleefeilyas2600 5 лет назад
"Usahalah bertemu Rasulullah, Pohonlah syafaat darinya, Sampaikan salam rinduku pada Baginda..." touching :'(
@chezubaidahmohamedrazhi8831
@chezubaidahmohamedrazhi8831 6 месяцев назад
5:07
@tomirimayoga
@tomirimayoga 5 лет назад
yang nangis 😭 mendengarkan lagu ini siapa saja? wahai Sahabatku, meski hanya jumpa di comment, carilah nama aku di neraka 😭😭😭
@luhgedewindaasthitadewi4053
@luhgedewindaasthitadewi4053 4 года назад
Sama2 kak tomy
@aditiyabcdexyz
@aditiyabcdexyz 3 года назад
Dengar ceramah di awalnya aja aku nangis :((((
@ellsiidii
@ellsiidii 5 лет назад
xdapat nk simpan lagi rasa diri hina.. dan kotor dgn dosa. Moga asbab ada kawan2 yg baik.. pimpin aku ke arah kebaikan
@nurezureen6440
@nurezureen6440 5 лет назад
berubah , ada masa lagi ni . ingat , الله ada 😊
@muhammadhabibullahhusni7655
@muhammadhabibullahhusni7655 5 лет назад
air apa yang boleh menghapuskan api neraka? lalu mereka menjawap air mata taubat.. smoga kita smua di dlm naungan syurga Allah
@nadyainara7448
@nadyainara7448 5 лет назад
Aamiin ya Allah ya Mujib
@asyraf89asyraf79
@asyraf89asyraf79 4 года назад
Aamiin Ya ALLAH Ya Rabbal alamiin..😢
@naneesaid4850
@naneesaid4850 3 года назад
Insaf 😢
@amzar3680
@amzar3680 3 года назад
Amin yarabbal alamin
@ibnuabdulqadeer2597
@ibnuabdulqadeer2597 5 лет назад
Lagu nasyid ini memang terbaik. Kenapa lagu ni susah sangat nak masuk carta atau trending? Please kawan-kawan viralkan lagu yang amat bererti ini.
@vivov3max769
@vivov3max769 5 лет назад
Mengalir air mataku. Amat mengesankan
@ibnuabdulqadeer2597
@ibnuabdulqadeer2597 5 лет назад
VivoV3 Max Setuju
@CikguCqin
@CikguCqin 4 года назад
Ya...setuju
@cikgu_nurul8795
@cikgu_nurul8795 4 года назад
yg x sokong tu sbb x mendalami makna sebenarnya lagu ni
@nurliyanaabdulhalim8490
@nurliyanaabdulhalim8490 4 года назад
Alhamdulillah sudah masuk carta ikim fm minggu lps dpt tmpt kelima, klu nak dengar di frekuensi 91.5 untk lembah klang
@ustazahazimah9690
@ustazahazimah9690 3 года назад
Saya tak pernah jemu dengar lagu ini.. walau setiap hari... Allahu.. menusuk jiwa...penuh makna... ya Allah.. rahmati kami semua. Yang pasti .. ianya dibawa dengan penuh penghayatan..
@mohamadmuda4893
@mohamadmuda4893 7 месяцев назад
Trm Ksh Allah Aamiin 🤲🤲
@muhtar4960
@muhtar4960 5 лет назад
Lagu ini sangat menyentuh .. Maknanya sangat dalam Terima kasih telah membuat saya meneteskan air mata😭😭 Selain itu suara penyanyinya sangat merdu ... SALAM SERUMPUN DARI INDONESIA saudara MALAYSIA ku Lagu religi malaysia mmg tak pernah mengecewakan ...
@azmelazali2478
@azmelazali2478 5 лет назад
Betapa sayangnya Allah kepada kita :')
@ridmich
@ridmich 4 года назад
Kasih sayangnya yg maha luas..
