Rindu tempat ni...dan dah lama tinggalkan dunia melibas..ini port legend ...tiap malam minggu.. pasti turun kat sini..melibas..tak terasa pun berjalan jauh..balik smpai 7 pagi...kumpau tu selalu..yang pasti happy...👍👍👍
salam bang! sebab saya rasa macam leceh je , lagi pun saya dah beli banyak dan banyak kali juga pakai buang sarung tangan tersebut sebab ianya selalu dipotong oleh tali benang tersebut~ tidak mengapa, paling penting sekali, drag pada mesin sentiasa kena ketat , sebab ada satu kali itu saya tidak ketatkan , ianya dalam keadaan longgar sikit dan semasa saya buat libasan.. perghh jari kena kerat 😅😅
salam dan terima kasih kerana sudi hadir bang! dan selamat berpkp! tak tahu lah pkp sambung ke tak, sebab dalam rakaman saya nak mancing pun was2.. depan tu asyik bot lalu lalang je , tidak kisah lah bot apa, setiap kali dengau bunyi enjin bot meluru ke arah saya, terus saya menghendap belakang tambak batu besar tu kalau abang perasan!😂😂
salam bang! anggaran 5 minit kalau tunggang motor, kalau jalan kaki anggaran 20-25minit bergantung pada kelajuan anda! tapi saya jalan macam biasa je, sebab susah sikit nak jalan atas pasit tu! Namun, saya tidak galakkan anda berjalan sebab jauh sangat dan memenatkan dengan nak bawak semua barang.. rakaman takde outro sebab pada pertengahan jalan masa nak balik tu pandangan saya dah serba sedikit ada berbintang, menandakan saya dah nak pitam, air pulak dah habis minum semua.. tapi saya terus berjalan keluar je, batal hasrat nak pengsan di pertengahan jalan, kalau tak susah nanti 🤣🤣 apa2 pun saya selamat tiba dalam kereta, kena air con sikit, beli teh o ais , minum, terus ok!
Hai brother Kavin (if im not mistaken!) i personally think you should try here also, worth it! your last mancing trip dekat crystal bay alai right? padang temu, crystal bay alai saya dah lama tinggalkan semua tempat tu sebab ikan duri banyak sangat, plus saiznya selalunya 2 jari je 🤣🤣 come try here once in awhile, it is advisable to use motor, jalan kaki like me penat gila..
terbaik~ tapi disarankan lepas MCO baru pegi, sebab biasa kalau saya pergi mancing hati memang tenang, tapi mancing time MCO memang hati kurang senang, lepas tu saya selalu kena pandang sekeliling saya, bukan sahaja dekat darat, dekat udara(takut ada drone memerhati) dan di air 🤣🤣 tapi dah ada 2,3 kali saya perasaan ada anggota yang meronda di situ, saya siap tanya dia, boleh memancing atau tidak, beliau memang seorang yang boleh dibawa bincang, namun tegas pada masa yang sama, dengan berkata harus ikut SOP, seperti pergi seorang, pakai pelitup muka dan harus balik sebelum pukul 8pm, lalu saya akur dan berterima kasih kepada beliau. ini cerita dekat darat, tapi bila di tempat pacak, depan itu ada je bot yang sering lalu lalang , saya pula tidak ingin ambil tahu, dan tidak tahu bot apa tu secara teperinci, kerana, apabila saya dengar je bunyi bot daripada jauh meluru ke arah saya, walaupun tidak jelas kelihatan bot nelayan ke apa, saya cepat2 menghendap belakang tambak batu besar tu untuk elak "ditegur", tidak kisah lah siapa pun 🤣🤣 setakat ini okay je bang, tapi, saya masih tidak berani mengatakan boleh memancing atau tidak, yang saya tahu , hasrat utama saya nak carik lauk sebab telah hampir sebulan saya tidak bekerja kerana kedai tidak beroperasi.. apa2 pun abang, kalau ktia rasa was2, disarankan jangan pegi.~
salam bang! terima kasih kerana sudi hadir dan selamat berpkp! betul, namun saya dengar kata orang lebih suka yang kuning ini, bukan apa, jarang saya ambik balik duri ini. Apa2 pun saya tengah mengedit rakaman baru, kang siap saya terus muatnaikkan di sini ~
Salam abang dan terima kasih kerana sudi bertandang ke sini ! saya telah subscribe anda kembali! Sekarang masih tengah nak edit rakaman baru pula, dah siap nanti terus saya muatnaikkan di sini ye!