Тёмный

Gendang Jaga-jaga Brunei (2024): Titir Pertengahan Majlis 

Mohd Fadli
Подписаться 612
Просмотров 2,6 тыс.
50% 1

Difahamkan titir Gendang Alih-Alihan Tengah kali ini digunakan rentak titir yang asal,yakni titir Gendang Alih-Alihan Tengah yang asli.
Video ini dirakam semasa siaran langsung Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga jaga sempena perkahwinan diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Lapau,Bandar Seri Begawan melalui platform RTBGo.

Опубликовано:

 

8 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 13   
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 8 месяцев назад
Dalam banyak bahagian dalam Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga kali ini, part Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Hujung inilah part yang saya rasa paling menggerunkan, dikeranakan bunyi serunai jenis nafiri itu yang bunyinya seakan bunyi gajah berperang, sungguh indah adat istiadat kita orang Brunei..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 7 месяцев назад
Pada minit 2:37, kelihatan Payong Tinggi diangkat ke atas pemajangan, baik, disini saya akan menghuraikan mengenai pemasangan alat² Pemajangan dan waktu²nya ia akan dipasang: Pemajangan Pelaluan Istana 1. Ketika Gendang Perang permulaan 21x titir: - Tunggol Charok - Tunggol Buritan - Lambang KDYMM 2. Ketika Gendang Alih-Alihan Tengah - Chogan Ugama - Chogan Diraja - Panji-Panji 3. Ketika Gendang Alih-Alihan Hujung - Payong Tinggi - Payong Haram - Payong Ubor² Tiga Ringkat Gendang Perang Penutup 20x titir (10 titir dengan Nakara dan 10 titir tanpa Nakara): - Sandaran - Ula-ula Besar - Tunggol alam Bernaga Ketika membaca Doa Selamat: -Perhiasan 4 Warna -Ambal, Dadap, Payong Ubor² dan Tunggol Kawan - Rawai Lidah - Sapu² Ayeng Di Rumah orang Yang Dikurniakan: Gendang Perang 21x permulaan: -Tunggol Charok -Tunggol Buritan - Panji - panji Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Hujung: - Payong Ubor² Tiga Ringkat - Payong Haram - Payong Tinggi Gendang Perang (20x titir penamat): - Sandaran - Tunggol Alam Bernaga - Perhiasan Empat Warna - Perhiasan Bibir Atap Pemajangan (Rawai Lidah dan Sapu² Ayeng)
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 7 месяцев назад
Terdapat satu cerita yng jarang diceritakan di kalangan masyarakat Brunei berkenaan kenapa dlm Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga ada 2 peniup serunai, irama Sangga Bunuh dan Liu² atau kudidi juga seakan bersahut²an, ada perlambangannya seakan orang² yng bermukun, mereka saling balas-membalas pantun itu, maka dlm Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga atau Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga Jaga ia mempunyai perlambangan seperti pengantin lelaki/pengantin perempuan (Yang berhasrat akan kerabat diraja itu) menyatakan hajatnya kepada pengantin perempuan/pengantin lelaki (putera/puteri Sultan), disini perlambangannya menyatakan hajat itu ialah irama Kudidi, maka akan disahut pula dengan irama Sangga Bunuh sebagai perlambangan pihak kerabat Diraja yng terharu dan sedia menerima hasrat itu kerana itulah Irama Sangga Bunuh itu sayu dan sedih, melambangkan kerabat diraja terharu akan hajat itu, maka irama Sangga Bunuh pada akhir² iramanya akan kedengaran sedikit lebih ceria, sebagai perlambangan bahawa kerabat Diraja telah menerima hasrat itu, maka setelah itu akan disambut oleh irama Liu² sebagai perlambangan pihak yng berhasrat itu juga terharu dan berbahagia atas diterimanya hasrat mereka itu oleh kerabat diraja, demikianlah konsep perlambangan dlm adat Istiadat Diraja Brunei..
@calaf1307
@calaf1307 7 месяцев назад
Sungguh indah konsep perlambangan itu, maksudnya tersirat dan amat mendalam. Bercakap mengenai irama serunai, dalam pendapat Tuan sebagai pegandang, adakah bunyi serunai itu akan pandai berubah dengan "sendirinya" mengikut situasi? Ataupun peniup serunai itu dapat menghasilkan perubahan itu dengan kemahirannya? Contohnya, jika berlakunya kemangkatan, maka irama serunai itu sering digambarkan dengan perkataan "sayu", "sedih" ataupun dalam penulisan bahasa Inggeris: "solemn"