@rabanisafiei1334
@rabanisafiei1334 5 лет назад
Ya Allah..Kurniakan kami sahabat yang membuatkan kami ingat dan kembali kapadaMu... sahabat dunia akhirat bersama melangkah kaki menuju jannah yg abadi..😢
@ciksiti1226
@ciksiti1226 5 лет назад
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 😭😭
@mohamadfitribasri9300
@mohamadfitribasri9300 5 лет назад
KEMBARA cAHAγA well said
@frizdan
@frizdan 5 лет назад
Lagu bermula pada minit 2:50 Merenung gugurnya dedaunan masa Ayuh kita singkap tabir makna Mentafsir dengan bijaksana Kematian yang pasti tiba Semakin merapati kita Apabila tiba di pintu kedua Jangan tawarkan ku sendu dan air mata Apa yang ku perlu di saat itu Bisikan syahadah di telingaku Wahai kawan carilah ku di neraka Andai nanti tidak kau temui Aku di syurga Katakan pada-Nya Kita selalu bersama Bersolat juga puasa di dunia Malu untukku ungkitkan kepadamu Sezarah jasaku untukmu di dunia dulu Di saat engkau khabarkan kepadaku Engkau lelah dengan mehnah duniamu Di luar tahu mu Kau jadi antara doaku Agar kau memiliki kebahagiaan itu Andai tak di dunia Ada bahagiamu di syurga Dengan asbab jasaku itu Kau carilah aku Wahai kawan carilah ku di neraka Andai nanti tidak kau temui Aku di syurga Katakan pada-Nya Kita juga selalu bersama Bersolat juga puasa di dunia Usahalah bertemu Rasulullah Pohonlah syafaat darinya Sampaikan salam rinduku Pada baginda Lagu : Fadzli Fareast & Shukri Sahari Lirik : Ito Lara & Hazalinda Harun
@pokmat4949
@pokmat4949 5 лет назад
Wah syeikh frizdan terbaik ya sidi. 👍👍👍👍
@hadyothman8579
@hadyothman8579 5 лет назад
Frizdan Fizarahman 👍🏻👍🏻👍🏻
@hasnolfitri1999
@hasnolfitri1999 5 лет назад
Terbaik liriknya indah alunan lagunya..sangat menyentuh hati...air mata pasti berguguran tiap kali cuba melagukan bait2 lagu ini....tahniah
@muhammadiktiar6119
@muhammadiktiar6119 5 лет назад
Mehnah tu maksud dia apa ye?
@syazwanaafira2074
@syazwanaafira2074 5 лет назад
@@muhammadiktiar6119 ujian
@shairimanbadzri
@shairimanbadzri 5 лет назад
Tahniah Fadzli.... Allahu... 💚💚💚💚💚. Carilah aku di neraka andai kau tidak temui aku disyurga nanti.... Sesunggguhnya lirik yang sangat deep. Sangat dalam. Melodi yang hebat. Nyanyian yang sungguh ada rasa.
@FaridzuanJamaludin
@FaridzuanJamaludin 5 лет назад
Yaa Allah.. sangat menusuk qalbu..(Carilah Aku di Neraka) dari Raja Suhaimi dan Ahmad Fadzli Bakar lagu yang sangat menyentuh jiwa.. Jgn lupa sokong Nasyid kita komen like dan share😊👍 semoga anda semua yang komen like dan share di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di sihatkan tubuh badan, dilindungi Allah Taala serta selamat di dunia dan akhirat insyaAllah Amiin..
@aiyshaharshid3277
@aiyshaharshid3277 11 месяцев назад
Aamiin
@ghafursahara9767
@ghafursahara9767 5 лет назад
Memng best betul lagu ni siap da tazkirah.. sy bagi 100 bintang
@namridus81man24
@namridus81man24 3 года назад
sy bg 1000 bintang
@hakimiazhari
@hakimiazhari 5 лет назад
Sbb tu penting cari sahabat yg baik dan soleh bukan setakat di dunia tpi selama-lamanya hubungan ini berkekalan....
@ridmich
@ridmich 4 года назад
Betul tu Hakimi🤪🤪👍
@aaa_0000
@aaa_0000 3 года назад
Ya. Kalau sahabat kita tu kurang baik. Kita ajak dia buat juga. Doakan dia. Sama-sama baiki diri.
@brofandyibrah
@brofandyibrah 3 года назад
Jom kita bersahabat...
