Resepi pecal lele
Resepi sambal lele
Sediakan ikan
Bahan-bahan
-1 ekor Ikan keli /lele (saiz besar anggaran 1 kilo seekor)
Bahan lumur bertanda * tumbuk
-3 ulas bawang putih *
-1 sb serbuk kunyit *
-sedikit garam *
Lumurkan ikan keli dgn bahan lumur ,perap 5 minit .Kemudian goreng sehingga masak dan garing.
Tips minyak kurang meletup ketika proses mengoreng,masukkan 2-3 keping asam keping ke dalam minyak gorengan
---
Resepi sambal lele mentah
-5 tangkai cili besar merah
-2 genggam cili padi merah
-5 ulas bawang putih
-sedikit garam
-Perasa
-Minyak bekas gorengan ikan keli (dalam suhu yang panas)
Gesek/tumbuk smua bahan di atas kecuali minyak panas shingga sederhana lumat.Kemudian siram sambal dengan minyak panas..
Sesuai dimakan bersama keropok ,tempe goreng,kobis mentah/goreng dan timun .
29 окт 2024