..terima kasih...anda berdua sangat berbeza sekali dengan segelintir natizen negara anda yang tidak menghormati kemerdekaan negara kami semasa kami meraikannya....tuturkata kalian melambangkan keperibadian, taraf pendidikan kalian dan asuhan yang baik orang tua kalian....selamat untuk orang cemerlang seperti kalian....bravo
@@roslanahmadsyah4375 Betul. Yang merosakkan hubungan Indonesia-Malaysia ni kebanyakannya 'bocil' (bocah cilik = anak kecil). Yang buat parodi lagu Indonesia Raya, lepas tu fitnah orang Malaysia tahun 2020 dulu pun budak SD (sekolah dasar = sekolah rendah). Entah *apalah* yang diajar di sana...
Karena Kemerdekaan itu harus benar-benar konsisten tidak lagi terlibat sekutu atau penjajahan maupun Masuk aliansi tertentu. Kalau merdeka semangat mengingat nama pahlawan dan membaca teks pidato proklamasi itulah hikmat syahdu dalam menuangkan kemerdekaan. Bagi aku ini bukan acara merdeka seperti karnaval
Overproud gila bah, malu gila aq tengok, dorang modal reaction je dh dapat duit 🤧.senang giler rkyt msia ni kena manfaatkan. Tengok je nanti ramai pulak org indon jadi youtuber modal react malay je x susah lg dorang buat content. 🤧. Dorang tahu org malaysia suka dipuji.
Rukun negara Malaysia. Setiap warganegara semestinya tahu rukun negara kerana dari umur 7 tahun hingga 17 tahun kita akan membaca ikrar ini setiap pagi di sekolah. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
@@saynotodapigslimkitsial5770 itu tanggungjawab mereka setelah menjadi warganegara. Sekiranya mereka ada agama, mereka sepatutnya tahu baik buruk perilaku mereka.
@@saynotodapigslimkitsial5770 hello ejen dajjal laknatullah. Disini pun kau muncul adu domba juga ya. Pasti lumayan jadi troll upahan. Sudah makan ubatnya belum. Jangan keliru ubat dgn suruhanjaya lian dan long tiger ya. Kalau salah makan ubat bikin keliru Andre orlando sama Joni luciano. Huhuhu....
RAMD ( Rejimen Askar Melayu DiRaja) adalah pasukan tentera pertama di Tanah Melayu, semuanya bangsa Melayu. Pasukan ini sekarang ditugaskan untuk upacara rasmi kerajaan, pegawai pengiring dan istana negara, mereka dilatih tempuh secara berdepan (ilmu pendekar melayu zaman Kesultanan Melayu). Kereta kuda dengan pengawal-pengawal iringan itu juga simbolik Kesultanan Melayu di Tanah Melayu/Semenanjung Malaysia.
Overproud gila bah, malu gila aq tengok, dorang modal reaction je dh dapat duit 🤧. Mudah giler rkyt msia ni kena manfaatkan. Tengok je nanti ramai pulak org indon jadi youtyber modal react malay je 🤧. Dorang tahu org malaysia suka dipuji.
Ikrar itu dipanggil "Rukun Negara". Semua rakyat Malaysia wajib terapkan nilai Rukun Negara dalam hidup sehari-hari. Ada 5 prinsip: 1. Kepercayaan kepada Tuhan (Believe in God) 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara (Loyalty to the King and Country) 3. Keluhuran Perlembagaan (Supremacy of the Constitution) 4. Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law) 5. Kesopanan dan Kesusilaan (Courtesy and Morality)
Maaf ikrar bukan dipanggil rukun negara. Ikrar tu bersaksi/bersumpah dan rukun negara tu prinsip. Maksud ikrar rakyat Malaysia tu 'bersumpah akan taat dan patuh kepada kelima-lima prinsip itu..
Terima kasih cikgu sastra kamu org yg bermentaliti sangat tinggi berbeza sesentengah netizen indonesia yg lain mereka dtg ke live chanel di hari merdeka kami dengan berbagai hinaan dan cacian sangat mengecewakan kami rakyat malaysia . Semasa kemerdekaan indonesia baru ini kami semua memuji dan mengucapkan tahniah kepada indonesia tiada satu pun kami menhina dan mencaci tapi apa yg netizen infonesia balas pada kami sangat² buruk di luar sifat seorng manusia
@@nostalgia6070 🤧 naif betul la ko ni bro, ko hidup dlm gua ke apa? 😆 Ko tengok bila live indon, bola ke, apa ke mesti ada jugak netizen msia komen busuk 😔. Bukan nak back up dorang tapi setiap negara tu ada je manusia busuk,275 million dorang jangan nak sama kan kita. Salah tu Lagi satu dorang reaction senang je nak dapat duit, modal reaction dan datang ramai rkyt msia puji ii mamat ni 🤣, overproud bah.