@nasaei8432
@nasaei8432 3 года назад
Betul tu. Setuju
@sitinorain6255
@sitinorain6255 3 года назад
Btul tu
@shaifulizamjamaludin3696
@shaifulizamjamaludin3696 5 лет назад
Bro Fadzli Fareast punya lenggok mmg menusuk... Maliq Suhaimi punya high note mmg tak boleh disangkal lagi... terkadang ada iras suara Arwah Ustaz Asri Ibrahim. Tahniah!
@MrMasterark
@MrMasterark 5 лет назад
setuju...👍
@icamvios
@icamvios 5 лет назад
Shaifulizam btl tu setuju sgt
@khairunissakuzaiman9998
@khairunissakuzaiman9998 5 лет назад
Betul tuh..saya pertama Kali dgr nasyid arehna ya Bilal dkt kedahfm..saya ingat kumpulan rabbani Yang nyanyi..sbb suara maliq suhaimi memg ada iras2 suara arwah ustaz asri..
@bubudabsh8020
@bubudabsh8020 4 года назад
💯 setuju
@romadli3348
@romadli3348 3 года назад
Betol
@noanordin1995
@noanordin1995 Месяц назад
Bait2 lirik lagu ini membuat air mata ku bercucuran😭, indahnya penuh pengertian dalam peringatan. Teringat sahabat sejatiku semoga diri mu di rahmati dan di cintai Allah, Semoga kita bertemu di Surga Firdaus, Aminn. Syabas Fadzli Far East feat. Maliq Suhaimi
@Khairul_Izzuan
@Khairul_Izzuan 5 лет назад
sinambungan daripada lagu MENANTI DI ALAM BARZAKH
@asrahjohan2616
@asrahjohan2616 5 лет назад
Untuk kali yg keberapa dh ulang 😭😭
@safirahj
@safirahj 5 лет назад
Good job guys! Lagunya kemas. Suara ust fadzli yang lembut berselang seli suara 'keras' ust Maliq buatkan lagu ini bertambah cantik. Tahniah!
@zamwan9015
@zamwan9015 5 лет назад
Sgt deep dan menyentuh hati.... Teringat shbt shbt zaman belaja dlu Semoga mereka semua dlm lindungan rahmat Allah dan dipermudahkan urusan semuanya amin..
@jannatulaliesya5406
@jannatulaliesya5406 5 лет назад
Tolong carilah aku di neraka kelak wahai sahabat 😢😭❤️
@amanmusa3868
@amanmusa3868 5 лет назад
Tengah2 kerja tadi duk layan lagu ni. Ahhh sudah tiba2 sebak dan mengalir air mata. Allahuu.. carilah aku di sana nanti wahai sahabatku...
@shahirainul9309
@shahirainul9309 5 лет назад
Subhanallah... terbaik sifu ku Abg fadzli terbaikkk... 😭😭😭😭 syahdu sehingga PakNgahFiras menitikan air mata... 😭😭😭
@waniestartravelagency6345
@waniestartravelagency6345 5 лет назад
sedih nye Ya Allah 😭😭😭 aku nangis dgr lagi ne 😭😭😭 carilah aku dineraka jika tidak ketemuku di syurga 😭😭😭
@muhammadnurubaidillahbinab4511
Sebak.. Sedih.. Membayangkan serasa bagai di Neraka.. Inilah rintihan kita.. Allahu...
@muhammadridzuan359
@muhammadridzuan359 5 лет назад
Susunan Tazkirah sebelum lagu memang susunan video terbaik..
@syairazishoaib
@syairazishoaib 5 лет назад
Katakan pada-Nya Kita selalu bersama
@amroamrohapiz2403
@amroamrohapiz2403 5 лет назад
Terbaek geng .muzik dia sama zaman fareast...mcm menanti di barzak
@amroamrohapiz2403
@amroamrohapiz2403 5 лет назад
😂
@farihaaizaramly3718
@farihaaizaramly3718 5 лет назад
Nice.. lagu yang menyentuh jiwa, bergenang air mata teringat sahabat yang baik dan selalu membantu kita..
