Sy anak Kelantan... tetapi irama ghazal sangat menyentuh dan melekat di hatiku. Sejak kecil lagi sy ditemani lagu2 ghazal yg disiarkan oleh radio Malaysia RTM pada tahun 1960an hinggalah sy berada di sekolah menengah. Semasa di Universiti Malaya saya selalu mengunjungi Pusat Kebudayaan UM utk mendengar lagu2 ghazal oleh Ahmad Jusoh bersama Orkes Ghazal Melayu Pantai dan Sri Maharani Ghazal yg dipimpinnya. Alfatihan utk Allahyarham Ahmad Jusoh...
Irama musik yang sudah sangat lama dinanti nanti tuk mendengarnya karena saya teringat dimasa saya pada tahun 1970 yangkala itu lagi berseda gurau sama teman hingga pukul 23. an malam dg mendengarkan siaran dari radio suara malaysia...
Johor seperti Kelantan kaya denga budayanya. Tapi Kelantan budayanya hampir hilang kerana politik. Harap Johor masih kekalkan budaya yang hebat ini....
Dulunya Sri Penambang Ghazal. Hebat permainan mereka. Allahyarham Ahmad Yusof pemain harmonium handalan dan Allahyarham Fadhil Ahmad pemain gambus terkemuka di zamannya.