Kami tak ramai tapi kami ada... Thanks for reaction bros 👍 warga Indonesia yg smart seperti kalian kami sanjung, Warga Indonesia yg menghina kami, kami gulung ✌️
Berani gulung Indonesia coba aja ,,,negara kaw tuh hanya. Sebanyak Jawa tengah aja udah takabur ,,,kemerdekaan malasia kan tanda menyerahnya negara malasia pada Inggris ,,,merdeka kalian ga jantan bro merdeka ga resmi
Itu di dataran merdeka, bukan di Putrajaya tapi di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, tempat asal laungan pertama kenerdekaan Malaysia 1957. Apa yang utama, Malaysia dan Indonesia adalah negara Islam yang dijaga dan dilindungi oleh Allah SWT dengan penuh keberkatan...aamiin🤲
Laungan "merdeka merdeka merdeka" dari Tunku Abdul Rahman itu dibuat di Stadium Merdeka (sebelum PNB 118). Dataran Merdeka ialah dimana mula-mula bendera Malaysia dinaikkan pada malam 31 0gos 57, & 'union jack' (bendera British) diturunkan.
@@jadeite2049 laungan pertama kali di isytihar di pandang kelab Selangor Kuala Lumpur (sekarang Dataran Merdeka ) pada jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 dan sambutan pengisytiharan kemerdekaan bersama Raja Raja tanah melayu pada pagi nya jam 9.30 di stadium Merdeka yang sekarang di naik kan menara PNB.
@@jadeite2049 Laungan Merdeka pertama kali di isytihar di Pandang Selab Selangor Kuala Lumpur ( sekarang, Dataran Merdeka ) pada jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 dan sambutan pengisytiharan kemerdekaan bersama Raja Raja tanah melayu pada pagi nya jam 9.30 di stadium Merdeka yang sekarang di naik kan menara PNB.
Kedamaian adalah satu anuggerah dari Allah...bagi yg pencinta perdamaian akan merasakan indahnya kedamaian.kita2 lah yg seharusnya menjaga nikmatnya perdamaian......thank's for your channel...✌from me....❤🇲🇾🇲🇨
Dataran merdeka ialah merupakan lokasi bersejarah kerana di situ bendera British diturunkan kemudian Bendera Malaysia dikibarkan buat kali pertama pada jam 12 tengah malam (31 Ogos 1957).
semua rakyat malaysia wajib taat kepada ikrar mereka kerana itu janji mereka... sebab itu warga tiada agama ( atheis ) tidak di iktiraf kewarganeraan mereka kerana rukun no 1 iaitu kepercayaan kepada tuhan
Kalianlah org yg menaikkan hubungan antara Indonesia n msia...jgn terpengaruh dgn perkara negatif....budaya melayu pon diterapkan di Batam Dan seluruh kepulauan riau..
Moga Malaysia & Indonesia & Brunei sentiasa akrab bersama....kita seperti adik beradik gaduh sikit2 asam garam kehidupan, tapi bila ada susah, pasti ada yg membantu..
Terima kasih Mr berdua..saya sebagai rakyat 🇲🇾sendiri kagum bangga ngn hari kemerdekaan yg di sambut di Dataran Merdeka.. tp kami boleh sambut di kampung daerah negeri masing2 Dataran Merdeka adalah ibu segala kerana di situ Kuala Lumpur Ibunegara Malaysia...sila kan tuan dtg .welcome tp Malaysia.. Insyaallah..Aamiin..
