@@mohdmorsyid8242 yup betul tu bang, malah saya telah tunjuk cara untuk masuk ke sini pada minit ke 8:50 dalam rakaman saya yang berjudul "PERKONGSIAN LUBUK SEKITAR BANDAR MELAKA"~ cuba abang rujuk jap, senang je, tidak risau sesat jalan~
Salam bang! Dialu2 kan , hati2 juga dan kalau boleh, pegi siang hari, selamat sikit, dan sebab malam itu kawasan sana memang gelap~ pakai seluar panjang dan stand by ubat nyamuk ke pun ok jugak, tapi tempat saya pacak ini kurang nyamuk, namun tempat saya parking kereta dekat belakang sikit memang nyamuk banyak sebab bersemak~
salam bang! terima kasih kerana sudi hadir! ye betul tu, memang tidak dapat dinafikan~ jadi lah ikan kecik pun kecik lah, sebab saya memang nak cari kepuasan daripada perlawanan sang ikan~ sebab itu ,kekadang saya kurang gemar memakai mesin atas saiz 8000 sebab perlawanan kurang terasa kalau ikan sekitar bawah 500 gram~ Kira yang berskala sekilo lebih tu kalau dapat maknanya rezeki kita lah tu~
Terima kasih atas istilah abang tersebut! yelah sebab sebenarnya abang ini pun berkata dan bercerita dengan saya, beliau sebenarnya telah membangau berbulan, memang layak beliau mendapat habuannya! udang hidup yang dia pakai tu perghh besar, dah macam saiz hidangan untuk orang je, bukan ikan~
SAlam bang! selalu saya pakai umpan udang hidup , takpun udang pasar, sebab umpan udang lah yang merupakan umpan universal serta diterima oleh kebanyakkan spesies ikan~ Boleh je pakai umpun2, atau jangkau (cacing laut besar tu) , cuma kekadang yang sambar dulu adalah ikan duri, atau belukang, tengok pada rezeki juga~
Salam bang! Baik, selama dan sebanyak 5 kali saya disoal oleh anggota polis, sejak tahun lepas semasa memancing, namun tak pernah lagi kena saman... Dan kesemua 5 kali ini, apabila polis datang soal, saya cuba bagi salam dan jawab dengan sopan, dan apabila disuruh beredar, saya pun beredar, bukan balik, tapi pegi lubuk lain🤣🤣. Betul tidak dapat dinafikan ada beberapa kali polis datang ke sini,member saya pernah kena, tapi setakat ini , kalau dekat masjid selat saya tidak pernah kena lagi.. kebarangkalian rendah mungkin sebab selalu saya hanya mancing 3-5 jam dan selang seli je dtaang, tapi setakat ini tiada siapa yang kena saman lagi.. paling penting sekali ,andai kata anda terserempak, kita hormat dan akur dengan perintah anggota polis, pasti tiada masalah ye~
salam bang! pagi~ abang boleh rujuk rakaman saya yang lepas berjudul "Perkongsian lubuk memancing di sekitar bandar melaka" , dalam minit ke 7:00 saya tunjuk cara masuk tempat ini iaitu di Masjid Selat, Melaka. Sebelah Masjid selat ini ada sebuah flat, dan sebelah flat ini ada pintu hitam , anda cuma perlu masuk ke dalam sehingga ke hujung, dan anda akan tiba di situ ye~ umpan yang abang ini pakai adalah udang hidup~
salam bang! bagi pendapat peribadi saya tidak, kerna yang penting itu adalah niat kita nak cari hasil untuk santapan ~ dan terpulang kepada individu masing2~ ada kes yang saya pegi jumpa tidak tahu angkara siapa, tapi berlaku dekat anjung batu, merlimau, ikan buntal yang terkena pancing diorang tak keluarkan matakailnya, malah terus ikat perambut dengan ikan buntal yang masih terlekat kail itu, di atas pokok rasanya lagi terseksa dan teraniaya ikan tersebut~
salam bang dan terima kasih kerana sudi hadir bang! betul tu, abang tu cerita pada saya, dia tidak bawak gancu sebab tak sangka dapat~ macam saya lah kan, rasa leceh nak bawak gancu sebab jarang dapat pari~😅😅 tapi memang tidak dapat dinafikan, kekadang rezeki itu ada~ apa2 pun terima kasih kerana sudi hadir bang!
salam bang! maaf lambat balas.. lokasinya adalah di Masjid Selat atau Pulau Melaka di negeri Melaka, dan di sini juga saya telah lampirkan pautan pada rakaman yang saya menunjukkan macam mana hendak pergi sana ye~ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-BHdBN33UtwU.html
salam bang,! saya rasa lebih senang abang rujuk pada rakaman saya yang berjudul "PERKONGSIAN LUBUK MEMANCING di sekitar BANDAR MELAKA" untuk minit bermula daripada 7:30, di sini saya tunjuk kan terus cara nak masuk ke sana bang~ memang kena masuk ikut pintu gate warna hitam itu. jalan masuk je