1. Penyelam Tiram Terunggul Dunia - 1:32
Sungai Muar menyimpan khazanah yang tersendiri iaitu Tiram Putih, spesis unik yang hanya membiak di sini, semakin mendapat perhatian ramai kerana keenakan asli dan keunikannya yang tersendiri. Ikuti nelayan tempatan, Mohamad Shaffiee Bahari meraih hasil laut mengikut tradisi mereka sejak lebih 100 tahun lalu.
2. Peminat Serangga - 21:41
Umpama ranting kayu, tubuh badan yang halus dan berwarna seakan akan dahan pokok atau dedaun, itulah serangga ranting (Phasmatodea) yang membiak dan hidup di hutan Malaysia. Atas minat yang mendalam, pasangan suami isteri Dr Goh Soon Heng dan Zalhasrah Ahmad Fathillah telah mempunyai koleksi lebih 50 jenis serangga eksotik dan reptilia ini.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.
#Majalah3 #Majalah32024
Tonton episod penuh di :
www.tonton.com.my
/ tv3malaysiaofficial
14 окт 2024