Permakaian baju putih dan samping tu rajemen askar melayu diraja Malaysia ..ia telah di latih khas dalam acara-acara di raja..saya amat bangga sekali melihat perbarisan mereka selalu Merinding bila lihat mereka dalam menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan..😘😘😘🇲🇾🇲🇾
Perayaan di dataran merdeka kuala lumpur itu adalah perayaan peringkat nasional..cikgu boleh lihat perayaan serentak seluruh negara..setiap negeri..kampung atau shopping mall ada buat sambutan..ratusan video ada Oh ye di dataran merdeka peserta yg terlibat ialah 20000 orang manakala pengunjung lebih dari 300 ribu orang ..paling meriah tahun ini Video Air Times News Network, video radio television malaysia (RTM) dll
Kami semua rakyat malaysia sgt2 bersyukur dgn kemerdekaan yg kami kecapi hasil dari perjuangan org2 tua kami yg mempertahankan tanah tumpahnya negata kami. Hasil kemerdekaan ini, kami kecapi keamanan, kemakmuran, penyatuan semua rakyat malaysia yg berbilang bangsa dan agama. Demi sayangnya kami kpd malaysia, kami sanggup mempertahankan malaysia dari segala aspek wpun kami bjuang dari segi agama, ekonomi dan sosial negara malaysia. Tak sedikit pun kami gentar pd ancaman yg cuba mjatuhkan negara malaysia yg tercinta.
Asalnya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur setiap tahun, kemudian beberapa tahun sebelum Covid di lakukan di Putrajaya, dan sekarang kembali ke Dataran Merdeka KL
Terbaek guru2 berdua saudara kita ini. Amat menghormati negara lain. Kepada rakyat Malaysia, Kita sambut kedua2 cikgu ini bila mereka datang ke Malaysia nanti. Berikan mereka penghormatan kita, dan jangan biarkan mereka sendiri di Malaysia. Juga jangan biarkan mereka 'keluar wang sendiri'..Kita sponsor mereka semasa di sini!!
Maaf bukan B2 tapi B3.. Jangan lupa pada Mustika/tika kasihani lah si cewek ini..yang teramat ingin ke Malaysia dan ingin juga berjumpa sasaorang yang beliau kagumi..😁 muga impian cewek itu tercapai/terlaksana..😁😀
pertama kali saya menyambutnya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada perserta. pengalaman yg sangat bermakna dan tidak dpt dilupakan. sangat bermakna dan sangat luar biasa. tq kalian berdua sudi menyaksikan dan memberi komen yg baik² ❤️
Alhamdulillah megah sungguh sambutan Hari Kebangsaan Msia Kali Ke-65 setelah 2 tahun x sambut hal ini. Semoga hubungan baik dgn negara ² jiran (ASEAN) Bertambah baik. Sama² kita menikmati perasaan gembira ini dgn hati yg senang.
@@saynotodapigslimkitsial5770 ya...kami rakyat malaysia sudah merdeka, ini lah cara kami sebagai rakyat malaysia untuk mengingati dan menghormati perjuangan pahlawan kami yang mempertahankan tanah air kami..
@@saynotodapigslimkitsial5770 sial kamu. tak habis2 hendak memperkecilkan negara kami yang tercinta. nyah kamu dari sini!!!. jangan cuba mengeruhkan keadaan. kami aman dan bahgia dengan sistem yang kami ada. kami tidak perlu orang seperti kamu seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. kami dengan cara kami kamu ikut lah cara kamu. sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kami tidak sama dengan negara kamu jadi apa yang baik dan betul bagi kamu tak semestinya baik dan betul untuk kami. jadi lah orang dewasa dan berlapang dada.
Terharu saya bila lagu kebangsaan kami di alunkn. Ketika Jalur Gemilang di naikkn. Kalian berdua menunjukkn tanda hormat. Jutaan terima kasih buat kalian berdua😍
About Sastra ..signifikasinya pertunjukkan semua aset perang ini bukannya hanya untuk menunjukkan tapi rakyat yg turut sama menyumbang membayar cukai sudah semestinya diperlihatkan apa yg negaranya ada kerana jika hari biasa tidak mungkin orang awam itu tidak dibenarkan melihatnya...nah begitu kan bro..salam nusantara Malaysia Indonesia sahabat selamanya.Happy merdeka day Malaysia tanah tumpah darah ku
Assalamualaikum. Itu lah Malaysia Raja dan rakyat berpisah tiada. D mana ada raja d situ baginda d kerumuni rakyat nya. We're blessed to be Malaysians, to be in a country full of colours, harmony n happiness. We're blessed to be in a country where we're sheltered from numerous natural disasters and calamities. We're blessed to be in a country where we can look into each other's eyes with a smile and respect. Ya Allah berkati lah negara kami, MALAYSIA, Aamiin...