@munsyideenstudio3853
@munsyideenstudio3853 5 лет назад
Best amat lagu ini, insaf... alhamdulillah. Diri ini tidak sempurna tanpa teman2 yg soleh di sisi. Terima kasih buah tangan yang bermakna
@Al-Quran__media
@Al-Quran__media 5 лет назад
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة
@fareastofficial1492
@fareastofficial1492 4 года назад
Allahu... Carilah jika tidak temui kami di syurga.. Mungkin tercampaknya kami di neraka.
@nurpaliyzahidin3120
@nurpaliyzahidin3120 5 лет назад
Sape lagi nk cari kita kelak..bau syurga pn blum tentu. 😔😔 maa..ayah..adik2..abg2..kakak2..sahabat..cariku nanti di pintu neraka..jemput ku sekali ke syurga mu..cari ku nanti~ 😭😭😱
@awiesp103
@awiesp103 5 лет назад
Deep
@amirirfan623
@amirirfan623 3 года назад
😭
@aisyahsafien7080
@aisyahsafien7080 5 лет назад
semua lirik dia bawak jadi sebak. sahabat, carilah aku. jangan tinggalkan aku sendiri.
@alqadir1218
@alqadir1218 3 года назад
assalamualaikum insyaallah aamiin YA rabbal alamiin semoga diperkenankan
@bubudabsh8020
@bubudabsh8020 4 года назад
Teringat pada sahabat baik, kami berkenal ketika usia 8 tahun. Namun Allah menjemput beliau lebih awal usia 19thn.. Al-fatihah buat sahabatku Hosen Bin Hj Mustafa. 😔
@muhammadzulhairi613
@muhammadzulhairi613 5 лет назад
Lirik yang sedap...makna yang dalam,sedih dalam hati pun ada andai kata Kita masuk di syurga masukkanlah sahabat Kita ke syurga...Amin..
@khairilfaisal3910
@khairilfaisal3910 5 лет назад
Sgt menyentuh hati lirik lagu ni....menangis dibuatnya..buat sahabatku cari lah aku di neraka Jika kita tak bersama di syurga...😭😭
@muhammadirhamishak5457
@muhammadirhamishak5457 5 лет назад
Lirik lagu mmng terbaekkk.. X pernah ada sahabat lagi..
@riyadisolichin8268
@riyadisolichin8268 5 лет назад
Sedih teringat dosa2 diri ini, Semoga kelak ada sahabat yg menjemputku saat aku TDK ada di syurga. 😭😭😭
@sayidahnapisah
@sayidahnapisah 5 лет назад
sebaknya. "wahai kawan, carilah aku di neraka.. andai nanti tidak kau temui ku di syurga"
@wanja
@wanja 5 лет назад
Tahniah abg Fadzli, Ustaz Raja Suhaimi, abg Ito & Hazalinda Harun... Lagu ni memang MEREMANG... Tabik spring untuk semua...
@maliqsuhaimiofficial9811
@maliqsuhaimiofficial9811 5 лет назад
😍😍😍😍
@nurulh_984
@nurulh_984 4 года назад
Mengalir air mata ini kerana dapat menangkap erti disetiap lirik lagu ini 😭 .. Ya Allah, dengan dunia yang penuh mena ujian ini, pimpinlah hati kami ke jalanMu yang benar .. Janganlah biarkan kami tersungkur dan terus tersungkur dilembah kekufuran 😭 ... Aamiin ...
@clarkkent4125
@clarkkent4125 3 года назад
betul Pn. kena dgn lirik n muziknya... ALLAH... PM me. nanti kita jumpa di Syurga sama2... chiachiaaaa... hahaha
@sofea7328
@sofea7328 5 лет назад
😢😢carilah aku dineraka andai nanti tak kau temui aku di syurga
@faidhizikri4435
@faidhizikri4435 5 лет назад
Music video yang menyentuh jiwa😢...semoga semua sabahat aku sentiasa dirahmati dan dilindungi serta sihat selalu...semoga kita semua bertemu disyurga nanti...Aaminn 🤲🏻
@herawati8750
@herawati8750 3 года назад
Allahu akbar.... 😭😭
@afiffaisal4934
@afiffaisal4934 5 лет назад
Senikata yg cukup menyentuh hati dan tampa sedar air mata mengalir terkenagkan Sahabat ku... #CarilahAkuDiNeraka
@shinigamitvofficial6731
@shinigamitvofficial6731 5 лет назад
Ya Allah.. Murahkan rezeki kami.. Kurniakan rezeki buat kami utk Mati dlm husnul khatimah.. Amin
@muhammadhanisshaari5341
@muhammadhanisshaari5341 5 лет назад
Hari ni baru saya tahu yg Ustaz Raja Suhaimi dari Kump.Diwani.. Pembawaannya sama dgn yg ada dlm Diwani@ Genre nasyid Nadamurni.. Suara Vokalisnya Ustaz Hasnul pun best.. Moga 1 masa nnti dpt dgr Abg Fadzli feat dgn Vokalis Diwani dlm sebarang single
@nurraudatuljannah2593
@nurraudatuljannah2593 4 года назад
Moga kita smua ditempatkan bersama orang yang beriman...Amien..
