1. Pasar Pasola - 1:00
Terletak di Jalan Pasola, Pekan Lama Parit Buntar, pasar malam di sini telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana keunikan yang ditonjolkan oleh pihak penganjur dan peniaga-peniaga disini. Bertemakan konsep Melayu Klasik, setiap peniaga perlu mengenakan busana Melayu lama ketika berniaga. Selain menyajikan makanan tradisional, pengunjung juga boleh membeli pelbagai barangan lain di sini.
2. Pasar Terpanjang - 16:40
Sejak berdekad lamanya setiap pagi Ahad, pekan kecil di Sungai Pahang ini akan dibanjiri pengunjung dari merata tempat untuk mendapatkan barang keperluan seharian mereka. Bagi petani pula, pasar pagi ini adalah medan bagi mereka menjual hasil tanaman terus kepada pengguna. Tanpa disangka pada penghujung tahun lalu, Pekan Sehari ini telah mencipta sejarah tersendiri.
3. Pasar Loken - 25:45
Bagi peminat barangan klasik dan antik, Memory Lane di Ipoh, Perak adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. Bersesuaian dengan panggilannya, kebanyakan yang berkunjung kesini bertujuan mencari barangan lama dan terpakai.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.
#Majalah3 #Majalah32024
Tonton episod penuh di :
www.tonton.com.my
/ tv3malaysiaofficial
14 окт 2024