Indonesia apa kurang nya cikgu...indonesia tetap yg pertama utk nusantara ini...kami juga menghormati indonesia.pasti kedepan indonesia tetap juga melindungi negara2 di wilayah2 nusantara ini🙏
Acara tersebut berlangsung di dataran merdeka di ibu kota kuala lumpur bukan di putrajaya.setiap tahun upacara kemerdekaan ini akan berlangsung secara bergiliran di setiap2 negeri yg ada di malaysia.pada tahun ini selepas 2 tahun acara ini telah berlangsung di dataran merdeka kuala lumpur bersempena, disinilah tempat dimana berlangsungnya hari bersejarah malaysia buat pertama kalinya Tunku Abd Rahman melaungkan merdeka setelah bendera union jack diturunkan kerana itulah ia dipanggil dataran ( lapangan) merdeka
pembetulan: Pengisytiharan merdeka oleh TAR berlaku di STADIUM MERDEKA, bukan di Dataran Medeka..Dataran Merdeka tu asalnya padang kriket Kelab Diraja Selangor sebelah tu..
@@ayma.mahantaz6131 Tidak.. Di stadium tu pada pagi hari 31 Ogos. Malamnya, midnight, bendera Union Jack british diturunkan & bendera Malaya dinaikkan di padang Selangor Club, depan Bangunan Sultan Abdul Samad itu. Ia kemudian dipanggil Dataran Merdeka.
Kami bangga dengan Rukun Negara 1. Kepercayaan pada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-undang 5. Kesopanan dan kesusilaan. Kerana Malaysia meletakkan Ugama dan kepercayaan kepada Tuhan nombor satu dalam segala perkara. Alhamdulillah pada para pejuang Islam yang memerdekakan Tanah Melayu ini dan rukun negara seterusnya adalah lambang dan keperibadian rakyat Malaysia dari dulu hingga kini. Kami bangga dengan negara kami, “Malaysia and Malaysian”.
Yg no. 2 ni aku tak bangga sikit pun. Aku tak percaya lgsung dgn raja. Byk habiskan duit negara bolot masuk perut sendiri sedangkan ramai rakyat yg mnderita hidup susah tak dibantu.
@@gamil9114 @norhakim ismail 🤦♀️ sampai bila korang nk berbalah.. cukup2 lah saling menyalah.. diri sendiri pun x mampu nk memimpin..aku cukup menyampah dgn org2 yg negative dan anggap diri sendiri je bagus.
Lagi menarik kalau cikgu bisa realsi rakaman orang ramai yang hadir di sambutan itu. Lagi keren dan bisa buat kamu merinding. Believe me... Aku tidak berkesempatan ke sana tapi auranya tetap aku rasakan.... 👍👍👍👍... Salam merdeka
Masih merdeka kenapa Masih menerapkan majikan Inggris Elisabeth ya ?? Sampai ada bara kuda segala berpakaian ala Elisabeth atmnya .. kenapa masuk Commonwealth Elisabeth
@@saynotodapigslimkitsial5770 pada zaman dahulu ada kereta kah?Adakah perlu setelah merdeka,kita perlu padamkan semua sejarah semasa dijajah?ATM yg memegang beret memakao baju Melayu, adakah ingeris memakai baju melayu?Komenwel adalah sukan yang mengumpulkan semua negara pernah dijajah British. Komen anda semua bersifat mengeji. Jika anda rakyat indonesia, pasti warga Indonesia, malu ada rakyat seperti anda.
@@saynotodapigslimkitsial5770 Kenapa terlalu sibuk tentang negara lain. Uruskan negara kamu dulu terlalu ramai rakyat negara kamu sanggup bermati matian masuk ke Malaysia walaupun secara haram demi mencari wang. Banyak hal negara kamu yang kamu perlu uruskan. Usahlah menyibuk tentang negara kami jika pengetahuan kamu sangat cetek. Di universiti saya, ada seorang pensyarahnya orang Indonesia, beliau seorang pengkaji sejarah, sangat baik orangnya selalu berpesan jika negara Malaysia di hina atas sebab apa pun ketahuilah orang yang menghina itu sungguh cetek ilmunya. Aku tidak pernah membenci negara kamu walau dihina apa pun. Sebab di Malaysia itu semua didik "Mencintai negara kita tidak seharusnya membenci dan mencela negara lain walau sekurang apa pun negara itu" ☺️
@@saynotodapigslimkitsial5770 Bagi aku, itu tidak perlu dipermasalahkan... Berkereta kuda tak melambangkan kita m engikut Inggeris.... sama juga bermobilkan Toyota, Suzuki, tak melambangkan kita mengikut Jepun...