@natt7547
@natt7547 5 лет назад
bersolatlah di dunia agar dapat bekalan di akhirat kelak marilah kite bersama sama menegakkan syariat islam
@zzulakmal
@zzulakmal 3 года назад
Pentingnya mencari sosok tubuh yang bernama sahabat... Semoga Allah memberi kepada kita sahabat yang baik di dunia dan diakhirat... Agar dijauhi dari sifat khianat sama ada dari dalam diri kita sendiri dan orang yang berada disekeliling...
@azamuddinashraf8380
@azamuddinashraf8380 4 года назад
Alhamdulillah.
@RAKANKULIAH
@RAKANKULIAH 5 лет назад
Allahu akbar.....semoga kita peroleh asbab kebaikan dgn memdapat sahabat2 yang boleh membawa kita ke syurga kelak....maka jgn kita sesekali melepaskan sahabat2 kita ini....mungkin sahabat2 ini dapat membawa kita ke syurga allah s.w.t....allahu akbar
@mohdzulkifliabdullah2389
@mohdzulkifliabdullah2389 4 года назад
Lagu motivasi utk meraih syurga Allah....Wahai sahabatku, carilah aku di neraka andai tidak kau temui aku di syurga....ukhuwah sampai ke syurga.
@firdausrozlan6437
@firdausrozlan6437 5 лет назад
nak menangis dengar nasyid ni good voice!!!
@mohdhafiqmohdhusni623
@mohdhafiqmohdhusni623 5 лет назад
Semoga Aku dikurniakan sahabat2 yang Soleh amin.. Meremang
@kondorjellojello7025
@kondorjellojello7025 4 года назад
sampai nangis sy dgrkn lgu ni
@Heaven2015
@Heaven2015 4 года назад
Allahuakbar!!! 😢😢😢🤲🤲🤲💖💖💖
@kiroazizi6619
@kiroazizi6619 5 лет назад
Raja suhaimi mmg terbaik.. Dua arwah penasyid tanah air yg sy kagumi ada pada lantunan suara tuan.. Arwah Asri Rabbani dan Arwah Salleh Brothers.. Mirip suara azwan fareast pn ada juga sikit2..
@maliqsuhaimiofficial9811
@maliqsuhaimiofficial9811 5 лет назад
😭😭
@xsvanuar5205
@xsvanuar5205 5 лет назад
Lyric yg sgt deep maknanya..Allahu.. Tahniah Abg Fadzli & Abg Maliq Suhaimi
@nurulmuslihah4138
@nurulmuslihah4138 5 лет назад
Subhanallah. Merdu sungguh dan mendalam maksud lagu ni ☺️ keep it up paklang Fadzli 👍🏻👍🏻. Salam Ramadhan dari anak saudaramu di penang 😍
@wanboss1311
@wanboss1311 5 лет назад
😢😢😭😭baca tajuk pun dah menginsafkan....good job my brothers.👍👍👍
@azizanhassan6000
@azizanhassan6000 5 лет назад
liriknya mencengkam jiwa.. carilah aku jika kau tak temui ku di syurga...
@izahothman2279
@izahothman2279 3 года назад
Mendalam...berjaya buat hati menangis
@aitafkitchen6850
@aitafkitchen6850 3 года назад
ade meh2 suara arwah ustaz asri..