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 7 месяцев назад
@@calaf1307 irama atu memang dari peniup serunai atu sendiri, tapi tekadang, ketika meniup serunai ani, ada yng merasa tangannya (jarinya) atu seakan begarak sendiri, jadinya daripada memainkan irama yng ia mahir, justeru irama yng seakan "irama Naubat lama" pulang keluar, anu yng inda pandai tarus² dpt dimainkan, atu tah sbbnya peniup serunai dipilih dari kalangan urng yng "mahir", sbb sekiranya jari² atu mula begarak sendiri, peniup serunai atu mesti pandai tu menyesuaikan dgn irama atu, kalau tia inda pandai, abis tu, sumbang iramanya jadinya..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 6 месяцев назад
Ini ialah pertama kali seorang Jurulaki menggual Gandang labek dlm suatu Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga selama zaman pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, bermula dari perkahwinan Diraja puteri baginda iaitu PAP Rashidah hingga perkahwinan diraja PAP Azemah, tidak ada Jurulaki menggual gandang labek, namun dalam zaman pemerintahan almarhum Begawan Sultan Hj Omar Ali Saifuddien pernah 3 kali Jurulaki menggual Gandang labek dlm Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga, iaitu pada Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda baginda yng sulung iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, perkahwinan diraja Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah-wal-waqar Pengiran Muda Mohamad Bolkiah dan Perkahwinan Diraja Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Pada Istiadat Perkahwinan Diraja Pengiran Muda Mohamad Bolkiah,Allahyarham YM Jurulaki Awang Hj Dollah @ Abdullah yng menggual Gandang Labek, pada Perkahwinan Sultan Hj Hassanal Bolkiah, Allahyarham Ketua Jurulaki Awang Hj Jumat yng menitir Nakara sementara Gandang labek digual oleh Allahyarham Jurulaki Awang Haji Dollah, manakala kemudian ketika perkahwinan Diraja Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah, Ketua Jurulaki Awang Hj Dollah dijadikan penggual Nakara, dan kemudian Jurulaki Awang Hj Moksin pula menggual Gandang Labek, namun kemudian dijadikan peniup serunai. Salah satu sebab Jurulaki dijadikan penggual Gandang labek ialah untuk menyediakan dirinya jika Ketua Jurulaki meninggal dunia atau ada urusan yng menghalangnya dari menggual Nakara, maka beliaulah yng akan menitir, seperti Istiadat hari itu, Jurulaki Awang Hj Saidin yng menitir Nakara dlm Kenderaan Gendang..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
Info : Ini merupakan kali pertama pegandang mengenakan tanjak dalam Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga sempena Istiadat Perkahwinan Diraja kerana sebelum ini, hanya set arat (bengkung) dan kain siring sahaja yng diberi..namun kain siring diberikan terakhir ketika Istiadat Perkahwinan Diraja 1996, kerana kesemua pegandang dalam Majlis Istiadat Membuka gendang Jaga Jaga ketika itu terlibat dalam perarakan.. corak tanjak , arat ,kain siring dan sinjang juga sama seakan corak set pakaian Pegandang 1996, berwarna hitam dan berbenang emas namun kalau ketika Istiadat Jubli Perak 1992, corak pada arat seakan bentuk panji² pada bendera..namun ketika 1996, coraknya telah diubah ke corak bunga berputar.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 7 месяцев назад
Terdapat perubahan drastik dlm gaya destar / tanjak bgi Jurulaki dan Ketua Jurulaki, dimana ketika Ketua Jurulaki itu belum menjadi Ketua Jurulaki, iaitu masih bertaraf Jurulaki, tanjaknya adalah sama dgn tanjak Jurulaki Awang Hj Jaini dlm video ini, namun dari apa yng saya lihat, gaya dastar / tanjak yng dipakai Ketua Jurulaki Awang Hj Johan Areffen memang sama dari 1996 iaitu kali pertama beliau menjadi Jurulaki, maksudnya ketika itu, gaya tambatan Dastar dan tanjak tidak lgi ditentukan mula Perkahwinan Diraja PAP Rashidah 1996..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 4 месяца назад