Terima kasih kalian berdua sangat baik hati.. kita serumpun walau di mana pun .. kita semua sama menumpang bumi Allah swt.. tentunya rakyat Malaysia berbangga dengan kemerdekaan tahun ini yang sangat luarbiasa sambutannya..
Pertanyaannya Apakah warga China Tiongkok Banglasia India hapal RukunNegara .. mereka hapal juga enggak sih siapa nama nama pahlawan dan pencipta lagu kemerdekaan.. hayoo
@@saynotodapigslimkitsial5770 of course lahh hafal. Semua warganegara Malaysia kena hafal RUKUN NEGARA. WAJIB. RUKUN NEGARA perlu diterapkan dalam diri semua warganegara Malaysia supaya tidak berlaku rusuhan atau pemborantakan. Buktinya Malaysia aman dan damai walaupun hidup dalam keadaan masyrakat majmuk
@@saynotodapigslimkitsial5770 kalau semua warganegara malaysia tidak kira kaum apa sekalipn, semuanya akn menghafal rukun negara dan lagu negaraku.. Tidak kira kaum cina, kaum india dan sebagainya asalkan dia warganegara malaysia. Melainkan dia bukan warganegara malaysia dan bukan berasal dari malaysia sememangnya meraka x akan menghafal rukun negara malaysia dan lagu negaraku sebab ini bukan negara asal mereka
Yang bangganya kami Melayu, Cina, India dan bangsa2 lain juga bersama-sama berjuang untuk mendapat kan kemerdekaan. Thanks to all our nenek moyang kami kerana pengorbanannya. 🇲🇾🇲🇾
@@saynotodapigslimkitsial5770 apa masalah loe? Loe gak usah maluin diri loe Dan negara loe sendiri.. kami boleh aja report loe ke polisi, negara kami ada undang², siapa yg menghina negara Dan raja kami pasti akan dihukum.. ingat tu, loe sdg diperhatikan, IP address loe sdg dibongkar.. ke mana loe mau lari? Pergi la loe ikut bapak dajjal loe sana..
Betul sis faridah, sy sabahan, masih ingat terbayang perjuangan pahlawan Sabah, mat salleh.. moyang saya mati di makan jepun gara² Tak nak rawat Salah seorang tentera jepun yg jatuh sakit.. dagingnya disayat perlahan, berhari² Dan di masak.. terseksa sebelum mati, lepas nampak tulang baru beliau meninggal.. saya masih sempat jumpa dgn adik moyang saya.. baru meninggal awal tahun 90an.. di kampung sy masih tersimpan di satu tempat kepala² penjajah yg dibunuh oleh orang kampung dulu.. arwah nenek Sy byk bercerita keganasan org jepun ni.. nenek Sy baru meninggal tahun 2016, umur 102.. masa Hiroshima Dan nagasaki kena bom atom, orang kampung lambat dpt info, org jepun yg jd pelarian masih mengganggu penduduk kampung.. minta makanan, tapi ramai juga orang jepun mati di bagi mkn racun oleh penduduk kampung..
@@nostalgia6070 Kamu jangan mengarang cerita... Kalau betul kamu Sabah.. kamu Sabah apa dulu ?? Sejak Kapan ada pahlawan Sabah ?? Lantas kenapa pahlawan di Malasia semuanya dikaitkan Melayu ?? Berarti Sabah Serawak enggak dianggap sebagai bagian Malasia Sudah Tiba Saatnya Sabah Serawak Wajib Merdeka
@@saynotodapigslimkitsial5770x payah nak pecah belahkan negara org...negara sendiri jaga....cukup la Timor Leste.... jgn plk lps ni Papua Nuginih.....say no to pig pun perangai lebih teruk dr org mkn pig pun apa guna...
Aku dari dulu lagi sangat2 bersetuju jika kita sama2 bergabung di dalam hal2 keselamatan bagi kedua negara tapi masih sama2 menjaga hal2 rahsia keselamatan negara masing2..negara kita terutamanya diterajui oleh agama utama(islam) akan disegani dan dihormati oleh negara2 Islam lain..sayang melihat negara Arab Saudi yang semakin hari semakin rosak..sama2 lah kita menjaga budaya dan bangsa agar tidak dilupakan dan dipecahbelah oleh kuasa2 luar yang ingin mengambil kesempatan untuk menjajah pemikiran dan ekonomi kita semuanya..