@insanbiasa451
@insanbiasa451 5 лет назад
Allahu..deep punya lirik..sepatutnya lagu mcm ni yang patot viral untuk kesedaran ummah. bukan lagu raya yang tergedik gedik menari lelaki dan perempuan yang popular baru baru ni oleh seorang ushawan tersohor malaysia tu.
@fathinmunirah8347
@fathinmunirah8347 5 лет назад
😭...semoga kita semua berkumpul di syurgaNya...aamiin
@suriyanisamad
@suriyanisamad 3 года назад
Lagu febret mak..
@faridatulakmal7700
@faridatulakmal7700 4 года назад
Sahabat sekalian Al imam Muhammad bin Idris Asy Syafie Radhiallahu taala hu Anhu, Pernah berpesan dgn kata2 yg sgt indah sekali, jika engkau punyai sahabat yg selalu membantumu dlm jln ketaatan kpd Allah s.w.t, Maka peganglah mereka erat2 jgn sekali-kali engkau lepaskan mereka, Kerana mencari sahabat yg mendekatkan kita kpd Allah, sahabat yg baik itu, sifat yg terlalu susah utk kmu dptkn ia, tetapi igt melepaskannya amat mudah sekali, rupa2nya diriwayatkan bhwa apabila ahli syurga yg memasuki syurga negeri yg abadi yg penuh nikmat, pabila nama mereka diseru mereka bertakbir, mereka bertahmik, berlari2 ke syurga tiba2 apabila smpi didlmnya, wajah mereka berubah dari girang tdi kpd seakan2 tkejut, kerana mereka mencari2 sahabat tdi didunia mereka tdk temui disyurga, lalu mereka bertanya kpd Allah s.w.t, ya rabb kami tdk melihat sahabat2 kami yg sewaktu di dunia dahulu mereka solat, mereka berpuasa, mereka berjuang b'sma kmi menegakkan kalimah Mu ya Allah, lalu Allah berfirman kpd mereka wahai hambaku pergilah kmu ke neraka keluarkan sahabat2mu yg didlm hatinya, dlm qalbunya ada iman wlu seberat timbangan zarah, lalu mereka berkejar pula ke neraka, mencari sahabatnya seorang demi seorang lalu dipegang tanganya dgn erat dan diseru kemarilah sahabatku Allah telah mengampunkanmu, marilah kita pergi ke syurga Allah negeri yg kekal nan abadi. -Al Fadhil Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab-
@wf.setiyawan5796
@wf.setiyawan5796 5 лет назад
Maliq suhaimi. Saya fansmu dari Indonesia. Sehat selalu kawan
@maliqsuhaimiofficial9811
@maliqsuhaimiofficial9811 5 лет назад
😍😍😍😍
@hafizhamdan5058
@hafizhamdan5058 5 лет назад
Masha Allah.. Bestnye lagu ni.. Kata2 n lirik yg sgt berhikmah.. Bsama suara ustz yg disusun sgt indah.. Subhanallah..meremang 1st time dengar.. Starting intro pon dh best.. Tajuk lagu terbaik.. Mmg menusuk ke dalam kalbu lagu ni.. Trima kasih ustz ats peringatan. Smoga kalian semua sntiasa dlm Rahmat kasih sayang Allah. Aamiin.
@tetarakrindu
@tetarakrindu 3 года назад
Lagu ini membuat saya sedar, terima kasih karya cukup baik.
@amirulziyyaddinzahin3457
@amirulziyyaddinzahin3457 3 года назад
best nye lagu ni ya Allah
@fitrizihnisari1672
@fitrizihnisari1672 4 года назад
lagu ni menusuk kalbu, muga2 Allah menempatkan kita semua di syurga Allah
@BuletinFootball
@BuletinFootball 5 лет назад
Lagu nya membuat saya menangis mendengarnya pesan yng luar biasa..
@mohdnurman7837
@mohdnurman7837 5 лет назад
Tengah gym pon leh nagis... Tq sahabat... 😭
@albukhariibrahim7142
@albukhariibrahim7142 3 года назад
Hasan Al- Bashri berkata, استكثروا من الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة ”Perbanyaklah berteman dengan orang-orang yang beriman. Karena mereka memiliki syafaat pada hari klamat.” (Ma’alimut Tanzil 4/268)
@sayeedarizvisyed2339
@sayeedarizvisyed2339 5 лет назад
Allahu Akbar......sebak sayu...