Kalau dilihat seksama, sinjang atau samping yg dipakai oleh YM Jurulaki Awang Hj Jaini agak keras berbanding yg dipakai oleh Awang Yazid (peniup serunai irama sangga bunuh), ini ialah supaya bentuk samping cantik apabila beliau berdiri terutamanya bgi seorang Jurulaki, namun berbeza dgn samping yg digunakan oleh YM KJL Awang Hj Johan Areffen dan YM Jurulaki Awang Hj Saidin, samping mereka bukan yg jenis keras, tapi yg biasa..
@mohammadhafizul7697
@mohammadhafizul7697 7 месяцев назад
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, Majlis Bersanding Pengantin Diraja dan Majlis Persantapan Diraja. Istiadat Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
Terdapat suatu hal yng tidak ramai orang tahu, yng dalam Pasukan Gendang Jaga Jaga dan Naubat Diraja Brunei, bukan hanya peniup serunai yng ada variasinya yng tersendiri, penggual agong, chanang, gendang labek serta Nakara juga ada variasi mereka yng tersendiri, seperti gaya Allahyarham Ketua Jurulaki Awang Hj Duraman, lebih rancak dan namun rentak yng beliau gunakan ialah rentak yng lama, di mana rentak yng asal gendang labek mengikuti sebelum rentak itu diguna pakai dgn gendang labek dan Nakara hanya sebagai peningkah. Penggual Agong juga ada variasinya yng tersendiri, ada pegandang yng cenderung menggual satu agong yng sama 2x atau lebih, dan ada juga yng menggual kedua²nya tidak lebih dari sekali seperti saya. Penggual Chanang juga ada variasinya yng tersendiri dimana ada pegandang yng setelah menggual chanang, pemukul itu diangkatnya seakan ia terpental sedikit seperti penggual chanang dlm video ini, dan ada juga yng variasinya setelah menggual chanang, chanang itu sentiasa dipegang berhadapan dengan benjolan chanang, jdi ketika bahagian titir itu, ia akan ditolak dgn jari ibu ke depan. Dan penggual Gandang labek lah yng paling ketara variasinya sama dgn peniup serunai, ada pegandang yng ketika menggual gandang labek dlm gendang perang, ketika part pukulan tangan setelah pukulan dgn rotan, tangannya di angkat tinggi² seperti variasi Awang Sahrol bin Awang Ismail, seperti pegandang berbaju hitam sebelah kanan dalam video ini, ia tidak terlalu rancak, seperti Jurulaki Awang Hj Saidin, gaya paluan beliau sama dgn gaya paluan yng lama. Ada pegandang juga ketika titir Gendang Alih alihan tengah, kebanyakannya dititir dengan tangan, ada juga yng kebanyakannya menitir dgn rotan, seperti ini, kedua² penggual gandang labek menggual dengan rotan.
@calaf1307
@calaf1307 5 месяцев назад
Variasi Gendang Labik dapat dilihat semasa Jubli Emas 2017, ketika Gendang Alih-Alihan Tengah (menggunakan tangan), Gendang Alih-Alihan Hujung (memalu Gendang Labik dengan tangan secara kuat, bukan macam cara pukulan Jurulaki Hj Saidin dalam video ini)
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 месяцев назад
@@calaf1307 atu maksud amba tu kita ia punya variasi. Variasi ani bukan ganya kelihatan ketika Gendang Alih Alihan Tangah sama Gendang Alih Alihan Hujung, ketika Gendang Perang pun sama, ada yng menggual dengan pergerakan berbentuk bulat, ada yng menggual dengan tangan biasa seakan memukul pergerakan memukul baduk.
Далее
Nobat Diraja Perak 2024: Gendang Berangkat (Tiba)
2:24
Will A Guitar Boat Hold My Weight?
00:20
Просмотров 87 млн
Men Vs Women Survive The Wilderness For $500,000
31:48
Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga
2:39
Просмотров 2,2 тыс.
How to win a argument
9:28
Просмотров 517 тыс.
Majlis Tabal Adat DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV
32:23
PANGKAT DOKTOR TAPI HUKUM HAKAM TAK TAHU KEMANA HALA
3:13
The English Language in 65 Accents
13:42
Просмотров 2,6 млн
Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga 2024
12:08