Malaysia dengan Indonesia memang berkolaborasi pun dalam bidang PERTAHANAN. contohnya latihan tahunan MALINDO. koleborasi pasukan elit payung terjun dari kedua-dua negara.
Terima Kasih kpd saudara berdua kerana berdiskusi dgn penuh kebijaksanaan tentang sambutan ke merdekaan di Malaysia, gambaran sebuah kematangan & intellectual yg tinggi.
Setelah 2tahun kami menyambut nya secara online.. Maka tahun ni, sungguh excited rakyat Malaysia meraikan nya, merdeka, merdeka, merdeka...😘 Selamat ulangtahun yg ke-65..🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Mana yang bener Konsisten dulu. merayakan Hari Kemerdekaan atau hari Kebangsaan. Kok beda video itu tulisan hari kebangsaan di panggung..tapi kamu ngomong hari kemerdekaan mana yang betul
@@saynotodapigslimkitsial5770 semua tempat nak komen, gigih banget sih kamu. begitu iri bagi kamu sedangkan video dan komentar semuanya murni2, ngak ada langsung provokasi. yg kamu bersungguh mahu berantakan kenapa?
Kalo nak tahu sejarah dataran merdeka,blh google je..acara ni at dataran merdeka,KL bukan putrajaya.. indonesia ada pancasila kami ada prinsip rukunegara yg dibaca td
Sebenar nya sambutan kemerdekaan setiap tahun biasa nya di sambut mulai tengah malam samada dgn hiburan umum di dataran umum dan letupan bunga api dan tidak kurang jugak sambutan dgn ceramah ceramah agama di masjid2 dan surau2…, selepas maghrib dan isyak. Berlarutan hingga ke pagi. Laungan yang di baca beramai ramai itu tadi adalah Rukun Negara Malaysia. Yang merupakan sumpah janji rakyat Malaysia kepada negara tercinta oleh semua kaum yang termaktub sejak mula merdeka Cikgu kena reaksi jugak ke video video umum rakyat Malaysia dan warga asing di video video terhimpun di Instagram . Pasti menarik . Dimana santai nya anggota beruniform dgn orang ramai dan gembira nya rakyat Malaysia dan jugak warga asing yang menetap di Malaysia. Terdapat juga video sambutan kemerdekaan Malaysia oleh rakyat Palestine di negara mereka
4.02 : Ikrar Rukun Negara Dataran Merdeka : Kuala Lumpur Dataran Putra (Putrajaya) : Putrajaya Rejimen Askar Melayu, Mr Sastra Merdekakan Minda dan sayangi/jagalah alam sekitar 😔 InsyaAllah....
Sejarah dataran merdeka ialah tempat yg diisytiharkan Kemerdekaan pertama pd thn 1957. Ia berada di tgh Kuala Lumpur di bangunan sultan Abd samad.. Bkn di putrajaya.
Rukun Negara Malaysia 1) Kepercaya kepada tuhan 2) Kesetiaan kepada Raja Dan Negara. 3) Keluhuran perlembagaan. 4) Kadaulatan undang-undang. 5) Kesopanan Dan kesusilaan. Rukun Negara ni mmg telah ditulis pada bahagian belakang buku latihan anak2 sekolah dari darjah 1@7 tahun.. Seluruh rakyat Malaysia WAJIB tahu apa itu Rukun Negara.
Plokomir Rukun Negara di Indonesia punya Pancasila. 1.Kepercayaan kpd tuhan 2.Kesetiaan kpd Raja dan negara 3.Kedaulatan undang2 4.Keluhuran perlembagaan 5.Kesopanan dan kesusilaan. Lokasi parade di Dataran Merdeka dan tetamu utama dibangunan Sultan Abd Somad. Kehadiran yang membludak setelah 2 thn dan tahun2 sebelum nya di lakukan di Putrajaya
salam merdeka buat malaysia dan indonesia...nanti cuba react dari side rakyat pulak lagi meriah dengan bermacam² ragam..mesti kamu dapat rasa bahang semangat rakyat malaysia rasakan. 😍
Bahasa mencerminkan bangsa. Terima kasih kalian berdua yang begitu menghormati negara kami, selayaknya kita sebagai bangsa serumpun. Saling menghormati sesama kita.