@akumiliksiapa
@akumiliksiapa 5 лет назад
MasyaAllah, Tahniah sahabat Fazley , tahniah Abg Ito tahniah pada semua yang terlibat menghasilkan bahan yang sungguh bererti, moga Allah sentuh hati2 yang mendengar lagu ini.
@xxahirinhxx
@xxahirinhxx 3 года назад
Moga kita menjadi sahabat hingga ke syurga, allahumma aameen. Ya rabb.
@isahmad7438
@isahmad7438 5 лет назад
suara keras+suara lembut(mendayu)+lirik=perfect..kepada sahabatku..bimbinglah aku ke syurga Allah..🥺🥺
@afiqahsdn9610
@afiqahsdn9610 5 лет назад
doakan saya jumpa sahabat yang membantu saya kejalan Allah..saya amat2 memerlukan sahabat yg demikian...
@ainakmarjasmie6458
@ainakmarjasmie6458 5 лет назад
Sya nk jd shbt kamu 😊 bersama ingtkn jika lalai
@nurulfadhilah6999
@nurulfadhilah6999 5 лет назад
Ya Allah... Gugur air mata 😭
@zainirozaini4050
@zainirozaini4050 4 года назад
mencurah air mata dengar lagu ni.. 😭
@TheZanqinthar
@TheZanqinthar 5 лет назад
Allah Allah Subhanallah.. Siapakah sahabat syurgaku...
@aieshglance2087
@aieshglance2087 3 года назад
Kenapa lagu ni sedihnya lain macam...I found new perspective and new knowledge in this song...melodinya...allahuuu...menusuk kejiwa😭
@rodysedy6641
@rodysedy6641 5 лет назад
Subhanallah masyaallah indah sungguh lagu ini..menusuk.ke.qolbu
@mbktalk8395
@mbktalk8395 5 лет назад
MashaAllahu taala..ini yg dkatakn merdunya suara,kurniaan ilahi..gndingan mantop sheikh..
@amriramli9496
@amriramli9496 5 лет назад
tahniah cikgu Shukri Sahari dan team! lirik penuh makna
@popiyaotakotak5802
@popiyaotakotak5802 5 лет назад
Airmata jantan ku jatuh Dosaku yg menimbun
@asyeirhan3626
@asyeirhan3626 5 лет назад
Allahuakhbar..hebat lirik lagu ini..Tahniah dr Haidary Nasyeed
@TheZanqinthar
@TheZanqinthar 5 лет назад
Tak tahu kali ke berapa dengari akan bait bait kata nan indah dan puitis ini... Sungguh menusuk jiwa dan kalbuku... Ya Allah mg kami semua dlm mardhatillah.. Fi jannah abadan abadan... Amin
@shahrizanmohdrazali6308
@shahrizanmohdrazali6308 3 года назад
syukur yg ada sahabat ke syurga....
@kasimabdullah3874
@kasimabdullah3874 3 года назад
SUARA YG AMAT INDAH SAN MERDU ANUGERAH DARI ILLAHI..ALLAHUKBAR
Далее
🔴  Hilangkan Stress Dengan Koleksi Terbaik Munif Hijjaz
1:21:52
ГРАБИТЕЛЬ ИСПУГАЛСЯ МАМЫ
00:37
Просмотров 99 тыс.
MC TAXI: АК-47
35:14
Просмотров 503 тыс.
Четыре тормоза
00:53
Просмотров 45 тыс.
AL MATHURAT, ZIKIR PAGI PETANG & DOA PEMBUKA REZEKI
45:33
Alif Satar, Raihan - Sesungguhnya2019
5:26
Просмотров 40 млн
Saat Lafaz Sakinah |  FAR EAST | LIVE  | IBR Resources
7:58
Carilah Aku Di Neraka (feat. Maliq Suhaimi)
4:49
Просмотров 240 тыс.
Inteam - Pemergianmu 1440H (Official Music Video)
6:04
FAR EAST - Syahadah (Official Music Video)
5:11
Просмотров 675 тыс.
Janona
4:09
Просмотров 1,2 млн