Тёмный

Founder 'Raja Lawak' Tanam Sayur Di Belakang Rumah | Homegrown Farms 

DESTINASI TV
Подписаться 688 тыс.
Просмотров 11 тыс.
50% 1

📍Lokasi » Homegrown Farms Semenyih
63-75, Jln TTS 6/7, Taman Tasik Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
⏰ Waktu Operasi » Dibuka pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang
☎️ Nombor Telefon » 012-216 1902
Daripada dunia hiburan ke ladang organik! Siapa sangka penerbit di sebalik rancangan popular Raja Lawak kini mengalihkan fokusnya ke arah sesuatu yang lebih kritikal iaitu sekuriti makanan (food security). Bermula pada tahun 2017, Michael bersama isterinya, Ivy memanfaatkan ruang di belakang rumah mereka untuk memulakan aktiviti berkebun yang kini berkembang menjadi kawasan pertanian! Beliau mengusahakan pelbagai jenis sayur-sayuran organik dengan menggunakan dua kaedah iaitu tradisional di atas tanah dan inovatif dengan sistem aquaponik.
Dengan pendekatan mesra alam dan berdedikasi terhadap penghasilan makanan berkualiti tinggi, Michael bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian tetapi juga menjadi inspirasi kepada masyarakat tentang betapa pentingnya pertanian tempatan dalam menjamin bekalan makanan kita. Sertai kami dalam mengupas kisah menarik di sebalik kejayaannya dan bagaimana beliau menggunakan teknologi moden untuk mencipta masa depan yang lebih mampan.
#Homegrownfarms #HasilTani #Pertanian #FoodSecurity
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.

Опубликовано:

 

23 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 29   
@AkagamiDin97
@AkagamiDin97 4 часа назад
Aku bela ikan hampir 10 tahun,yess mmg founder rajalawak ni mmg sgt berilmu walaupun aku x reti tanam sayur..sebab bila masuk bab ikan circulation air ikan tu semua aku paham apa yg tokey rajalawak ni nak sampaikan..sebab tu air ikan dia bersih dan jernih sebab ianya dipenuhi bakteria baik yg memakan ammonia...fuhh dasyat pengetahuan tokey raja lawak ni..bahasa melayu suami isteri ni pun mantap..pure malaysia..syok ada rumah mcm ni,dipenuhi dgn tumbuhan yg menghijau dan haiwan ternakan..
@mq_aazy
@mq_aazy 5 часов назад
Kesilapan masyarakat kita lebih memilih sayur yang nampak 'elok' dan 'sempurna' dimata padahal yang nampak 'elok' dan 'sempurna' itu adalah sayur yang telah diberikan racun...
@amy6465
@amy6465 Час назад
Memang terbaik dan terinspirasi oleh founder raja lawak ni.. good job sir.. anyway bila ckp pasal sayuran di pasaraya ni, Kita sememangnya dah di hidangkan dgn sayuran dr pasaraya, tanya balik sape yg kawal sayuran2 dr pasar ni?? dr segi penanaman sampai ke kawalan harga.. yes, geng2 kapitalis atau kartel2 yg ambik untung berlipat ganda tanpa memikirkan kesan terhadap masyarakat pengguna.
@muhammadhazwanmohama
@muhammadhazwanmohama 4 часа назад
Terbaik..moga pertanian organik lebih maju di Malaysia
@Guru1409
@Guru1409 3 часа назад
Menarik. Episod kali ni banyak ilmu dapat dikutip. Suka dengan cara penyampaian en Micheal dengan laras bahasa yang sangat baik.
@YNA1514
@YNA1514 17 минут назад
Wow ter baik......❤❤❤. Terima kasih maklumat info racun buatan. . pokok cili saya dah mula kerinting.
@roslialimat5837
@roslialimat5837 5 часов назад
Tahniah uncel.. semoga maju jaya lagi ke hadapan..😊
@michaelsimon8843
@michaelsimon8843 4 часа назад
Jangan Uncle la…Abang boleh
@roslialimat5837
@roslialimat5837 4 часа назад
@@michaelsimon8843 Ok bang..👍🏻👌
@sabahamid9582
@sabahamid9582 6 часов назад
Sangat menarik sebab saya pun tanam sayur sendiri untuk rumah.
@maherrezhuan50
@maherrezhuan50 5 часов назад
Best...sayur organik...sehat
@raymondrayrox4764
@raymondrayrox4764 34 минуты назад
🫡 dahsyat lar Michael simon & Ivy sam ni..
@afiqzain1288
@afiqzain1288 6 часов назад
Mantap lahh. Boss saya ni! 🫡
@AkagamiDin97
@AkagamiDin97 4 часа назад
Sapa nama founder raja lawak ni.
@michaelsimon8843
@michaelsimon8843 4 часа назад
Michael
@michaelsimon8843
@michaelsimon8843 4 часа назад
@afiqzain Hensem jugak boss awak ni kan?
@azwannazeri4021
@azwannazeri4021 7 часов назад
Terbaik.
@thaqifaqil9510
@thaqifaqil9510 5 часов назад
Seronok nya tgok farm ni🤩🤩🤩
@michaelsimon8843
@michaelsimon8843 4 часа назад
Lagi seronok kalau makan sayur farm ni
@arefixzchannel2373
@arefixzchannel2373 7 часов назад
terbaik boss
@zanalbahran9694
@zanalbahran9694 Час назад
❤❤❤
@sus9bandstudioentertainmen230
Hans Isaacs bila tua jd pekebun...
@rohanirahmad6383
@rohanirahmad6383 2 часа назад
Hi, saya tinggal di Shah Alam , klu saya nak order sayur2 mcmane caranya.
@mr.jaywhite7318
@mr.jaywhite7318 7 часов назад
👍🏻
@aaronshah3893
@aaronshah3893 7 часов назад
First comment first like
@zakirameli
@zakirameli 7 часов назад
terbaikk 4th comment
Далее