Pledge itu Ikrar Rukun Negara Malaysia. Setiap warganegara harus tau n paham setiap isi ikrar tersebut n praktikkan dlm kehidupan. Anak² di sekolah pd setiap pagi hari ahad/isnin mengikut negeri menyanyikan lagu NEGARAKU n berikrar sebelum memulakan persekolahan setiap minggu. Itu dinamakan 'Perhimpunan'. Sedikit perkongsian. TKasih terbaik About Sastra!
Nampaknya semakin ramai youtuber indonesia beri pujian, menghormati kami negara malaysia. Kami terharu. Ini adalah berita yg positive untuk kami. Terima kasih indonesia! Indonesia raya merdeka merdeka tanahku negeri yg tercinta ! - dari malaysia
I like to see and hear you and ur friends make reaction bro! Tidak nampak dibuat-buat like others youtuber from indonesia. Educated person mmg berbeza..🙏❤️🇲🇾
Indonesia dan Malaysia mmg dlm proses berkolaborasi di bidang pertahanan.. Lg pula byk perkara di bidang lain mmg kita sudah berkolaborasi.. Smoga kita 🇲🇾 dan 🇮🇩 akn sntiasa Saling memberi dukungan supaya bangsa Malaysia dan Indonesia menjadi lebih baik di masa hadapan...
Reaction dri org² yg berpendidikan yg bagus dan keperibadian hdup yg bersih .. smoga anda sntiasa sihat dan success di dunia dan di akhirat.. Aamiin 🙏🏻
Some toxic comments detected. Entahlah, Sir. Still warganegara Sir masih belum merdeka pola pikirnya. I feel pity. Entah bila pola pikirnya terbuka dan maju ke depan. Didiklah wargamu, Sir jadi insan yang sopan dan tidak iri hati.
Jika di fikirkan dan di amati, apa tanggung jawab seorang abang, membantu keluarga dengan keluar mencari rezeki, maka adik di tinggalkan untuk menjaga keluarga. Begitulah sikap seorang abang Indonesia meninggalkan adik nya Malaysia. Cuba fikirkan sejenak di mana bermulanya tebaran manusia di Nusantara jika tidak di Semenanjung Tanah Melayu, Tanah Pusaka Melayu Nusantara.
Tahniah ya kerana sudi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Negaraku Malaysia. Sambutan ini di Dataran Mereka iaitu lokasi perisytiharan kemerdekaan buat julung kalinya pada Ogos 1957 dahulu, bukan di Putrajaya ya. Moga Indonesia & Malaysia sentiasa makmur dan terus seeumpun.
Assalamualaikum Tahun ini berlangsung perayaan ini di dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Ya sy sendiri pernah menjadi pembawa bendera besar Malaysia pada tahun 2002 di acara yang sama dan di tempat yg sama.
Ramai nitizen indonesia tertanya2 ye kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini meriah tanpa kekacauan walau sedang hangat dengan masalah mahkamah vvip dan bekas pm najib dipenjara..tiada demo langsung walau bekas pm itu ada berjuta penyokong..ye begitulah rakyat malaysia..suka aman sejahtera..klo boleh tidak mahu ada kerosakan harta benda awam..kita suarakan kehendak kita dengan cara yang benar..jika ada undang2 yang berat sebelah kita terus berusaha membetulkannya..
Kita sudah terdidik, nyamuk yg punya angkara mengapa kelambu pula dibakar.? Hari Kebangsaan bkn menjurus kpd individu. Ia adalah hari kemerdekaan bg semua rakyat x kira latar blkg fahaman politiknya. Rakyat Malaysia harus bijak membezakan ini.
Benda boleh bincang... buat apa Nak ganaz2. Merosakkan Minda dgn benda2 negatif. Mereka pula diajar benda2 negatif dari sekolah pasal Malaysia sbb tu mereka membesar begitu. Ini fakta... anak Saya Ada kawan online Dari Indonesia. Bila Dia cakap orang Malaysia baik2... kawan2 sekelas baling apa2 barang ke muka & badannya. Cikgu.... cuma ketawa kan sahaja. Guru Besar.... x ambil peduli. Kalau kita.... dah tentu diajar hormat jiran tetangga... hmmmm Biar mereka baling taik... kita bagi bunga.. cheh! 😂 😂 Lori milooooo ...... I luv u.